{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


Kebajikan tidak

Posted: 17 Aug 2013 10:17 AM PDT

Oleh SAHBULAH DARWI
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 17 Ogos - Kerajaan negeri akan memastikan keperluan serta kebajikan rakyat tidak dipinggirkan selain memastikan pelbagai kemajuan dan segala pembangunan negeri berjalan lancar.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir (gambar) berkata, antara rancangan itu ialah membina dan menaik taraf jalan-jalan kampung, membaik pulih jalan taman perumahan, mewujudkan lorong motosikal di jalan-jalan utama selain memastikan penyelenggaraan dan baik pulih jalan negeri berjalan mengikut jadual.

"Kerja membina dan naik taraf ini akan dilaksanakan bagi jalan-jalan kampung sepanjang 500 kilometer di seluruh negeri. Ini bagi memberi kemudahan kepada rakyat yang tinggal di kawasan kampung," katanya pada majlis pelancaran Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kedah di sini semalam.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mukhriz berkata, kesemua aku janji Barisan Nasional (BN) yang dibuat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 akan dilaksana dan ditunaikan bagi memastikan kemakmuran rakyat Kedah tidak terabai.

"Segala janji yang telah dibuat pada pilihan raya akan kita kotakan bagi memastikan kesejahteraan, keselesaan dan kemakmuran rakyat Kedah terjamin.

"Ibu negeri Kedah akan mengalami perubahan yang ketara apabila diangkat menjadi Bandaraya Metropolis yang bakal menjadi tumpuan para ilmuwan melalui penubuhan universiti penyelidikan dan pembangunan (R&D) berteknologi tinggi," katanya.

Mukhriz berkata, penubuhan UTC di Kedah merupakan inisiatif Perdana Menteri bagi memberi kemudahan kepada rakyat sejajar dengan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

"UTC kelima di Malaysia ini membolehkan rakyat melakukan segala urusan harian dengan lebih mudah kerana UTC telah menghimpunkan 32 agensi Kerajaan Persekutuan, badan berkanun dan swasta serta 11 agensi kerajaan negeri di bawah satu bumbung," katanya.

'Bersyukur rai Aidilfitri dalam aman'

Posted: 17 Aug 2013 10:17 AM PDT

Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bersalaman dengan peserta konvoi sebelum berangkat pulang sewaktu Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Perlis di Pekarangan Stadium Utama Kangar, Perlis, semalam.

KANGAR 17 Ogos - Rakyat diminta supaya sentiasa bersyukur kerana dapat meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana aman damai tanpa berlaku peperangan, kelaparan, ketakutan dan kesedihan.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah, kemakmuran, kekayaan alam semula jadi dan keamanan yang dinikmati sekarang perlu dikekalkan sampai bila-bila.

"Kesilapan, perselisihan faham dan persengketaan perlu dilupakan, sebaliknya kukuhkan semangat kerjasama di antara individu, masyarakat, jabatan dan agensi," titah baginda ketika berucap dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Perlis di Stadium Utama di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid serta Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Titah baginda, menerusi majlis seperti itu akan dapat merapatkan silaturahim sambil menikmati juadah yang disediakan.

"Secara tidak langsung majlis ini dapat mewujudkan semangat kekeluargaan dan mengukuhkan perpaduan sesama kita," titah baginda.

Titah baginda, pada bulan ini juga rakyat akan menyambut satu lagi perayaan besar iaitu Hari Kemerdekaan negara ke-56 pada 31 Ogos ini.

"Tema sambutan tahun ini iaitu Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku diharap akan memberi peringatan kepada seluruh rakyat supaya bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran, rasa sayang dan cintakan negara," titah baginda.

Selain itu, baginda juga mengajak rakyat mengingati pengorbanan anggota-anggota keselamatan yang membolehkan rakyat hidup secara aman dan makmur.

Sebelum itu Menteri Besar, Azlan Man melakukan pelancaran Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Perlis di Stadium Utama Kangar.

Kadar jenayah di PP naik

Posted: 17 Aug 2013 10:17 AM PDT

GEORGE TOWN 17 Ogos - Kadar jenayah di Pulau Pinang dalam tempoh Januari hingga pertengahan Ogos tahun ini meningkat sebanyak 281 kes atau 4.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Bagaimanapun, beliau berkata peningkatan itu tidak melibatkan semua kategori jenayah selain jenayah samun tanpa senjata serta kecurian.

"Yang menunjukkan peningkatan ialah samun berkawan tanpa senjata api dan kecurian termasuk kecurian motor van.

"Pada pandangan saya, kadar kenaikan jenayah ini dapat kita bendung dengan kerjasama masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Ulul Albab sempena sambutan Aidilfitri Polis Diraja Malaysia Kontinjen Pulau Pinang bersama Komuniti oleh Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah di sini, malam tadi. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat