Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Tabiat makan tidak sihat
- Teroka hutan punca Cameron Highlands banjir
- Datuk Rahim Razali dikejarkan ke ICU
Posted: Tabiat makan tidak sihat
PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas mengambil makanan secara berlebihan sehingga ia mengakibatkan mereka mempunyai lebihan 500 hingga 700 kalori sehari, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam. Beliau berkata, purata rakyat Malaysia dewasa mengambil 2,500 kalori sehari, berbanding 1,500 kalori disarankan bagi wanita dan 2,000 kalori bagi lelaki. Katanya, jumlah kalori berlebihan pastinya membawa pelbagai masalah dan penyakit kronik, lebih-lebih lagi rakyat Malaysia kurang mengamalkan aktiviti senaman rutin. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Teroka hutan punca Cameron Highlands banjir Posted: Teroka hutan punca Cameron Highlands banjirOleh HAFIZ ABBAS EMPANGAN Sultan Abu Bakar di Cameron Highlands menjadi cetek akibat penerokaan hutan secara berleluasa. KUANTAN – Bencana banjir lumpur yang meragut empat nyawa di Lembah Bertam, Cameron Highlands dekat sini pada Selasa lalu dipercayai berlaku akibat penerokaan hutan secara berleluasa di kawasan terbabit. Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, penerokaan itu secara tidak langsung telah mengakibatkan Empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet menjadi cetek. "Penebangan hutan yang berleluasa di sekitar kawasan sungai dan empangan terbabit menyebabkan berlakunya hakisan yang membawa lumpur ke dalam kawasan empangan. "Ini menyebabkan lumpur tersebut mendap ke dalam empangan sehingga menjadikannya cetek. Contohnya kalau di dalam empangan tersebut air boleh masuk sehingga 30 meter tetapi disebabkan lumpur, air hanya boleh masuk enam meter sahaja. "Justeru, apabila hujan lebat, ia menyebabkan empangan tidak dapat menampung air dan akhirnya akan berlaku banjir," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Datuk Rahim Razali dikejarkan ke ICU Posted: Datuk Rahim Razali dikejarkan ke ICU
KUALA LUMPUR – Seniman negara, Datuk Rahim Razali, 74, dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Sunway dekat sini pada pukul 1 tengah hari semalam akibat pendarahan otak selepas dia jatuh dan pengsan ketika sedang menjalani penggambaran rancangan sukan terbitan Astro Arena di Kuantan, Pahang. Anak perempuan pengarah dan pelakon tersohor negara itu, Nadia Abdul Rahim, 41, ketika dihubungi berkata, pemeriksaan doktor kemudian mendapati pembuluh darah pada bahagian kepala bapanya itu telah pecah sehingga mengakibatkan berlaku pendarahan di dalam otak. "Bapa saya tidak cukup rehat sehingga menyebabkan timbul tekanan. Dia sebenarnya telah mengadu sakit kepala seminggu yang lalu ketika menjalani penggambaran drama tersebut. "Sampai satu tahap, bapa mengalami sakit kepala yang teruk sehingga tidak boleh berjalan dan menyebabkan tekanan darahnya meningkat ke tahap merbahaya," jelas Nadia. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |