felda palong timur - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda palong timur - Google Blog Search |
<b>felda palong timur</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA Posted: 03 Sep 2013 12:00 AM PDT
| ||||||
Bekalan air <b>Felda</b> Gugusan <b>Palong</b> naik taraf - Utusan Online Posted: 01 Oct 2013 11:20 AM PDT Mohamad Hasan SEREMBAN 1 Okt. - Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) merancang menaik taraf dan membaik pulih secara berperingkat sistem bekalan itu di Felda Gugusan Palong melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerja itu meliputi baik pulih dan naik taraf kolam Palong 2 serta menukar paip masuk dan keluar di Palong 3. "Kerja itu juga akan meliputi baik pulih dan naik taraf Kolam Palong 4, 5 dan 6, selain menaik taraf sistem pengepaman di Palong 7 dan 8," katanya pada hari kedua Persidangan Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan yang ke-13 di sini hari ini. Mohamad (BN-Rantau) yang menjawab saoalan lisan Datuk Lilah Yassin (BN-Palong) berkata, anggaran kos keseluruhan bagi projek itu ialah sekitar RM5.2 juta. Katanya, dahulu banyak kolam air ini tidak diselenggara atau berfungsi dengan baik sehingga menyebabkan kawasan di Palong mengalami gangguan bekalan air dan menjadi lebih sulit pada waktu puncak iaitu hujung minggu atau musim perayaan. Selain itu, Mohamad memberitahu, kerja menukar paip lama kepada paip besi yang lebih tahan lama sedang dibuat di seluruh negeri dan kosnya adalah tinggi. Menjawab soalan lain oleh Lilah berkaitan perindustrian Negeri Sembilan Timur, Mohamad berkata, kerajaan akan terus meningkatkan ekonomi di situ selain berusaha menarik pelabur baharu serta menggalakkan pembangunan Industri Kecil Sederhana (IKS) di setiap daerah. "Kerajaan akan memastikan kemudahan infrastruktur di setiap kawasan perindustrian di naik taraf dan diselia dengan baik, selaras dengan keperluan operasi syarikat yang berteknologi tinggi. "Penyertaan syarikat terkemuka dari China dan India akan dibuat untuk mereka melabur dalam pengeluaran sumber atau bahan mentah berasaskan herba, selain menggalakkan pembangunan industri berasaskan pertanian," katanya. Sehingga kini, kata Mohamad, jumlah pelaburan yang diluluskan di daerah Jempol tahun lalu adalah sebanyak RM42.2 juta. |
You are subscribed to email updates from felda palong timur - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |