{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Ratu

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Ratu


Ubah wajah 360 darjah

Posted: 06 Oct 2013 05:13 PM PDT

Jangan tertipu apabila rakan yang anda lihat setiap hari, tiba-tiba wajahnya bertukar amat sempurna, jelita dan begitu menawan ketika melihat potretnya di laman Facebook (FB), Instagram, status profil What's app atau medium sosial.

Bagi rakan lama yang melihat gambar yang dimuat naik dalam laman sosial pasti kagum dan percaya itu adalah wajah aslinya selepas sekian lama tidak berjumpa tentu banyak perubahan pada dirinya.

Hakikatnya itulah kuasa teknologi gajet sekarang. Semuanya boleh berubah dalam sekelip mata. Penggunaan aplikasi kamera kecantikan kini menjadi kegilaan ramai kerana kesannya amat hebat kerana boleh mengubah 360 darjah kejelitaan dan ketampanan seseorang mengikut keinginan mereka.

Mungkin dianggap 'syok sendiri'. Tidak kira usia, demam memuat turun aplikasi seperti Perfect 365 dalam telefon bimbit pintar kemudian menyunting wajah yang dirakamkan.

Lebih mengagumkan, aplikasi pada telefon pintar atau 'photo shop' dalam kamera dimuat turun turut boleh secara menyeluruh. Wajah yang tidak begitu cantik, hidung kemek, berjerawat, kulit kusam dan kasar, umpamanya boleh bertukar menjadi mulus dan ayu seperti bidadari.

Menerusi aplikasi itu suntingan boleh dilakukan untuk menukar mata sepet kepada bundar dan seksi. Malah untuk kesan lebih menyerlah di dalam 'photo shop' disediakan kanta lekap pelbagai warna sebagai pilihan mereka.

Bagi mendapatkan muka lebih sempurna, tekan aplikasi berkaitan muka, sunting saja mengikut cita rasa. Wajah bulat menjadi bujur sirih, tona kulit lebih cerah, halus dan berseri tanpa noda. Begitu juga dengan bibir, apa saja bentuk dan warna gincu dikehendaki sunting saja.
Papar personaliti diri

Justeru, pantang ada masa terluang tangan ada antara mereka pantas menggapai telefon bimbit untuk merakam wajah sendiri kemudian menggunakan aplikasi berkenaan untuk menyunting gambar yang ambil.

Ada yang kata penggunaan aplikasi kamera mencantikkan wajah seakan menipu diri dan juga individu lain. Bila bersemuka, apa yang dilihat dalam potret wajah dipaparkan jauh berbeza.

Bagaimanapun, terpulang kepada hak individu untuk berbuat begitu sama ada potret yang disunting itu untuk koleksi peribadi atau dibuat sekadar suka-suka untuk tatapan rakan dan khalayak di laman sosial mereka.

Jika difikirkan itulah gunanya teknologi bagi memberikan sentuhan 'magik' untuk memuaskan hati pelanggan. Ini juga memberikan keseronokan, kegembiraan dan keyakinan kepada seseorang untuk mempamerkan personaliti diri tanpa berbelanja lebih.

Apa tujuannya? Terpulang pada niat individu sendiri.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat