{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Selatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Selatan


Tanaman 'porak' dihidupkan

Posted: 05 Aug 2013 12:14 PM PDT

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

Mohamad Hasan

SEREMBAN 5 Ogos - Sistem tanaman 'porak' iaitu kebun kecil di bahagian belakang rumah yang pernah diperkenalkan oleh kerajaan negeri menerusi Dasar Buku Hijau, akan dihidupkan semula dalam usaha mengurangkan bebanan rakyat ekoran kenaikan harga barang.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu, sistem 'porak' atau istilah dalam dialek negeri disebut 'poghak', bukan sesuatu yang asing buat masyarakat negeri ini malah amat sesuai dilakukan di kampung mahupun di kawasan bandar biarpun keluasan tanah agak terhad.

Jelas beliau, walaupun tanaman 'porak' bersifat kecil-kecilan, namun impaknya terhadap perbelanjaan harian dan bulanan setiap isi rumah dapat dikurangkan selain menyihatkan badan.

''Ia masih di peringkat perancangan dan kita akan memperuntukan sejumlah bajet bagi membolehkannya dilaksanakan kerana kita melihat kenaikan harga barang ketika ini amat membebankan dan perlu campur tangan kerajaan.

''Dari segi pelaksanaannya, Jabatan Pertanian nanti akan menyerahkan anak-anak benih tanaman kepada orang ramai supaya mereka dapat menanamnya dan antara tanaman termasuklah sayur-sayuran dan sebagainya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Dalam masa sama, Mohamad menjelaskan kerajaan negeri juga akan menambah sumber makanan protein di negeri ini menerusi pelepasan benih ikan bagi membolehkan orang ramai memperoleh bekalan yang secukupnya.

Katanya, kerajaan negeri akan meneliti beberapa ladang rakyat yang sudah tidak beroperasi dan ditinggalkan pengusaha untuk diteruskan bagi menjamin sumber makanan mencukupi sekali gus mengurangkan beban rakyat.

''Malah, kita juga akan membuka ladang rakyat kepada mana-mana pihak yang berminat untuk mengusahakannya secara serius kerana sebelum ini ada beberapa pengusaha yang tidak berdaya maju untuk mengelolakannya kerana terlalu bergantung dengan bantuan kerajaan," jelasnya.

Pemandu jangan berubah sikap apabila 'memegang stereng'

Posted: 05 Aug 2013 12:14 PM PDT

SEREMBAN 5 Ogos - Sikap pemandu boleh bertukar menjadi tidak terkawal apabila mereka memegang stereng kenderaan dan perubahan itu merupakan antara punca berlakunya kemalangan jalan raya.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kadang kala apabila seseorang itu memandu, mereka tidak mempedulikan orang lain atau penumpang yang ada bersamanya.

''Mereka boleh menjadi dua individu berbeza dan kadang-kala daripada baik kepada tidak atau daripada bersopan kepada tidak berhemah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Negeri di sini hari ini.

Beliau turut kesal dengan peningkatan kemalangan jalan raya termasuk di negeri ini walaupun sudah dilancar Op Selamat.

''Pengguna jalan raya harus sedar bahawa kemalangan melibatkan kematian merupakan satu tragedi yang boleh memberi kesan kepada nasib dan masa depan keluarga.

''Oleh itu para pengguna jalan raya di negeri ini harus mengubah minda dan sikap dengan sentiasa mengutamakan aspek keselamatan dengan mengamalkan budaya pemanduan berhemah serta mematuhi undang-undang trafik ketika berada di jalan raya,'' ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai yang akan balik ke kampung menjelang Syawal tidak lama lagi agar menitik beratkan aspek keselamatan termasuklah memakai tali pinggang keledar depan dan belakang untuk meningkatkan tahap keselamatan.

''Bagi golongan penunggang dan pembonceng motosikal pula, beliau meminta mereka sentiasa menggunakan jaket keselamatan berwarna cerah yang dilengkapi dengan bahan pemantul cahaya," tegas beliau.

Dalam perkembangan lain, Mohamad juga mahu usaha kerajaan untuk mengurangkan masalah kemalangan jalan raya melalui kempen dan operasi mendapat kerjasama sepenuhnya daripada orang ramai.

188 masjid terima sumbangan KP1M

Posted: 05 Aug 2013 12:14 PM PDT

Idris Haron (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Mohd. Ali Rustam sambil disaksikan oleh Abdul Azeez Abdul Rahim dalam majlis berbuka puasa bersama Ahli Dewan Undangan Negeri dan penyerahan sumbangan Ramadan oleh Kelab Putra 1Malaysia di Seri Bendahara, Melaka, semalam.

MELAKA 5 Ogos - Kelab Putra 1Malaysia (KP1M) menyerahkan sumbangan kepada 188 buah masjid di negeri ini bagi menyemarakkan lagi kemuliaan bulan Ramadan tahun ini.

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, setiap masjid menerima 10 kilogram buah kurma dan 10 liter air zamzam untuk diagihkan.

"Turut disumbangkan ialah 17 helai kain pelikat dan 17 helai jubah kepada ahli jawatankuasa (AJK) setiap masjid.

"Program di Melaka ini adalah yang terakhir sempena Ramadan tahun ini dan termasuk Melaka genaplah 14 buah negeri yang telah kami pergi termasuk Sabah dan Sarawak.

"Kesemua 14 negeri itu meliputi 7,821 buah masjid," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis berbuka puasa dan penyerahan sumbangan Ramadan oleh KP1M di Seri Bendahara di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Idris Haron dan bekas Ketua Menteri Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Menurut Abdul Azeez, kesemua masjid yang menerima sumbangan di negeri ini meliputi 17 masjid di Tangga Batu, Bukit Katil (27 masjid), Alor Gajah (34 masjid), Jasin (40 masjid), Kota Melaka (21 masjid) dan Masjid Tanah (39 masjid).

Kata Abdul Azeez, sekiranya AJK di sesebuah masjid tidak sampai 17 orang, maka jubah dan kain pelikat yang berbaki boleh disumbangkan kepada surau-surau berdekatan agar dapat digunakan sebaik-baiknya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat