Utusan Online - Utara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Utara |
- Polis Perak, Thai kukuh ikatan
- Rumah terbuka bukti keamanan
- Dua ditahan curi kenderaan untuk menyamun - Polis
Polis Perak, Thai kukuh ikatan Posted: 23 Aug 2013 11:36 AM PDT Oleh Hashim P. Mamat PISIT Pisutak (lima dari kanan) dan Mohd. Shukri Dahlan (lima dari kiri) bersama pegawai-pegawai kanan polis Kontinjen Perak dan Thailand selepas mengadakan pertemuan di Dewan Tun Hanif Omar di Kuala Kangar, Perak, kelmarin. - utusan/HASHIM P. MAMAT KUALA KANGSAR 23 Ogos - Sebanyak 84 pegawai Polis Diraja Thailand diketuai Komander Wilayah 9, Leftenan Jeneral Pisit Pisutak membuat lawatan kerja ke atas polis Kontinjen Perak di Dewan Tun Hanif, Perumahan Polis Kuala Kangsar di sini semalam. Lawatan tersebut merupakan kunjungan balas kepada polis negeri ini yang membuat kunjungan di ibu pejabat polis negara jiran itu pada tahun lalu. Kedatangan delegasi tersebut disambut oleh Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan dan pegawai-pegawai kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD). Ketika ditemui pemberita, Mohd. Shukri berkata, lawatan tersebut dapat mengeratkan hubungan dan mempertingkatkan persefahaman serta jalinan kerjasama dari segi keselamatan sempadan antara Malaysia dan Thailand. "Menerusi hubungan dua hala ini, pegawai polis dari Perak dan Thailand dapat bertukar buah fikiran dan berkongsi maklumat berhubung soal keselamatan. "Selama ini kita mendapat kerjasama yang baik sekali daripada Polis Diraja Thailand yang sentiasa membantu kita dalam apa jua urusan termasuk pertukaran maklumat, menggerakkan gerakan menyelamat dan program komuniti kepolisan di Pengkalan Hulu di negeri ini dan Betong di Thailand," katanya. Sementara itu, Pisit berkata, lawatan itu amat penting bagi merapatkan hubungan dua hala antara Perak yang bersempadan dengan selatan Thailand. ''Hubungan ini harus dipertingkatkan dan dibajai bersama, apatah lagi komuniti kepolisan peringkat ASEAN akan ditubuhkan dalam masa dua tahun ini," katanya. |
Posted: 23 Aug 2013 11:36 AM PDT Jahara Abdul Hamid (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima dalam majlis Himpunan Komuniti 1Malaysia di Pantai Robina di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, kelmarin. TASEK GELUGOR 23 Ogos - Keadaan harmoni dan keamanan negara yang dikecapi sekarang membolehkan sebarang acara penganjuran termasuk Rumah Terbuka Aidilfitri dapat disambut semua kaum. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Abdul Hamid berkata, sambutan tanpa rasa bimbang itu membuktikan bahawa keamanan yang dikecapi selama ini perlu dipertahankan demi kelangsungan perpaduan rakyat pada masa depan. "Semua ini dapat dilakukan kerana selain keamanan, kekukuhan perpaduan yang terjalin antara semua kaum membolehkan kita memeriahkan majlis yang dianjurkan berbanding dengan negara luar yang sering bertelagah seperti yang berlaku di Mesir," katanya. Jahara yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang berkata demikian ketika berucap dalam majlis Himpunan Komuniti 1Malaysia anjuran Jabatan Penerangan Pulau Pinang dan Komuniti 1Malaysia di Taman Robina di sini semalam. Beliau berkata, sambutan perayaan dalam keadaan meriah membuktikan perpaduan rakyat bertambah erat dan seharusnya dipertahankan, sekali gus menyukar pihak tertentu menggugat keamanan negara. Para tetamu yang hadir disajikan dengan pelbagai juadah. |
Dua ditahan curi kenderaan untuk menyamun - Polis Posted: 23 Aug 2013 11:36 AM PDT IPOH 23 Ogos - Dua lelaki yang dipercayai mencuri sebuah kereta jenis Honda Civic sebelum mengubah nombor pendaftaran kenderaan itu untuk jenayah samun ditahan polis kelmarin. Kedua-dua suspek yang berusia 23 dan 31 tahun ditahan pukul 5 petang oleh sepasukan polis yang meronda sekitar Taman Puncak Jelapang Maju di sini. Polis kemudian terserempak dengan kenderaan dinaiki dua suspek berkenaan dalam keadaan mencurigakan. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, polis cuba untuk menahan kereta itu namun pemandunya memecut ke Jalan Puncak Jelapang sejauh satu kilometer sebelum terbabas. Beliau berkata, setelah diperiksa polis menemukan dua bilah parang, pemutar skru, pita pelekat, topeng muka serta kunci yang kesemuanya disimpan dalam sebuah beg di tempat duduk belakang kereta itu. "Salah seorang suspek sempat melarikan diri namun dia dikejar dan ditangkap kira-kira sejam kemudian di Taman Rishah. "Suspek yang berasal dari Taman Wing Onn dan Buntong dan salah seorang daripadanya memiliki rekod jenayah kes pecah rumah dan bunuh tanpa niat," katanya. Beliau ditemui dalam majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ipoh antara Asisten Supritendan Chan Soon Lim dan Deputi Supritendan Lee Wai Leong hari ini. Susulan penangkapan itu, Chan Keong berkata, kedua-dua suspek kini direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan. Sementara itu, pemilik kereta berkenaan, Wong Loo Kheong, 48, berkata, dia menyedari kehilangan kenderaan yang dimiliki lebih 12 tahun itu ketika pergi ke Bandar Baru Baru Medan Ipoh untuk mengambil teman wanitanya kira-kira pukul 2 pagi, pada 8 Ogos lalu. Dia turut mengakui tidak mengunci kenderaannya dan mendapati kereta tersebut hilang selepas meninggalkannya selama 20 minit. "Sebaik sahaja menyedari kereta saya hilang saya terus membuat laporan di Balai Polis Gunung Rapat," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Utara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |