Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Angka kematian gempa bumi Filipina meningkat
- Berkhemah di sawah padi kerana takut gempa bumi
- Minaj pandu Lamborghini merah jambu miliknya
Angka kematian gempa bumi Filipina meningkat Posted: Angka kematian gempa bumi Filipina meningkat
LOON, Filipina - Sejumlah mangsa yang terselamat mencari saudara-mara dan rakan mereka dari celah runtuhan bangunan dan tanah semalam selepas gempa bumi kuat menyebabkan 151 orang terbunuh. Gempa bumi berskala 7.1 pada skala Richter itu menyebabkan sejumlah bangunan runtuh termasuk beberapa buah gereja selain menyebabkan kejadian tanah runtuh kelmarin. Sekumpulan anggota-anggota penyelamat masih belum tiba di tempat kebanyakan bangunan runtuh termasuk jambatan di beberapa buah pulau di tengah Filipina. Sekumpulan penduduk menggunakan tangan di bandar Loon yang dihuni kira-kira 40,000 orang untuk mengalihkan runtuhan batu-batan bagi mencari mangsa-mangsa gempa bumi. Bandar ini terletak 20 kilometer dari pusat gegaran. Menurut Ketua Polis Bohol, Dennis Agustin, Loon merupakan salah sebuah bandar yang terjejas teruk akibat gempa bumi itu. Setakat ini, hanya sejumlah kecil pekerja penyelamat yang tiba di bandar tersebut dengan menggunakan bot. - Agensi | |
Berkhemah di sawah padi kerana takut gempa bumi Posted: Berkhemah di sawah padi kerana takut gempa bumiBEBERAPA penduduk mendirikan khemah di tengah-tengah kawasan sawah padi di wilayah Bohol, tengah Filipina semalam. CALAPE, Filipina - Beberapa orang mendirikan khemah di tengah-tengah kawasan sawah padi di wilayah Bohol, tengah negara ini. Mereka sanggup tinggal di kawasan sawah padi itu kerana untuk mengelak gegaran susulan gempa bumi. Gempa bumi kuat yang berukuran 7.2 pada skala Richter itu melanda wilayah tersebut kelmarin sehingga mengakibatkan lebih 100 orang terbunuh. Banyak rumah, bangunan termasuk gereja runtuh akibat gempa bumi itu. - Agensi | |
Minaj pandu Lamborghini merah jambu miliknya Posted: Minaj pandu Lamborghini merah jambu miliknyaMINAJ berdiri di sebelah kereta Lamborghini Aventador Roadster miliknya yang berwarna merah jambu di Los Angeles kelmarin.- REUTERS LOS ANGELES - Penyanyi rap terkenal, Nicky Minaj memandu sebuah kereta sport Lamborghini Aventador Roadster berwarna merah jambu yang berkelajuan 349 kilometer sejam selepas dia melancarkan koleksi fesyen miliknya, Kmart di sini kelmarin. Kereta tersebut yang telah dicat warna merah jambu dibeli Minaj pada harga kira-kira AS$382,000 (RM1.24 juta) beberapa bulan lalu. Sebelum ini Minaj dilihat memandu kereta-kereta mewah seperti Bentley berwarna merah jambu, Ferrari dan Maybach. Kereta miliknya itu menjadi tumpuan sekumpulan jurugambar yang merakamkan gambar tersebut. Minaj juga memberitahu para pemberita tentang hasrat sebenarnya mengeluarkan jenama fesyennya. Menurutnya, dia hanya mengeluarkan pelbagai jenis fesyen yang dia suka untuk memakainya. Jenama fesyennya itu juga mengeluarkan seluar berwarna merah jambu untuk golongan wanita berjoging. Jenama fesyennya itu juga menjual barang kemas dan topi. Minaj berkata, pereka fesyen terkenal seperti Chanel, Versace dan Herve Leger menjadi inspirasinya dalam dunia fesyen. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |