{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Rencana

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Rencana


Pas mula main sentimen Azizan

Posted: 28 Oct 2013 11:59 AM PDT

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

SEORANG penunggang motosikal melalui di hadapan bendera parti yang bertanding di Kampung Dulang Besar, Sungai Limau, Yan, Kedah, baru-baru ini. - UTUSAN/ NOORADZRENE MOHD NOOR

PADA 20 Ogos lalu, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir meminta pemimpin pembangkang tidak mengungkit mengenai langkah kerajaan negeri menyelesaikan masalah Kolej Universiti Insaniah (Kuin) kerana beliau tidak mahu mengaibkan pemimpin kerajaan Pas Kedah semasa mentadbir negeri sebelum ini.

Malah pada 27 Ogos lalu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah biar pun ada pemimpin Pas iaitu ADUN Pengkalan Kudur,Datuk Phahrolrazi Zawawi menggesa kerajaan negeri mengeluarkan kertas putih sebagai penjelasan isu Kuin tetapi gesaan itu tidak disambut oleh kerajaan negeri.

Ini memandangkan seperti mana kata Mukhriz beliau mengamalkan sikap berhemah dalam pentadbiran dan tidak mahu membuat witch hunting biar pun beliau mempunyai banyak bukti menunjukkan pemimpin Pas melakukan pelbagai masalah hingga menjejaskan kepentingan rakyat secara keseluruhan dalam soal Kuin.

Bagaimanapun apa yang dilakukan oleh Mukhriz tidak dihargai oleh pemimpin-pemimpin Pas malah dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau yang sedang berlangsung, Pas tanpa rasa bersalah mengedar risalah kempen mengecam Mukhriz berhubung isu itu.

Mereka menuduh Mukhriz kononnya tidak melaksanakan amanah bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang berpesan kepada beliau untuk memberi perhatian kepada pembangunan Kuin dan Maahad Tahfiz di Pulau Tuba.

Hakikat sebenarnya kerana melaksanakan amanah Azizanlah, salah satu agenda terawal yang dilakukan oleh Mukhriz apabila BN mengambil alih tampuk kepimpinan negeri ialah menyelesaikan segala kemelut yang berlaku dalam Kuin dan paling utama menamatkan kepincangan pengurusan kolej tersebut.

Kalau Mukhriz tidak berhasrat menunaikan pesanan Allahyarham sudah pasti, Mukhriz akan membiarkan Kuin terus terumbang-ambing sehingga ke hari ini. Tetapi malangnya niat baik dan segala usaha Mukhriz tidak dihargai oleh Pas.

Sebaliknya, dalam usaha Pas untuk mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau, Pas bersedia untuk menjadikan isu KUIN sebagai senjata memfitnah Menteri Besar Kedah tersebut. Mereka mengedar risalah bertajuk 'Sinar Sungai Limau' dengan tujuan memburuk-burukkan anak bekas Perdana Menteri itu.

Inilah wajah sebenar politik Pas, mereka bersedia melakukan apa sahaja dalam usaha menjayakan agenda politik mereka. Soal betul atau salah, benar atau tidak, fitnah atau fakta, ia bukanlah menjadi perhitungan utama, apa yang penting bagi mereka ialah memainkan sentimen simpati kepada Allahyarham Azizan kerana menyedari majoriti pengundi di Sungai Limau menghormati dan menyayangi bekas ADUN mereka itu.

Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh Pas ini boleh dianggap satu gerakan politik yang tidak bertanggungjawab kerana bersedia memutar belitkan fakta semata-mata mahu meraih kemenangan. Apa yang lebih menyedihkan, segala perkara berkaitan Allahyarham Azizan seolah-olah baru sekarang mahu dihargai oleh sesetengah pemimpin-pemimpin Pas Kedah.

Sudah pastilah ini satu tindakan politik murahan memandangkan ketika Allahyarham menjadi Menteri Besar, sesetengah pemimpin termasuklah mereka yang kini berada dalam jentera pilihan raya Pas di Sungai Limau turut terlibat menyusahkan Allahyarham.

Ini dinyatakan sendiri oleh Allahyarham seperti mana dipetik oleh seorang pembantu kanannya dalam satu tulisan mengenai Allahyarham yang antara lain Allahyarham seolah-olah bersungut apabila berkata,;

"Kadang-kadang aku tak percaya apa yang aku dengar dan apa yang jadi, aku percaya sungguh-sungguh kat dia, bukan aku kata aku ni baik, hebat, tapi kita buat kerja nak bagi lebih kuat ... aku nak tanya, hang pernah dengaq ka aku sebut nama orang lain selain dia nak jadi Menteri Besaq kalau kita ada rezeki menang lagi?"

Malah penulis artikel itu turut menulis, ''Sekalipun dihentam teruk di muktamar, dalam laman sosial mahu pun cakap-cakap di luar, setelah meluahkan rasa terkilannya, dalam nada yang perlahan sering Ustaz ucapkan: "Kalau silap, mai lah tegur aku, kita ada saluran ....tak pa lah hat tu, yang aku sedih tu, hat depa dok kata tu tak betoi, aku pun tak kenai depa pun, jumpa pun tak pernah, macam mana depa lebih tau pasai diri aku, ada hat depa kata tu aku tak tau apa pun.

"Orang panggil aku ni Ustaz, memanglah ... aku pun tau ilmu aku tak seberapa, mungkin depa lebih tinggi mengaji daripada aku, depa tak mau hormat aku sebagai Pesuruhjaya tak pa, tak mau hormat aku ni sebagai MB pun tak pa, tapi hormatlah aku sebagai orang tua."

Demikianlah luahan Allahyarham yang dipercayai ditujukan kepada pemimpin dan kelompok tertentu dalam Pas sendiri.

Oleh itu, tidak payahlah mana-mana pemimpin Pas tertentu cuba menunjukkan mereka kini adalah pembela kepada Allahyarham Azizan sedangkan ketika Allahyarham masih hidup pelbagai gerakan politik dilakukan sehingga Azizan tidak mampu mentadbir Kedah dengan aman.

Justeru adalah tidak keterlaluan jika kita menganggap isu Kuin dan segala perkara berhubung Azizan sengaja dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin Pas dalam PRK Sungai Limau semata-mata untuk meraih undi.

Kenapakah ketika hayatnya sesetengah pemimpin Kedah tidak berusaha membantu Allahyarham dalam pentadbiran sebaliknya ada antara mereka sanggup membiarkan kredibiliti Allahyarham tercabar apabila Pas pusat melantik pemantau bagi pentadbiran kerajaan negeri Kedah ketika itu, seolah-olah Azizan tidak lagi berupaya memimpin.

Atas sebab itulah, dalam usaha meraih sokongan dalam PRK Sungai Limau, adalah lebih wajar pemimpin-pemimpin Pas tidak memainkan sentimen Azizan. Ini memandangkan kalau sentimen seumpama itu mahu dimainkan rasanya yang lebih layak ialah BN.

Ini memandangkan biar pun berbeza parti dan fahaman politik, BN lebih menghargai Azizan termasuklah ketika Allahyarham sedang dirawat di hospital. Semua itu dilakukan kerana pemimpin-pemimpin BN memandang tinggi dan menghormati Azizan sebagai seorang pemimpin yang cukup berhemah dalam politik. Tetapi BN tidak seperti Pas yang sanggup menggunakan apa sahaja isu demi meraih kemenangan.

Adalah lebih baik jika Pas menumpukan perhatian kepada apa yang mereka hendak lakukan bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat Sungai Limau. Janganlah membangkitkan isu atau perkara jika kerajaan negeri Kedah mendedahkan kedudukan sebenar ia boleh memalukan pemimpin-pemimpin Pas sendiri.

Oleh itu, hormati dan akurlah dengan pendirian Mukhriz yang tidak mahu mendedahkan apa sebenarnya berlaku dalam isu Kuin, biarlah beliau menyelesaikan isu tersebut secara berhemah dan menguntungkan semua pihak.

Pertarungan di Sungai Limau bukan melibatkan seluruh negeri tetapi terhad kepada kawasan itu sahaja dengan matlamat apa yang akan dinikmati oleh penduduk jika mereka menyebelahi BN atau Pas.

Kalau Pas sudah yakin bahawa Sungai Limau kubu kuat mereka, maka berhemahlah dalam berkempen seperti mana berhemahnya Allahyarham Azizan ketika berpolitik dengan kawan mahupun lawan.

Jangan cuba meraih sokongan melalui tindakan yang dilihat sekadar retorik, bersikap hipokrit dan memutar belitkan fakta.

Kalimah Allah dalam pelbagai tulisan

Posted: 28 Oct 2013 11:59 AM PDT

Oleh Zulkifli Noordin

KENAPA kita larang Kristian gunakan kalimah Allah?

Kita menentang Kristian di Malaysia ini guna kalimah Allah kerana mereka mahu memakainya dalam bentuk uluhiyyah, iaitu dalam bentuk iktiqad atau akidah yang syirik dan kufur! Iaitu mereka mengatakan Allah itu Allah-Hus-Salis, Allah Triniti, Allah Tiga-Dalam-Satu, Allah Bapak, Allah Anak dan Allah Roh Kudus. Mereka telah, sama ada dengan sengaja atau tidak, telah menyalahgunakan kalimah Allah!

Mari kita lihat bagaimana contoh-contoh kalimah Allah yang disalahgunakan untuk membawa maksud yang mensyirikkan, bahawa kalimah Allah itu adalah Allah-Hus-Salis, Allah Triniti - Tuhan Tiga Dalam Satu iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Ruh Kudus.

a) Disebut dalam terjemahan Bible Al Kitab (ms 197 ayat 25-27) Akulah yang memberi hidup dan membangkitkan orang mati", kata Yesus kepada Marta. Orang yang percaya kepada Ku akan hidup, walaupun ia sudah mati. Dan orang hidup yang percaya pada Ku, selama-lamanya tidak akan mati. Percayakah engkau akan hal itu. Tuhan," jawab Marta, saya percaya Tuhan Anak Allah, Raja Penyelamat yang akan datang ke dunia ini".

b) Disebut alam terjemahan Al Kitab (ms 379 ayat 9) jika Peti Perjanjian itu dibawa kearah negerinya sendiri, iaitu Bet-Semes, itu bererti bahawa Allah orang Israellah yang telah mendatangkan celaka yang hebat itu kepada kita. Tetapi jika pedati itu tidak menuju ke sana, kita akan tahu bahawa musibah itu bukan dari Allah Israel, melainkan kebetulan saja";

c) Disebut dalam terjemahan Al Kitab (ms 246 ayat 13) hormatilah Tuhan, Allahmu, dan berbaktilah kepada Dia sahaja, dan bila kamu bersumpah, lakukanlah demi nama Nya saja";

d) Lafaz dalam upacara baptis berbunyi saya membaptiskan kamu dengan atas nama Allah Bapa, dengan atas nama Allah Putera dan dengan atas nama Allah Ruh Kudus";

e) Risalah menyebut Rencana Allah Untuk Menyelamatkan Kita Dari Dosa Ialah Dengan Mengutus Anaknya Yang Tunggal";

f) Risalah menyebut Yesus Adalah Allah Dalam Bentuk Manusia";

g) Risalah bertajuk Allah Pilih Pemimpin" menceritakan ketuhanan triniti;

h) Risalah bertajuk Firman Allah Hidup" menceritakan tentang bible;

i) Risalah bertajuk Jalan Kepada Allah" menceritakan tentang pengutusan Jesus;

j) Nama sebuah gereja iaitu Gereja Katolik Santa Maria Bonda Allah;

k) Nama sebuah gereja iaitu Gereja Kristus Domba Allah;

l) Nama sebuah gereja iaitu Gereja Sidang Jemaat Allah;

m) Nama sebuah gereja iaitu Gereja Allah Itu Kasih;

n) Tajuk lagu Allah Peduli dengan lirik menyebut Allah mengerti, Allah peduli, Segala persoalan yang kita hadapi, Tak akan pernah dibiarkannya, ku bergumul sendiri, Sebab Allah Yesus ku mengerti" nyanyian Agnes Monica;

o) Tajuk lagu Harapan Bangsa" dengan lirik menyebut Bapa engkaulah harapan negara ini, Kaulah satu-satunya harapan di bumi Malaysia, Yesus engkaulah harapan segala bangsa, Nyatakanlah kebenaran mu" nyanyian Jaclyn Victor.

Sedangkan Allah telah berfirman dengan cukup jelas didalam al-Quran:

Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata Sesungguhnya Allah ialah Isa Al-Masih ibnu Maryam. Pada Isa Al-Masih sendiri berkata,Wahai Bani Israel, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu, bahawa sesiapa yang menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka Allah pasti mengharamkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka. Sesungguhnya tiada seorang pun penolong bagi kaum yang zalim.

Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata Bahawasanya Allah ialah satu daripada tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa. Jika mereka tidak berhenti daripada apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang yang kafir antara mereka akan dikenakan azab yang pedih". Surah Al-Maidah:72-73

Jadi bagi kita umat Islam ini adalah soal akidah! Ini soal keimanan! Ini soal kepercayaan! Ini soal perintah Allah! Atas sebab itulah kita menentang! Itu sebabnya kita melarang! Dan kita tidak akan berkompromi walau sebesar habuk pun dalam isu ini!

Adakah kalimah Allah bukan hak milik mutlak orang Islam!

Memang benar kalimah Allah bukan milik umat Islam. Kalimah Allah bukan milik Nabi Muhammad SAW. Kalimah Allah bukan milik UMNO. Kalimah Allah bukan milik Pas. Kalimah bukan milik Perkasa. Kalimah Allah bukan milik mahkamah!

Jadi siapa pemilik kalimah Allah? Jawapannya mudah. Pemilik kalimah Allah ialah Allah SWT sendiri! Dialah pemilik mutlak kalimah itu. Hanya Dia yang berhak mutlak memberi kebenaran siapa yang boleh menggunakannya. Hanya Dia yang berhak mutlak memberi syarat penggunaannya.

Hanya Dia yang berhak mutlak menentukan cara penggunaaannya. Hanya Dia yang berhak mutlak menentukan diskripsi kalimah itu! Hanya Dia - Allah SWT - pemilik kalimah Allah. Dan Dia telah menegaskannya dengan cukup jelas tanpa sebarang keraguan sedikit pun di dalam al-Quran:

Katakanlah bahawa (kalimah) Allah itu (bermaksud) Maha Esa (Yang Satu); (Dan sifatnya ialah) kepada Allah tempat segala sesuatu bergantung; Dia Allah tidak beranak, atau diperanakkan; Dan tidak ada sesuatu apa pun yang setara atau sekufu dengan Allah!

Al-Ikhlas: 112:1-4

Jadi pemilik mutlak kalimah Allah telah menegaskan bahawa kalau mahu mengguna kalimah Allah persilakan tetapi mesti merujuk kepada empat syarat iaitu Dia hanya Satu; Dia tempat bergantung segala makhluk; Dia tidak ada anak; Dia tidak ada sekutu! Sebaliknya bila Kristian mahu mengguna kalimah Allah ia berubah menjadi bentuk syirik dan kufur seperti berikut:

Katakanlah bahawa Allah itu TigaDalam-Satu;

Kami bergantung kepada Jesus (untuk penebus dosa dan lain-lain);

Bahawa Allah ada anak bernama Jesus;

Bahawa Roh Suci (malaikat) itu sekutu dan setara dengan Allah";

Maka jelas sejelas-jelasnya bahawa maksud yang dibawa oleh Kristian dalam penggunaan kalimah Allah adalah bercanggah sama sekali dengan maksud yang Pemilik kalimah Allah itu sendiri nyatakan!

Apa pendirian kita?

Pendirian kita umat Islam ialah berpegang semula kepada al-Quran. Dan jelas didalam al-Quran Allah menyebut:

Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampaui batas dalam agama mu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sungguh, Al Masih Isa putra Maryam itu adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimah-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari Nya. Maka berimanlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan (Allah itu) Tiga (triniti)". Berhentilah (dari berkata sedemikian).

Itu lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci dia dari (tohmahan) mempunyai anak. Milik-Nya apa yang ada di langit, dan apa yang ada di bumi. Dan cukuplah Allah sebagai Pelindung." An-Nisaa 4: 171

Tugas dan tanggungjawab kita umat Islam ialah bukan dengan bersekongkol atau bersetuju atau meredai perbuatan mensyirikkan Allah yang boleh membawa kepada kekufuran ini. Jangan kita beria-ia hanya kerana kemaruk sokongan dan undi sampai sanggup menggadai akidah dan keimanan, konon bertaqqiyah untuk mendapatkan kuasa.

Kita bukan syiah yang sanggup dan boleh bertaqqiyyah, walau dalam soal akidah. Kita ahli Sunnah Wal Jamaah patutnya cukup jelas pendirian dan pegangan kita. Tidak perlu kita bersorok-sorok, main aci-aci buka pintu semata-mata kerana gila undi, gila kerusi! Tugas dan tanggungjawab kita pertama ialah dengan mencegah kekufuran, kesyirikan dan kemungkaran besar ini.

Kerja kita ialah memperbetulkan penyalahgunaan kalimah Allah ini. Maknanya kita kena turun padang. Pergi jumpa dengan mereka, terutama penganut Kristian. Malah ini merupakan peluang untuk kita melaksanakan tugas Rasulullah SAW iaitu berdakwah.

Beritahu mereka dengan jelas; kalimah Allah yang kamu gunakan itu sebenarnya dan sepatutnya membawa maksud Allah Tuhan Yang Satu, Allah yang kita bergantung sepenuhnya kepada dia (bukan makhluk atau patung atau haiwan dan lain-lain); bahawa Allah itu tidak ada anak dan tidak ada bapak; dan Allah itu tidak ada yang sama setaraf dan sekufu dengan dia!

Nah, itulah kerja dan tugas kita. Jangan cakap sahaja, keluar dan laksanakannya. Sabda Nabi SAW," baalighul anni walau aayah" - sampaikan daripadaku walau sepotong ayat!

Semoga Allah SWT memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita, memelihara keimanan dan akidah kita, dan memberikan kita kekuatan istiqomah mengharungi zaman fitan ini insya-Allah.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat