Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Pelajar SMK Batu Kikir diberi motivasi sebelum STPM
- 100 pelajar UCB sertai khidmat masyarakat
- Arena Conduct FC juara karnival futsal
Pelajar SMK Batu Kikir diberi motivasi sebelum STPM Posted: Pelajar SMK Batu Kikir diberi motivasi sebelum STPM
SEMANGAT. Seramai 123 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kikir di Kuala Pilah, Negeri Sembilan menyertai program motivasi anjuran Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) baru-baru ini. Penyelaras Kaunselor MAINS daerah Kuala Pilah, Mohd. Hasni Zulkiflee berkata, program yang dinamakan 'Ku tahu Ku ada Kamu' dianjurkan sebagai persediaan kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tidak lama lagi. "Pada program kali ini seramai 17 kaunselor MAINS dari pelbagai daerah memberi bimbingan kepada para pelajar ini sebagai persediaan menghadapi peperiksaan kelak. "Pada program ini juga kita banyak memberi penekanan berkaitan bidang agama, selain mengajar teknik betul menjawab soalan untuk memperoleh keputusan yang cemerlang," katanya. | |
100 pelajar UCB sertai khidmat masyarakat Posted: 100 pelajar UCB sertai khidmat masyarakatPARA pelajar University College Bestari bergambar kenangan pada program kemasyarakatan di Kampung Fikri, Setiu, Terengganu baru-baru ini. BERKHIDMAT. Seramai 100 pelajar University College Bestari (UCB) berpeluang menimba pengalaman baharu apabila mereka menyertai pelbagai aktiviti dalam program kemasyarakatan di Kampung Fikri, Setiu, Terengganu baru-baru ini. Mereka yang merupakan pelajar Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Kewangan mengikuti program seperti membersihkan kawasan masjid, balai raya dan mencari lokan di sungai. Program tersebut anjuran UCB dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Fikri. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UCB, Prof. Madya Ahmad Suhaily Mohd. Salleh berkata, beliau yakin para pelajar mendapat pengalaman manis memandangkan kebanyakan mereka baru pertama kali mencari lokan di sungai selain menyertai aktiviti kemasyarakatan di kampung itu. "Untuk aktiviti gotong-royong, para pelajar turut membersihkan masjid dan kawasan sekitarnya selain menanam pokok kelapa. "Program ini memberi peluang kepada pelajar berbakti dan beramah mesra dengan masyarakat setempat," katanya. | |
Arena Conduct FC juara karnival futsal Posted: Arena Conduct FC juara karnival futsalPASUKAN Arena Conduct FC (jersi putih) bergambar bersama pasukan F1 United sebelum perlawanan akhir Karnival Futsal 2013 di Safira Sports Planet Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini. MENANG. Pasukan Arena Conduct FC dari Kulim, Kedah muncul juara Karnival Futsal 2013 selepas menewaskan F1 United FC pada perlawanan akhir dengan keputusan 2-1 di Safira Sports Planet Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini. Arena Conduct membolot hadiah utama RM3,000 manakala United FC pula berpuas hati dengan wang tunai RM2,000 pada perlawanan yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM6,500 itu. Pengerusi karnival, K. Lingasparan memberitahu, sebanyak 48 pasukan menyertai perlawanan itu yang dianjurkan Persatuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) cawangan Pulau Pinang. Majlis perasmian karnival itu disempurnakan oleh Pengerusi FMM Pulau Pinang, Khoo Cheok Sin manakala hadiah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi FMM, S. Pitchaiappan. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |