{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Tegas terhadap penyebar Syiah

Posted: 03 Aug 2013 10:22 AM PDT

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
utusankelantan@utusan.com.my

Mustapa Mohamed menyampaikan replika cek dividen kepada Pengarah RISDA Kelantan, Mohamad Ismail (kanan) pada Majlis Penyampaian Dividen RISDA dan Pelancaran Penggunaan Bahan Rangsangan Negeri Kelantan 2013 di Machang, Kelantan, kelmarin.

MACHANG 3 Ogos - Tindakan tegas perlu dikenakan kepada mana-mana pihak yang menyebarkan fahaman Syiah di negara ini bagi mengelak berlakunya perpecahan sesama Islam sebagaimana yang telah berlaku di beberapa negara di Asia Barat.

Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, rakyat Malaysia selama ini berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan menolak Syiah, justeru sebarang usaha membawa masuk fahaman itu ke negara ini tidak boleh diterima sama sekali.

Katanya lagi, di Kelantan juga beliau difahamkan telah terdapat penularan fahaman tersebut iaitu hampir 1,000 pengikut Syiah dikesan seperti mana yang didedahkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) baru-baru ini.

"Kita sedia maklum fahaman ini akan memecahbelahkan umat Islam seperti yang berlaku di beberapa negara Asia Barat seperti Iraq dan Syria serta juga di Afghanistan. Semua ini berpunca kerana perbezaan fahaman. Di Malaysia kita jelas tidak boleh menerima Syiah, hanya berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Kita harap tindakan akan diambil termasuk di Kelantan terhadap mereka yang menyebarkan fahaman Syiah demi menjaga keharmonian dan perpaduan umat Islam di negara ini," katanya

Beliau berkata demikian selepas majlis berbuka puasa bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Machang di sini semalam.

Yang turut hadir, Naib Presiden HDC, Dr. Abd Malik Musharaf; Pengarah MITI Kelantan, Azran Deraman dan Rektor UiTM Kelantan, Prof. Madya Dr. Mohd. Shukri Omar.

Baru-baru ini, JHEAIK mendedahkan hampir 1,000 anggota pergerakan Syiah dikesan di Kelantan yang bukan sahaja tertumpu di kampung dan bandar, sebaliknya membabitkan kawasan yang tidak menentu.

Sebelum itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut mengesahkan wujud sejumlah pengikut Syiah di setiap negeri dan jumlah berkenaan semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Masalah air: Petani KADA rugi RM164 juta

Posted: 03 Aug 2013 10:22 AM PDT

Md. Alwi Che Ahmad (kanan) menyerahkan bantuan zakat kepada sebahagian daripada 210 penduduk miskin pada majlis Penyampaian Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri di Ketereh, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU 3 Ogos - Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) menganggarkan kira-kira 9,500 petani di bawah seliaannya mengalami kerugian hampir RM164 juta pada musim lalu akibat masalah air.

Ahli Lembaga Pengarahnya, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, kerugian ini melibatkan pesawah yang mengusahakan tanaman padi di lima jajahan iaitu Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Bachok.

"Masalah ini berlaku kerana bekalan air dari Sungai Kelantan yang tidak mencukupi menyebabkan tidak dapat dipam dan dialirkan ke sawah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, sebanyak 250 penerima yang terdiri daripada golongan miskin menerima wang zakat berjumlah RM100 serta bungkusan makanan sumbangan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut beliau, masalah kekurangan air ini berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya pemanasan global, penebangan hutan secara tidak terkawal di kawasan hulu Kelantan serta aktiviti korek pasir yang tidak terkawal di Sungai Kelantan.

"Aktiviti ini telah mengakibatkan mendapan lumpur di hadapan rumah-rumah pam milik KADA sehingga menyebabkan air tidak boleh dialirkan ke sawah.

"Oleh yang demikian, setiap tahun, kita terpaksa mengeluarkan belanja yang besar bagi mengorek dan membuang beratus-ratus lori mendapan lumpur di depan rumah-rumah pam," katanya.

Mercun: Ibu bapa diminta pantau kegiatan anak

Posted: 03 Aug 2013 10:22 AM PDT

KOTA BHARU 3 Ogos - Ibu bapa diminta memantau anak-anak agar tidak bermain mercun bagi mengelakkan kecelakaan, lebih-lebih lagi dengan bermulanya musim cuti perayaan ini.

Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Zahari Daud berkata, jabatan dan sekolah sentiasa mengingatkan pelajar bahawa ia adalah perbuatan tidak berfaedah serta boleh memudaratkan diri dan orang lain.

Beliau berkata, pihaknya juga menggalakkan sekolah melakukan pemeriksaan bagi memastikan pelajar tidak membawa mercun ke sekolah.

"Sepatutnya pada bulan Ramadan dan menjelang hari raya, kita memperbanyakkan aktiviti yang baik dan sihat seperti bertadarus, muhasabah diri, tidak meninggalkan puasa dan tolong-menolong.

"Kita sentiasa menasihatkan pelajar supaya tidak bermain mercun kerana perbuatan itu cukup berbahaya seperti yang dilaporkan oleh akhbar.

"Amalan bermain mercun bukan budaya Islam dan tidak pernah digalakkan agama, kita amat berharap ibu bapa memantau dan memberi perhatian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Masjid Sekolah, Penyampaian Zakat dan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) serta Khatam Al-Quran 2013 peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kedai Buloh di sekolah itu di sini semalam.

Dalam pada itu, Zahari memuji usaha SMK Kedai Buloh mengadakan majlis khatam al-Quran untuk para pelajarnya kerana dapat memupuk sifat cintakan al-Quran dalam kalangan generasi muda.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat