{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda tembangau - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda tembangau - Google Blog Search


ganguan di <b>felda tembangau</b> oleh macai umno dan - Gaya Peneroka

Posted: 16 Mar 2013 06:24 AM PDT

TEMBANGAU BUKAN MILIK MAK BAPAK ZUL UMNO DAN PENGURUS BARU BERNAMA MAZLAN.

1) Anak-anak jati kelahiran negeri Pahang di seluruh Bera mengutuk sekeras-kerasnya gangguan ala samseng oleh manusia bernama Zul (Ketua Umno Cawangan) dan Mazlan (Pengurus Felda) terhadap team edaran risalah penerangan diketuai Penyelarasa PR Dun Kemayan di Pasar Malam Tembangau, malam semalam (11/3/2013).

2) Zul dan Mazlan adalah contoh dua orang manusia yang melupakan asal tujuan kehadiran mereka di bumi bertuah ini. Peluang yang Tuhan beri untuk sama-sama mencari dan menikmati rezeki dari bumi bertuah ini telah disalahgunakan apabila mereka mentransformasikan diri mereka sebagai samseng Umno.

3) Anak-anak jati Pahang selamanya percaya perbezaan fahaman politik adalah suatu perkara yang sihat dan perlu digalakkan berkembang mengikut lunas-lunas demokrasi. Setiap pihak berhak untuk menyatakan pendapat masing-masing mengikut undang-undang negara.

4) Kalau Zul dan Mazlan fikir kesamsengan mereka mempertahankan Umno di Tembangau akan melemahkan semangat penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di Parlimen Bera, mereka berdua telah melakukan kesilapan besar.

Anak-anak jati negeri Pahang biasanya penyabar, namun apabila kami mula bertindak, bimbang wokmer tak cukup tanoh nok lari. Jangan uji kesabaran kami, apabila kamu merantau ke mari, jangan bawa sama budaya samseng Umno di kampung-kampung kamu ke daerah Bera ini.

5) Daripada mengacau/mengganggu/menghalang program-program PR di Bera, lebih baik diperhatikan anak-anak peneroka Tembangau yang berpeleseran tanpa arah tuju terutama di pekan-pekan sekitar sempadan Pahang/Negeri Sembilan.

Masalah warga emas menjadi tahi judi dan ketagih mesin kuda di Bahau, Kemayan, Triang, Serting juga masalah penagihan dadah di kalangan anak-anak peneroka Tembangau sewajarnya lebih jadi keutamaan kepada Umno Tembangau.

6) Anak-anak jati Pahang di sekitar Kerayong/Mengkarak akan mengadakan mesyuarat khas dengan guru-guru silat dan rangkaian persaudaraan anak kelahiran Pahang (di bawah seliaan Abang Shamsuddin bin Mohd Ali) dalam masa terdekat untuk membincangkan tindakan terbaru Umno Tembangau ini yang nampaknya seakan-akan sengaja mahu mencetuskan pergaduhan SEDANGKAN SEMUA ORANG TAHU suasana politik di sini sangat aman, pihak-pihak yang berbeza pendapat menghormati program-program yang dijalankan oleh setiap parti politik.

Namun kebelakangan ini, mungkin kerana Ahli Parlimen Bera Haji Ismail Sabri adalah dari golongan merempat bertukar buat kerja tak senonoh di Bera, maka golongan merempat yang lain seperti Mat Wok di Tementi dan Zul di Tembangau bertransformasi menjadi tak senonoh juga.

Pesanan untuk penjahat-penjahat ini; JANGAN JOLOK SARANG TEBUAN! — bersama Putera Semantan dan 50 yang lain di Felda Tembangau.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat