{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Kesihatan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Kesihatan


Sayur segar untuk awet muda

Posted:

Sayur segar untuk awet muda

Sayur segar untuk awet muda

REYNOLDS telah makan makanan sayur-sayuran segar sejak tujuh tahun lalu.


MAKAN makanan mentah seperti kacang, biji-bijian dan sayur-sayuran kedengaran tidak enak bagi ramai orang.

Namun, bagi seorang wanita yang berasal dari Edinburgh, Britain, Susan Reynold yang berusia 29 tahun memberitahu, rejim diet itu telah diamalkannya sejak berumur 22 tahun.

Wanita yang kelihatan awet muda ini telah mengamalkan pemakanan sedemikian selama tujuh tahun.

Dia juga tidak memasak, menggoreng atau merebus sayur-sayuran berkenaan.

"Sebelum ini, saya banyak makan makanan ringan selain menghadapi masalah ketagih alkohol tetapi sejak mengikuti kelas yoga semasa melancong di India pola makanan saya berubah 360 darjah.

"Sebaik sahaja pulang, saya memutuskan untuk menjadi seorang vegetarian selain jurulatih yoga sepenuh masa," katanya.

Untuk mendapatkan resipi yang tepat, dia berguru dengan seorang chef Restoran Red Sugar di Edinburgh.

Restoran itu menyajikan makanan mentah berasaskan sayur-sayuran.

"Anda harus mencubanya kerana sayur-sayuran mentah lazat dan enak," terang Reynold.

Dakwa wanita ini, memakan sayur-sayuran menyebabkan fikiran dan tindakannya sentiasa positif sekali gus membuatkan tubuhnya sihat serta bertenaga.

"Rakan-rakan sering mengatakan badan saya tidak berbau busuk walaupun sering berpeluh semasa mengajar yoga.

"Saya juga mengembangkan hobi ini dalam bentuk produk makanan dalam tin," katanya.

Diet

Ibu Reynold turut mengamalkan diet sedemikian selepas melihat sendiri keberkesanan terhadap anaknya.



"Biasanya saya akan membuat sayur-sayuran itu seperti sup dengan dikisar terlebih dahulu atau memakannya mentah-mentah.

"Lucunya, ramai yang mengatakan saya berumur 16 tahun sedangkan saya 13 tahun lebih tua," katanya sambil ketawa.

Tambahnya, kulitnya tidak kekeringan selain jarang mendapat penyakit seperti demam dan selesema.

"Minuman pula, air kelapa segar yang dibeli di pasar raya atau air lemon," katanya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pernah menerbitkan laporan, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang rendah menjadi punca kepada kira-kira 19 peratus kanser usus, penyakit jantung (13 peratus) dan serangan angin ahmar (11 peratus) di seluruh dunia.

Laporan pakar-pakar itu diterbitkan Dana Penyelidikan Kanser Sedunia (WCRF) pada 1997 pula menganggarkan 30 hingga 40 peratus kes kanser di seluruh dunia boleh dielakkan dengan mengubah diet.

Peratusan itu mewakili antara tiga hingga empat juta kes kanser baharu setiap tahun.

Menurut laporan WCRF itu, pengambilan sayur-sayuran secara konsisten dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser kepada lelaki dan wanita.

Sebanyak 400 gram pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran sehari mampu mengurangkan kes kanser sehingga 20 peratus.


REYNOLDS (kiri) kelihatan muda berbanding usia sebenarnya kerana amalan pemakanan yang berkhasiat.


Makan sayur

Bagi Pakar Pemakanan dan Dietetik Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad pula berpendapat, amalan meminum susu rendah lemak sebanyak satu atau dua gelas sehari perlu diamalkan setiap rakyat negara ini.

"Makan banyak sayur dan makanan yang dibakar atau direbus juga mampu mengurangkan risiko kanser.

"Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya sejam sehari," katanya.

Tambah Fatimah, masyarakat negara kita boleh mengikuti trend makan sayur-sayuran seperti rakyat Jepun.

"Tidak keterlaluan jika sayur-sayuran begitu digilai oleh masyarakat Jepun.

"Antara hidangan masakan rumah paling diminati wanita yang mendapat jolokan Negeri Matahari Terbit itu ialah sayur-sayuran campur yang dididih bersama sup berperisa," katanya.

Tambahnya, kacang hijau, terung, bawang merah, tomato, daun salad, lobak merah, rebung, cendawan shiitake, bayam dan rumpai laut ialah antara diet masyarakat Jepun.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat