Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Baitulmal Sarawak terima zakat RM55,544
- 20 warga emas serta kursus komputer, internet
- Murid, guru sertai program pengurusan alam sekitar
Baitulmal Sarawak terima zakat RM55,544 Posted: Baitulmal Sarawak terima zakat RM55,544ABANG MUHAMMAD SALAHUDDIN (empat dari kanan) menerima replika cek zakat perniagaan Angkasa bernilai RM55,544 daripada Alimuddin Mohd (lima dari kiri) di Kuching, Sarawak baru-baru ini. ZAKAT. Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) telah menyerahkan cek zakat perniagaan bernilai RM55,544.26 kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) di Kuching baru-baru ini. Cek itu disampaikan oleh Naib Presiden Angkasa, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang mewakili TBS. Alimuddin berkata, koperasi boleh membuat bayaran zakat perniagaan melalui Angkasa dan boleh mendapatkan perkhidmatan pengiraan zakat perniagaan daripada Unit Skim Perlindungan & Khidmat Sosial. |
20 warga emas serta kursus komputer, internet Posted: 20 warga emas serta kursus komputer, internetMOHD. ISKANDAR (berdiri kanan) bergambar dengan sebahagian warga emas yang menyertai kursus komputer dan internet di Taman Seri Pulai 3, Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini. BERILMU. Seramai 20 warga emas menyertai kursus komputer dan internet anjuran Persatuan Kebajikan Pelajar Kaum India Seremban di Pusat Komputer TCabletronic di Taman Seri Pulai 3, Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini. Pengarah TCabletronic, Mohd. Iskandar Patrick berkata, program itu yang turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Penyayang Warga Emas Daerah Petaling, Selangor bertujuan mendedahkan peserta cara-cara menggunakan komputer dan internet. Katanya, semua peserta diberi pendedahan tentang bagaimana untuk menggunakan komputer dan cara untuk berhubung serta mendapatkan informasi terkini melalui internet. "Selain cara menggunakan komputer, para peserta juga diajar bagaimana untuk membuat dan mengendalikan e-mel, laman sosial serta mencari maklumat dengan selamat di internet," katanya. |
Murid, guru sertai program pengurusan alam sekitar Posted: Murid, guru sertai program pengurusan alam sekitarGURU dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Pulau Aur, Mersing, Johor yang menyertai program Pengurusan Alam Sekitar di USM Pulau Pinang baru-baru ini. CINTAI ALAM. Seramai lapan murid bersama 11 guru dari Sekolah Kebangsaan Pulau Aur, Mersing, Johor menyertai program Pengurusan Alam Sekitar anjuran Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang baru-baru ini. Penyelaras projek, Izam Fairus Kamaruddin berkata, program yang diadakan di kampus universiti itu mempunyai dua objektif iaitu penilaian ekosistem marin dan pantai serta pendedahan kepada kehidupan di kampus. "Kita mahu lihat komuniti Pulau Aur memahami kepentingan ekosistem dan melatih golongan muda sebagai pemantau keseimbangan alam sekitar," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |