Kosmo Online - Pemotoran
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Pemotoran |
Perubahan ketara luar dan dalam Posted: Perubahan ketara luar dan dalamOleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
DENGAN tagline "Nilai Melangkaui Kebiasaan", sedan segmen B ini dilihat cuba untuk tampil berbeza. Selepas sukses selama sepuluh tahun, Toyota Vios kini sekali lagi mengujakan pengguna Malaysia menerusi generasi ketiganya. Sejak diperkenalkan pada tahun 2003, Vios sememangnya berjaya mencipta gelombang populariti sehingga sekarang. Walaupun menerima kritikan keras kerana perkadaran rekaan luaran yang secara pandangan kasarnya nampak seperti tidak seimbang, Vios tetap mampu mencatat jualan beribu-ribu unit sebulan tanpa sebarang masalah. ISMET (dua dari kiri) bersama barisan pengurusan atasan Toyota Motor Corporation, Jepun dan UMW Toyota Motor pada majlis pelancaran Toyota Vios di Kuala Lumpur baru-baru ini. Kejayaan itu nampaknya mula hendak diulangi oleh model terbaharu ini. Sejak dibuka pada 1 Julai lalu, UMW Toyota Motor telah menerima sebanyak 8,000 unit tempahan. Justeru, tidak hairanlah jika UMW Toyota Motor optimis dan meletakkan sasaran jualan Vios baharu sekitar 36,000 unit pada tahun depan. Purata jualan Vios sebelum ini cukup konsisten, hampir 30,000 unit setahun. Kenapa Vios boleh jadi begitu popular? Selain kekuatan jenama Toyota, nilai-nilai yang dibawa oleh Vios seperti penjimatan bahan api dan boleh dipercayai menjadi antara faktor utama pengguna Malaysia cukup berminat untuk memilikinya. "Vios menjadi model Toyota paling laris bagi segmen kenderaan penumpang kecil bukan nasional. Enam daripada sepuluh pembeli di Malaysia bagi segmen berkenaan memilih Vios. Sehingga Ogos tahun ini, jumlah jualan Vios mencecah angka hampir 265,000 unit," jelas Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki. Vios dipasang di kilang milik UMW Toyota Motor iaitu Assembly Services Sdn. Bhd. (ASSB) di Shah Alam, Selangor sejak 2003. Ini model yang amat penting. Buktinya sehingga kini, UMW Toyota Motor telah melabur sebanyak RM600 juta melibatkan pembelian peralatan berteknologi tinggi. Selain melaksanakan penambahbaikan terhadap proses pengeluaran kilang secara keseluruhannya. Untuk makluman, UMW Toyota Motor merupakan satu-satunya pengeluar kenderaan bukan nasional yang memiliki kemudahan cetak badan kenderaan (body stamping) yang lengkap di Malaysia. Malah, kandungan alat ganti tempatan bagi Vios juga telah ditingkatkan menjadi 50 peratus. Langkah peningkatan itu dibuat sebagai sokongan UMW Toyota Motor terhadap usaha kerajaan mempromosikan penggunaan sumber tempatan dalam industri pembuatan kereta. SISTEM penentu kedudukan global membantu anda sampai ke destinasi yang dituju dengan lebih tepat. Ismet turut menyatakan bahawa pihaknya sentiasa mendengar maklum balas para pelanggan Toyota. Selain cuba sedaya upaya untuk memenuhi ekspektasi mereka. Usaha itu nyata berbaloi apabole Toyota menduduki tempat pertama dalam Indeks Kepuasan Pelanggan dalam kaji selidik JD Power baru-baru ini. Vios ditawarkan dalam lima varian iaitu 1.5J (MT), 1.5 J (AT), 1.5E, 1.5G dan 1.5 TRD Sportivo. Menurut UMW Toyota Motor, Vios 1.5J tidak mengalami sebarang kenaikan harga. Sementara varian-varian lain hanya menerima penyelarasan harga minimum. Harga Vios bermula dari RM73,200 hingga RM93,200 seunit. Perubahan paling ketara pada Vios pastinya penampilan luaran yang kini kelihatan lebih dinamik dan berani. Bahagian hadapannya memiliki reka bentuk tiga dimensi (3D) dengan gril berbentuk trapezoidal. Rupa itu disempurnakan dengan sepasang lampu utama yang nipis. Ia seolah-seolah bersambung dengan gril bar berwarna krom. Anda pasti gembira kerana lampu belakang Vios kini sudah ditukar. Ia lebih lebar dan bentuknya dapat diselarikan dengan bampar belakang dengan harmoni. Bagi meningkatkan aspek aerodinamik, Vios menggunakan bumbung berbentuk Catamaran yang membantu melancarkan aliran udara. SUSUN atur ruangan dalaman telah ditingkatkan agar kelihatan lebih mewah. Selain rekaan cermin sisi yang lebih aerodinamik, sirip penstabil aero turut dipasang bagi menghasilkan voltis (pusaran) udara di bahagian tepi kenderaan. Pusaran udara itu berfungsi menstabilkan postur kereta ketika dipandu pada kelajuan tinggi. Kestabilan Vios juga banyak dibantu oleh suspensi topang MacPherson L-arm bebas pada roda hadapan dan jenis torsion beam untuk roda belakang. Ruang kabin Vios telah direka sepenuhnya bagi menawarkan rasa mewah kepada pemiliknya. Walaupun tapak rodanya tidak berubah, tetapi ruang bahagian kepala, bahu dan kaki telah ditingkatkan. Sesiapa sahaja pasti menghargai rekaan konsol tengah yang kini lebih menyerlah. Terdapat dua versi sistem audio yang ditawarkan, bergantung kepada varian yang anda pilih. Varian juga dibezakan oleh warna ruang kabin iaitu beige, hitam dan kelabu. Vios mencipta sedikit kelainan pada kabinnya apabila panel instrumen, kemasan pintu dan sterengnya dibalut dengan rekaan jahitan. Perubahan paling besar adalah apabila meter klusternya yang sebelum ini diletakkan di bahagian tengah kini kembali berada di hadapan pemandu. Menurut Timbalan Ketua Jurutera Vios baharu, Takatomo Suzuki, perubahan posisi itu dibuat bagi menjadikan pemanduan Vios lebih sporty. VIOS masih mengekalkan rangkaian kuasa bersesaran 1.5 liter. Biarpun semua nampak seperti baharu, Vios sebenarnya masih kekal menggunakan enjin lama yang dipasang pada model sebelum ini. Toyota mendakwa enjin empat silinder 16 injap, DOHC dengan VVT-I bersesaran 1.5 liter itu masih mampu memenuhi keperluan penggunanya. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik empat kelajuan Super ECT yang menjanjikan perjalanan lancar, atau transmisi manual lima kelajuan. Tidak seperti dahulu, Vios kini terpaksa bersaing dengan banyak produk yang tidak kurang hebatnya dari segi nilai. Jadi, adakah Vios mampu berjaya seperti dua generasi sebelum ini, sama-sama kita lihat nanti. | |
Posted: Warna baharu Ducati DiavelHARGA asas bagi varian Diavel Stripe adalah RM116,888 seunit. DUCATI Malaysia (Next Bike Sdn. Bhd.) baru-baru ini memberi nafas baharu kepada model Ducati Diavel menerusi pengenalan dua pilihan skema warna terkini untuk pasaran tempatan. Dikenali sebagai Diavel Stripe, anda boleh memilih skema warna biru putih atau merah putih. Kedua-dua warna baharu itu dipadankan dengan rim berwarna putih sebagai pelengkap. Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin berkata, sehingga kini, pihaknya berjaya menjual sebanyak 550 unit model Ducati Diavel. Jumlah itu merangkumi empat varian iaitu Diavel, Diavel Cromo, Diavel Carbon dan model edisi terhad Diavel AMG. "Kami mengunjurkan peningkatan jualan model Ducati dengan pengenalan varian Diavel Stripe," kata SM Faisal dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur baru-baru ini. Ducati Diavel 2013 yang didatangkan bersama tiga mode tunggangan berupaya menjana kuasa output maksimum sebanyak 162hp. Model itu turut dilengkapi sistem brek antikunci dan Kawalan Cengkaman untuk merealisasikan pengalaman tunggangan sporty. Harga jualan asas model Ducati Diavel Stripe ialah RM116,888 seunit. Sempena ulang tahun ke-38 Naza, anda boleh mendapatkan model terhad pramilik Ducati Diavel pada harga permulaan serendah RM98,888 seunit. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.ducati.com.my dan laman sosial: www.facebook.com/DucatiMY. Informasi tambahan juga boleh diperoleh dengan menghubungi Pusat Ducati Malaysia di talian: 03-7956 7799. | |
Keanggihan kilangIsuzu Gateway Thailand Posted: Keanggihan kilangIsuzu Gateway ThailandOleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN PROSES mengecat kenderaan dilakukan oleh robot untuk hasil yang berkualiti tinggi. SEDIA maklum bahawa Thailand merupakan pengeluar kenderaan yang utama di rantau ini. Sebahagian besar jenama pembuat kereta dari Jepun berada di sana. Kos buruh berpatutan dan polisi kerajaan yang mesra pelabur nyata berjaya menarik perhatian mereka untuk melabur ratusan juta dolar dan membina kilang masing-masing di Thailand. Pengeluar trak dan kenderaan komersial, Isuzu Motors Co (Thailand Ltd) turut mempunyai kilang di Thailand. Dikenali sebagai kilang Isuzu Gateway, ia menampilkan pelbagai teknologi pengilangan terkini Isuzu dalam penghasilan produknya seperti trak pikap Isuzu D-Max. Isuzu sebenarnya telah membina kilang di Thailand sejak tahun 1963 lagi menerusi kilangnya di Samrong. Sejak itu, kedua-duanya menjadi kilang utama Isuzu di luar Jepun. Buktinya, dua buah kilang tersebut berupaya mengeluarkan sehingga 333,000 unit kenderaan setahun. HAMPIR 95 peratus komponen kenderaan yang dipasang di kilang ini datangnya dari vendor tempatan. Menurut Timbalan Presiden Isuzu Motors Co (Thailand Ltd), Kenichi Sosaoka, Isuzu telah melabur sebanyak RM869 juta untuk membina kilang Gateway. Kilang itu turut membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan apabila Isuzu menggaji sekitar 6,800 orang pekerja yang kebanyakannya orang Thailand. Kilang Gateway bertanggungjawab mengeksport sekitar 200,000 unit D-Max baharu ke lebih 105 buah negara di seluruh dunia sejak dua tahun lalu. Berdasarkan kepada volum itu, kualiti amatlah penting bagi meningkatkan kepercayaan pengguna terhadap jenama Isuzu. Baru-baru ini, pengedar kenderaan jenama Isuzu di Malaysia, Isuzu Malaysia Sdn. Bhd. (Isuzu Malaysia) menjemput sekumpulan media untuk mengunjungi kilang terbabit. Pastinya, peluang itu dimanfaatkan untuk melihat secara dekat beberapa teknologi canggih yang diguna pakai dalam menghasilkan produk Isuzu. Sebelum itu, semua peserta perlu memakai topi keselamatan dan masuk ke dalam satu bilik khas yang berfungsi menghilang segala habuk yang ada pada badan. KILANG Gateway Isuzu ini mengaplikasikan teknologi perkilangan yang canggih. Antara teknologi baharu yang penting di kilang Gateway Isuzu ialah Ro-Dip atau Rotation Dipping pada seksyen mengecat. Dengan teknologi Ro-Dip, rangka kenderaan dicelup ke dalam cecair kimia yang membentuk lapisan antikarat yang rata dan seimbang. Teknologi tersebut juga dikatakan membolehkan hasil cat pada badan kenderaan menjadi lebih cantik. Harus tahu bawa tidak banyak pengeluar yang menggunakan teknik Ro-Dip di kilang mereka. Isuzu menyatakan bahawa teknologi itu mampu mengurangkan kos dan tenaga, berikutan ia tidak perlu lagi menggunakan teknik lebih mahal seperti clear coating, base coating dan surfacer. Sebelum boleh melihat dengan jelas satu persatu rangka trak dimasukkan ke dalam cecair pada proses elektro deposit, kami terpaksa menaiki tangga yang agak curam. Proses Ro-Dip dilakukan pada bahagian atas bagi mengelakkan udara panas yang terhasil tidak meningkatkan suhu di dalam kilang. Sekali gus membuatkan pekerja tidak selesa. Kunjungan itu juga memberi peluang kepada semua peserta untuk melihat secara dekat proses pembuatan trak pikap Isuzu D-Max generasi baharu dari mula hingga akhir. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |