Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Malaysia naik satu anak tangga dalam ranking terbaru FIFA
- Ekonomi Thailand rugi antara 10-15 bilion baht akibat banjir
- KPDNKK sasar satu Parlimen satu KR1M - Hasan Malek
Malaysia naik satu anak tangga dalam ranking terbaru FIFA Posted: Malaysia naik satu anak tangga dalam ranking terbaru FIFA17/10/2013 10:03pm KUALA LUMPUR - Keputusan seri 1-1 yang dicatatkan oleh skuad Harimau Malaya menentang Bahrain pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2015, Selasa lepas, telah mengubah kedudukan mereka dalam ranking bola sepak dunia. Berdasarkan ranking terbaru Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) hari ini, skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K. Rajagobal naik satu anak tangga ke kedudukan ke-160 berbanding kedudukan bulan lepas. Pada Januari, skuad Harimau Malaya menduduki tangga ke-158, Februari (159) Mac (164), April (163), Mei (161) selain kekal pada kedudukan ke-159 dunia pada Jun dan Julai serta Ogos (162). Kedudukan terbaru itu meletakkan pasukan kebangsaan setanding dengan beberapa pasukan lain seperti Bermuda (161), Bangladesh (162), Nepal (165), Sri Lanka (166) dan Pakistan (168). Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia bagaimanapun turun satu anak tangga ke kedudukan keenam di belakang Filipina (137), Thailand (143), Myanmar (149), Vietnam (151) dan Singapura (155). - Bernama |
Ekonomi Thailand rugi antara 10-15 bilion baht akibat banjir Posted: Ekonomi Thailand rugi antara 10-15 bilion baht akibat banjir17/10/2013 10:01pm BANGKOK - Banjir yang melanda Thailand selama sebulan kini dianggarkan menyebabkan kerugian dari segi ekonomi antara 10 dan 15 bilion baht (RM100 hingga 150 bilion). Banjir itu juga akan mengurangkan kira-kira 0.05 mata peratusan daripada pertumbuhan ekonomi negara itu. Jumlah kerugian boleh menjadi lebih besar lagi jika bencana itu menjejaskan kawasan perindustrian Thailand. "Banjir tidak melanda kawasan perindustrian atau pembuatan, tetapi hanya pintu masuk ke beberapa kawasan-kawasan itu. "Kebanyakannya menjejaskan kawasan tanaman dan hartanah," kata Thanavath Phonvichai, Pengarah Pusat Ekonomi dan Unjuran Perniagaan Dewan Perniagaan Thai pada sidang akhbar di sini hari ini. Banjir berterusan di Thailand, dengan ibu negaranya, Bangkok mengalami hujan lebat dari semalam berikutan ribut tropika Nari yang menyebabkan banjir kilat di jalan raya sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas. Sementara itu, sejak 17 September hingga kini, angka kematian akibat banjir di negara ini berjumlah 68. Sebanyak 46 wilayah daripada 77 wilayah Thailand mengalami banjir dengan 5.78 peratus atau 3.72 juta penduduk terjejas, sejumlah 569,000 hektar kawasan tanaman pertanian juga terlibat dengan industri akuakultur menyaksikan 39,428 kolam ikan dan udang rosak. - Bernama |
KPDNKK sasar satu Parlimen satu KR1M - Hasan Malek Posted: KPDNKK sasar satu Parlimen satu KR1M - Hasan Malek17/10/2013 10:00pm KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyasarkan untuk mewujudkan satu Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) bagi setiap Parlimen di seluruh negara. Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, kini sebanyak 102 KR1M beroperasi di seluruh negara dengan menawarkan harga antara 30 dan 50 peratus lebih murah berbanding kedai biasa. "Di Selangor sahaja, kita sudah bina 13 KR1M termasuk di Pandan Mewah ini, dan kita akan membina enam lagi kedai seumpama ini di negeri ini dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan KR1M di Pandan Mewah, Ampang, di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Urusan MRT Retail Sdn. Bhd., Datuk Wira Meer Ali Mydin. Hasan berkata, sasaran untuk mewujudkan satu KR1M di setiap Parlimen di seluruh negara supaya semua rakyat dapat merasai faedah dan manfaat daripada kedai itu. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |