{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


Pesawah MADA dapat 'duit raya'

Posted: 05 Aug 2013 12:14 PM PDT

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

Mukhriz Tun Mahathir menyampaikan insentif projek estet padi kepada Saidin Omar (kanan) sambil diperhatikan Othman Aziz (dua dari kiri) di PPK 3-III MADA Kobah, Pendang, Kedah, semalam.

PENDANG 5 Ogos - Sebanyak 5,929 peserta estet padi berpusat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menerima 'duit raya' iaitu insentif bernilai RM19.8 juta bagi 9,914 hektar tanaman padi yang diusahakan mereka.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, insentif itu adalah bagi musim kedua tahun ini dan merupakan sebahagian daripada keseluruhan RM30 juta insentif kepada seluruh kawasan MADA.

Katanya, pesawah yang menyertai projek estet padi berpusat di bawah program Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Projek Permulaan (EPP) 10 itu diberi insentif sebanyak RM2,000 setiap hektar sebagai galakan dan jaminan kepada pendapatan mereka.

"Sebahagian daripada pemberian insentif tersebut atau RM19.8 juta diserahkan kepada 27 Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang akan mengagihkannya kepada peserta terlibat di kawasan masing-masing hari ini manakala bakinya akan diagihkan bulan depan.

"Insentif ini bertepatan pada masanya bagi keperluan perbelanjaan pesawah menjelang sambutan Aidilfitri selain mereka juga memerlukan wang untuk memulakan musim tanaman padi," katanya dalam majlis penyampaian insentif berkenaan di PPK3-III MADA Kobah, di sini hari ini.

Menurut Mukhriz, pelaksanaan projek estet padi NKEA dapat membuka peluang pekerjaan kepada pesawah, anak-anak mereka dan usahawan tempatan.

Yang turut hadir Pengerusi MADA ,Datuk Othman Aziz dan Pengerusi PPK H-II Kepala Batas, Saidin Omar .

Beliau berkata, peserta juga akan mendapat dividen hasil keuntungan projek estet berkenaan manakala PPK pula memperoleh pendapatan daripada komisen pengurusan, jualan input dan perkhidmatan.

Dalam pada itu, beliau berkata, mentaliti golongan muda perlu ditukar supaya berminat menceburi bidang pertanian.

Katanya, golongan muda sering berpendapat bidang pertanian sukar kerana terpaksa bekerja di tengah panas dan tidak mendapat pendapatan lumayan berbanding pekerjaan lain.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan pesawah mengikuti turutan garis panduan MADA pada setiap musim penanaman padi bagi meningkatkan hasil pengeluaran.

Sementara itu, pesawah, Hassan Sauri Abdul, 54, berkata, dia bersyukur dengan pengagihan insentif sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bukan sahaja dapat membantunya menyediakan kelengkapan tetapi membolehkannya bersedia memulakan musim penanam baharu.

"Saya bersyukur kerana menerima insentif secara teratur sejak menyertai projek estet padi tiga musim lalu," katanya yang memperoleh insentif sebanyak RM6,000 daripada kira-kira tiga hektar sawah diusahakannya.

Penunggang motosikal buat banyak kesalahan

Posted: 05 Aug 2013 12:14 PM PDT

BUKIT MERTAJAM 5 Ogos - Operasi bersepadu motosikal yang diadakan di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang malam tadi mendapati banyak kesalahan lalu lintas dilakukan oleh penunggang motosikal.

Antara kesalahan yang paling banyak dilakukan oleh penunggang motosikal ialah tidak memiliki lesen dan tidak memiliki cukai jalan.

Kesalahan-kesalahan lain ialah melibatkan lesen memandu tamat tempoh, cukai jalan tamat tempoh dan kesalahan-kesalahan teknikal termasuklah sistem bunyi yang bising, topi keledar dan nombor pendaftaran yang tidak mengikut standard ditetapkan.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang Datuk Hassan Yaccob berkata, sebanyak 73 saman dengan 88 kes kesalahan dikeluarkan sepanjang tiga jam operasi yang bermula pukul 8.30 malam itu.

"Sebanyak 250 buah motosikal telah diperiksa dalam operasi yang turut mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi lain seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Jabatan Narkotik Polis Diraja Malaysia.

"Kita dapat mengesan banyak kesalahan lalu lintas yang dilakukan penunggang motosikal yang boleh membahayakan nyawa mereka dan orang lain," katanya kepada pemberita ketika meninjau operasi berkenaan di sini malam tadi.

Tambah Hassan, kesalahan lalu lintas itu turut dikesan dilakukan pemilik motosikal berkuasa besar yang menunggang tanpa cukai jalan serta lesen memandu yang sah.

Ketika operasi itu terdapat juga beberapa penunggang yang sanggup menunggang melawan arus bagi mengelak ditahan pihak berkuasa yang berada di situ.

Selain itu terdapat juga remaja yang membawa dua adiknya menaiki motosikal dengan seorang daripadanya tidak memakai topi keledar.

GLC pinggir kontraktor dibidas

Posted: 04 Aug 2013 11:32 AM PDT

Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my

PULAU PINANG 4 Ogos - Sesetengah syarikat milik kerajaan (GLC) khususnya di negeri ini bukan sahaja tidak mengenang budi kerana enggan membantu golongan kurang bernasib baik selepas mendapat projek mega daripada Kerajaan Pusat, tetapi turut didakwa meminggirkan kontraktor bumiputera dalam pembahagian kerja.

Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) negeri, Datuk Mohamed Fadzill Hassan berkata, kontraktor tempatan seolah-olah dipinggirkan apabila banyak kerja ditawarkan kepada kontraktor dari luar.

Menurutnya, keadaan sedemikian seolah-olah menggambarkan GLC tidak mengamalkan ketelusan dalam pembahagian kerja kepada kontraktor kecil.

"Contohnya kalau pemberian kerja untuk projek di Pulau Pinang diberikan kepada kontraktor dari Sarawak dan Selangor, mana ada ketelusan lagi?

"Dari segi logik, keutamaan harus diberikan kepada kontraktor tempatan, jangan anak tirikan mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa anjuran pihaknya, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir baru-baru ini membidas sikap segelintir GLC kerana tidak menyumbang dan memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik selepas mendapat projek mega kerajaan Pusat di negeri ini.

Malah Musa melabelkan GLC sedemikian sebagai tidak mengenang budi.

Mohamed Fadzill menambah, kontraktor tempatan lebih sesuai untuk menjalankan kerja di negeri sendiri.

"Mereka lebih tahu di mana mahu mendapatkan bahan mentah, sewa jentera atau berurusan dengan pihak berkuasa tempatan," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat