{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kota

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kota


Pendatang asing mengganggu penduduk

Posted: 24 Oct 2013 12:04 PM PDT

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

BEBERAPA pendatang asing berkeliaran di halaman salah sebuah flat yang dikatakan dihuni oleh ramai pendatang asing.

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Pengotor, membuang sampah merata-rata sudah menjadi sikap negatif warga asing yang menghuni beberapa flat dan pangsapuri di sekitar Pandan Indah, Pandan Jaya dan Pandan Cahaya, Ampang dekat sini.

Namun, yang paling menimbulkan kemarahan warga tempatan di kawasan-kawasan itu ialah warga asing itu kini mula 'naik lemak' apabila mereka berani pula memarahi sesiapa yang menegur perbuatan pengotor dan tak endah ketenteraman orang lain.

Selain membuang sampah di tangga, warga asing itu yang dipercayai pendatang tanpa izin, turut membuang botol arak, puntung-puntung rokok dan membuat bising pada waktu malam.

Utusan Malaysia juga dimaklumkan, pendatang asing yang beragama Islam juga tinggal berkesedudukan dengan mereka yang bukan Islam.

Menurut penduduk, selain masalah tersebut, kebanjiran pendatang asing yang berniaga di kawasan tersebut juga amat membimbangkan.

Ada yang membuka perniagaan kecil-kecilan seperti menjual pisang goreng tetapi ada yang mengusahakan bengkel motosikal, kata penduduk tempatan.

Tidak tahan dengan keadaan bising dan kotor, penduduk mendakwa ada di antara rakan mereka telah mengambil tindakan berpindah ke kawasan lain.

Seorang pemilik kedai barangan logam, Yap Voon Foong, 37, berkata, pendatang asing kerap membuat bising pada waktu malam.

"Mereka suka melepak dengan rakan-rakan mereka dan kadang kala mengganggu orang ramai yang lalu-lalang di kawasan tersebut.

"Namun tidak semua daripada mereka yang jahat, cuma segelintir sahaja," katanya.

Sementara itu, Fandy Fan, 46, pula berkata, pihak berkuasa tempatan harus lebih tegas dalam menangani kebanjiran pendatang asing.

"Memang ada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) buat serbuan tapi tidak menyeluruh.

"Kawasan yang perlu diberi tumpuan adalah seperti Pandan Indah, Pandan Jaya, Taman Cahaya dan Taman Dagang," ujarnya.

Muhammad Baharuddin Othman, 45, pula berkata, kebanjiran warga asing di kawasan berkenaan dikhuatiri mengancam keselamatan penduduk.

"Ada penduduk yang mendakwa rumah mereka dipecah masuk oleh pendatang asing, oleh itu kita bimbang masalah sama atau lebih teruk akan berlaku," katanya.

MPAJ akan buat operasi bersepadu

Posted: 24 Oct 2013 12:04 PM PDT

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan mengadakan operasi bersepadu bagi membanteras kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di sekitar Ampang, dekat sini.

Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran, Imigresen, polis bagi menangani masalah tersebut.

"MPAJ juga mendapat aduan daripada penduduk dan pelbagai pihak mengenai pendatang asing yang mengganggu ketenteraman penduduk selain berniaga secara haram.

"Oleh itu diharap melalui operasi bersepadu yang akan dijalankan nanti mampu 'membersihkan' kawasan Ampang daripada dicemari oleh pendatang asing tanpa izin," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan penduduk mengenai kebanjiran PATI di Pandan Indah, Pandan Jaya dan Pandan Cahaya yang mengganggu ketenteraman penduduk tempatan.

Jelasnya, pihaknya sedaya-upaya mengadakan operasi bersepadu bagi mengekang masalah tersebut daripada terus berlaku.

RapidKL bawa pelajar istimewa pusing KL

Posted: 24 Oct 2013 12:04 PM PDT

SEBAHAGIAN pelajar, guru dan pegawai pengiring sekolah pendidikan khas yang dibawa menaiki bas RapidKL melawat beberapa lokasi menarik di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Sebanyak 300 pelajar istimewa termasuk guru dan pegawai pengiring sekolah pendidikan khas seluruh negara telah dibawa oleh Rapid Bus Sdn. Bhd. untuk bersiar-siar di sekitar ibu kota baru-baru ini.

Ketua Pegawai Operasi Bas RapidKL, Mohd. Azam Omar berkata, sebanyak enam buah bas disediakan secara percuma kepada peserta-peserta tersebut sebagai salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR).

Menurutnya, bas-bas RapidKL dilengkapi kemudahan untuk golongan orang kurang upaya seperti penyediaan ruang letak kerusi roda, tempat duduk khas, tanjakan dan badan bas yang boleh direndahkan.

"Mungkin ada pelajar tersebut tidak pernah berpeluang menaiki bas kerana mereka memerlukan bimbingan atau pengiring yang lebih dewasa.

"Jadi, program ini secara tidak langsung memberi keceriaan kepada mereka, tambahan pula bersiar-siar di tempat menarik. Program ini tidak akan terhenti di sini kerana RapidKL akan meneruskan usaha-usaha sedemikian pada masa depan," katanya.

Program itu turut disertai Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPWPKL, Mahani Kassim.

Antara lokasi dilawati dalam program itu adalah Muzium Bank Negara, Planetarium Negara, KLCC, Petrosains dan pejabat Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia di Brickfields.

Sementara itu, Mahani berkata, program bersama RapidKL itu adalah sebahagian daripada aturcara dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Ko-Kurikulum, Sukan dan Kesenian untuk pelajar khas

"Anugerah tahunan yang masuk kali kedua ini menyaksikan JPWPKL menjadi tuan rumah dan kami merasakan perlu ada aktiviti yang menyeronokkan kepada peserta yang datang dari pelbagai tempat.

"Malah, program ini juga boleh menjadi lawatan sambil belajar kepada murid-murid untuk mengenali tempat-tempat menarik yang ada di ibu negara," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat