{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Negara

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Negara


3 mati dalam gulungan lumpur

Posted:

3 mati dalam gulungan lumpur

3 mati dalam gulungan lumpur

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

PEMANDANGAN kemusnahan di Lembah Bertam semalam.


CAMERON HIGHLANDS - Tiga terbunuh dengan dua daripada mereka mati lemas selepas terperangkap dalam rumah yang ditenggelami banjir lumpur manakala seorang lagi diserang sakit jantung kerana terkejut dengan kejadian bencana alam yang tiba-tiba melanda Lembah Bertam, Ringlet dekat sini semalam.

Kejadian pukul 1 pagi yang menenggelamkan hampir keseluruhan perkampungan milik pekebun sayur yang tinggal di tebing Sungai Bertam berpunca daripada limpahan air Empangan Sultan Abu Bakar yang terletak 1.3 kilometer dari kawasan yang dilanda banjir.

Dua mangsa yang mati lemas ialah lelaki Bangladesh, Md. Zahangi Alam, 30, dan seorang wanita Indonesia yang dikenali sebagai Kesmat, 46.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Terkurung dalam rumah dimasuki air

Posted:

Terkurung dalam rumah dimasuki air

Terkurung dalam rumah dimasuki air

CAMERON HIGHLANDS - "Kami terkurung di dalam rumah kerana pintu tidak boleh dibuka. Ketika itu air terus melimpah masuk sehingga ke paras dada," kata Shaifa Jamil, seorang daripada 54 penduduk yang dipindahkan apabila rumah mereka di Lembah Bertam musnah dalam kejadian banjir kilat semalam.

Shaifa, 19, yang ditemui di pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Ringlet di sini berkata, ketika kejadian dia dan ibunya berada di dalam rumah manakala ayah dan abangnya berada di luar rumah.

Menceritakan detik cemas itu, dia berkata, siren kecemasan dibunyikan dua kali sebelum dia kemudian ternampak kayu balak dibawa arus Sungai Bertam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Anak VIP miliki kereta elak cukai

Posted:

Anak VIP miliki kereta elak cukai

Anak VIP miliki kereta elak cukai

Oleh KHAIRIYAH HANAFI
khairiyah.hanafi@kosmo.com.my


KHAZALI bersama pegawai kastam melihat sebahagian daripada 22 buah kereta mewah yang dirampas daripada beberapa individu pada sidang akhbar di Petaling Jaya, Selangor semalam.


PETALING JAYA - Cubaan beberapa individu untuk melaram dengan memandu 22 buah kereta mewah luar negara bernilai RM25 juta tanpa membayar duti import terbantut apabila kesemua kenderaan tersebut dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam operasi selama empat hari bermula 16 Oktober lalu.

Antara jenis kereta yang dirampas dalam serbuan di hotel, rumah dan premis pameran di sekitar ibu negara serta Perak termasuk 15 buah Ferrari, Lamborghini (3) serta masing-masing sebuah Bentley, Roll Royce, Porsche dan Nissan GTR 35.

Difahamkan, pemilik kesemua kereta tersebut menggunakan nombor pendaftaran Langkawi (KV), Wilayah Persekutuan Labuan (LE) dan Gagasan 1 Malaysia (G1M) bagi mengelirukan pihak berkuasa. Ada antara pemilik kereta tersebut merupakan anak orang kenamaan (VIP).

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat