{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Sukan


ATM belum mahu menyerah

Posted:

ATM belum mahu menyerah

ATM belum mahu menyerah

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

SKUAD ATM gigih menjalani latihan menjelang pertemuan penting dengan Kelantan pada aksi separuh akhir kedua kempen Piala Malaysia 2013 di Kota Bharu malam ini.


SKUAD Angkatan Tentera Malaysia (ATM) belum mahu menyerah meskipun tewas 1-2 kepada Kelantan pada aksi separuh akhir pertama kempen Piala Malaysia 2013 di Stadium majlis Perbandaran Selayang minggu lalu.

Mereka akan meneruskan perjuangan apabila membuat perhitungan pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.

Jurulatih ATM, B. Sathianathan berkata, beliau sedar bakal menghadapi misi terpenting dalam sejarahnya sepanjang membimbing pasukan The Gladiators bagi memastikan perjuangan ATM dalam kempen Piala Malaysia terus berkibar.

Itu kerana, pasukan kendaliannya, ATM sedang ketinggalan dengan agregat 1-2 kepada tuan rumah, Kelantan dan mereka perlu menang jika berhasrat layak sekali lagi ke final kali ini.

Dalam masa yang sama beliau juga mahu memastikan para penonton yang hadir ke stadium itu malam ini terhibur dengan aksi berkualiti antara kedua-dua pasukan.

"Saya sedar para penyokong tegar Kelantan sangat sukakan permainan berkualiti bukan sahaja oleh pasukan mereka malah buat pasukan pelawat juga.

"Dalam masa yang sama, anak-anak buah saya juga sudah tahu apa yang perlu mereka lakukan dalam perlawanan itu dan saya tidak mahu terlalu menekan mereka untuk memperoleh kemenangan.

"Dengan hanya menuntut aksi yang sempurna dan terbaik, saya rasa ia akan disusuli dengan kejayaan berpihak kepada kami," kata Sathianathan ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, Sathianathan berkata, beliau turut mengingatkan para pemainnya agar tidak melepaskan gol terlalu awal kepada lawan kerana itu akan 'membunuh' semangat juang pasukannya.

Jelasnya, apa yang penting, The Gladiators perlu bermain seperti biasa dengan mengamalkan corak menyerang dan seboleh-bolehnya mencari gol awal untuk menyamakan kedudukan agregat.

"Saya melihat motivasi anak-anak buah saya berada pada tahap terbaik dan mereka sudah tidak sabar untuk turun beraksi.

"Saya juga percaya, para penyokong Kelantan akan menyambut kehadiran kami dengan baik dan para pemain saya juga cukup berpengalaman untuk beraksi dalam keadaan getir seperti ini.

"Apa yang penting, kami hanya perlu turun dengan keazaman yang tinggi dan saya tidak menolak kemungkinan akan ada sedikit rombakan di benteng pertahanan kami namun ia hanya akan diputuskan beberapa minit sebelum sepak mula.

"Ketinggalan 1-2 bagi saya tidak terlalu sukar dan jika kami tidak mengulangi kelalaian seperti aksi pertama lalu tidak mustahil akan ada kejutan di Kota Bharu nanti," ujarnya optimis.

Ronny mahu rantai Alex

Posted:

Ronny mahu rantai Alex

Ronny mahu rantai Alex

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my

PERTAHANAN kental Sarawak, Ronny Harun menjanjikan 'layanan istimewa' kepada pemain Pahang lebih-lebih lagi penyerang dan penjaring dua gol, Azammuddin Mohd. Akil atau Alex pada pertemuan separuh akhir kedua kempen Piala Malaysia 2013 di Stadium Negeri, Kuching malam esok.

Ronny dijangka diturunkan pada perlawanan itu selepas kembali cergas daripada kecederaan otot paha kirinya yang memaksanya direhatkan semasa skuad Bujang Senang itu tewas 1-3 kepada Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan minggu lalu.

Pertahanan tengah berusia 29 tahun itu berkata, misinya pada perlawanan timbal balik itu nanti adalah untuk mengelakkan pasukan itu bolos sebarang gol yang boleh menyukarkan misi mereka untuk menempatkan diri ke pentas final.

"Pastinya kita berhadapan dengan bahaya jika terlalu banyak memberikan ruang kepada Alex (Azammuddin) kerana pemain tersebut adalah seorang yang cukup berbisa di hadapan pintu gol.

"Dia bukan sahaja berkeupayaan menjaringkan gol tetapi turut mampu mencipta ruang kepada rakan sepasukannya untuk melakukan jaringan. Dia pemain yang 'rajin' dan misi utama adalah untuk merantai pergerakannya.

"Seorang lagi pemain yang wajar diperhatikan di atas padang ialah penyerang import mereka iaitu Matias Conti yang kini merupakan penjaring terbanyak dengan lapan gol," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Selain itu, Ronny mengingatkan rakan sepasukannya supaya tidak tidak memandang rendah keupayaan skuad Tok Gajah.

"Mereka mempunyai kualiti di kedua-dua belah sayap dengan dibarisi pemain seperti R. Gopinathan serta R. Surendran yang banyak mengkucar-kacirkan pertahanan dengan gaya larian yang pantas.

"Namun, beraksi di gelanggang keramat ini nanti, dengan kehadiran Joseph Kalang Tie yang mampu mengawal bahagian tengah bakal menjanjikan persembahan sengit lebih-lebih lagi beraksi di hadapan penyokong setia Ngap Sayot," katanya.

Pemain kelahiran Sipitang, Sabah ini berazam menggunakan pengalamannya beraksi sebanyak tiga kali di pentas akhir Piala Malaysia bagi menyekat kemaraan pasukan pelawat.

Ronny pernah membantu Kedah menjuarai tiga piala dalam satu musim iaitu Piala Malaysia, Piala FA serta Liga Super pada tahun 2008.

Malah, pemain yang terkenal dengan kawalan mantap di bahagian pertahanan ini pernah dua kali mewakili negeri kelahirannya bermain di final pada tahun 2002 dan 2003 namun kalah kepada pasukan Selangor dan Selangor MPPJ.

Ketika mewakili skuad bawah 23 Malaysia dia memenangi dua pingat gangsa masing-masing pada Sukan SEA 2003 dan 2005 serta pernah mewakili pasukan kebangsaan ke Sukan Asia 2006 di Doha.

Dollah hanya intai final

Posted:

Dollah hanya intai final

Dollah hanya intai final


DOLLAH (kiri) menerima kejutan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-50 di Kuantan semalam.


TIADA apa yang diharapkan jurulatih Pahang, Dollah Salleh selain mengharapkan skuad kendaliannya itu layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada 3 November depan.

Menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-50 semalam, Dollah berkata, kejayaan layak ke pentas final Piala Malaysia musim ini pasti merupakan hadiah hari jadi yang paling istimewa buat dirinya.

Sehubungan itu, bekas pemain kebangsaan itu mengharapkan perlawanan separuh akhir kedua kempen Piala Malaysia 2013 menentang Sarawak di Stadium Negeri, Kuching malam esok, mampu memberikan hadiah bermakna buat dirinya.

Beliau berkata, meraikan hari lahir dengan kejayaan melangkah ke final selepas Pahang melakukannya pada 1997 adalah detik paling manis buat dirinya.

"Bagi saya, hari lahir yang disambut hari ini (semalam) akan lebih bermakna sekiranya kunjungan ke Kuching nanti membuahkan hasil positif sekali gus dapat ke perlawanan akhir kali ini.

"Sebagai bekas pemain, saya juga mengharapkan semua pemain yang diberi tanggungjawab dapat menjalankan tugas mereka sebaik mungkin," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan pasukan itu di Taman Gelora di Kuantan semalam.

Beliau yang pernah mengucup piala berprestij itu bersama Pahang pada tahun 1992, mahukan anak-anak buahnya melakar sejarah baharu dengan membawa pulang piala tersebut ke Pahang.

Beliau dalam pada itu berkata, ketiadaan Hafiz Kamal yang digantung selepas menerima dua kad kuning tidak memberikan impak besar kepada pasukan itu.

Sebaliknya, beliau yakin kesemua pemainnya mampu memikul peranan mereka masing-masing walaupun yakin Sarawak pastinya memberikan aksi lebih mantap dan berbeza seperti yang dipamerkan Sabtu lalu.

"Saya ingatkan semua pemain supaya menumpukan sepenuh perhatian terhadap perlawanan hingga ke wisel penamat," katanya.

Sementara itu, kapten pasukan, Jalaluddin Jaafar berkata, dia sudah tidak sabar untuk beraksi pada perlawanan kedua Piala Malaysia di Sarawak malam esok.

"Memang saya mengalami kecederaan kecil tetapi saya masih boleh beraksi."

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat