{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


3P pantau isu alam sekitar

Posted: 24 Oct 2013 12:04 PM PDT

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
utusanjohor@utusan.com.my

Ayub Rahmat (tiga dari kiri) menyiram pokok sebagai simbolik merasmikan sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia peringkat negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi, Pontian, Johor, kelmarin. - utusan/ MUHD. ZIKRI

PONTIAN 24 Okt. - Kerajaan negeri akan mewujudkan Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) di 26 kawasan Parlimen bagi membantu pihak berkuasa menangani pelbagai isu khususnya alam sekitar.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, pasukan tersebut berperanan menyalurkan maklumat bagi membolehkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bertindak dengan segera.

Menurutnya, tindakan undang-undang perlu dikenakan ke atas mereka yang menyebabkan berlakunya pencemaran supaya tidak dipandang remeh oleh mana-mana pihak di negeri ini.

Beliau berkata, sebagai permulaan, seramai 16 anggota 3P telah dilantik oleh JAS menjadi mata dan telinga pihak berkuasa supaya isu-isu berkaitan alam sekitar dapat dicegah di peringkat awal.

"Bilangan mereka akan ditambah pada masa akan datang supaya lebih ramai anggota 3P dapat diwujudkan di setiap kawasan Parlimen bagi sama-sama berperanan memelihara alam sekitar di kawasan masing-masing," katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam majlis Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar sempena Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia peringkat negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Baloi di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah JAS negeri, Mokhtar Abdul Majid; Setiausaha Majlis Daerah Pontian, Nor Syazlan Abd. Razak; Pengetua SMK Ayer Baloi, Saedah Sariyan dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Ayer Baloi, Selehon Sengot.

Ayub berkata, di samping 3P, penubuhan pusat Rakan Alam Sekitar (RAS) juga bertujuan memberikan pengetahuan kepada ahli-ahli RAS di setiap kawasan Parlimen tentang pentingnya alam sekitar yang bersih bagi kehidupan sejagat.

"Penubuhan pusat RAS di SMK Ayer Baloi merupakan yang pertama di negeri ini menerusi kerjasama daripada guru dan pelajar sebagai pusat informasi bagi manfaat orang ramai di kawasan ini," katanya sambil berharap orang ramai lebih memahami isu-isu berkaitan alam sekitar dengan sama-sama berperanan bagi membantu pihak berkuasa secara sukarela.

Beliau berkata, tanpa sokongan masyarakat, pihak berkuasa sukar untuk mengetahui sesuatu kejadian yang berlaku yang akhirnya mereka juga akan berdepan dengan masalah yang boleh diselesaikan di peringkat awal.

Sempena MASM, seramai 27 orang menyertai program Jelajah Jejak Mesra Alam yang akan melawat ke Melaka, Negeri Sembilan seterusnya ke Putrajaya sehingga 27 Oktober ini.

3 pusat warga emas dibuka

Posted: 24 Oct 2013 12:04 PM PDT

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 24 Okt. - Tiga buah pusat aktiviti warga emas di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dijangka dibuka hujung tahun ini dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM240,000.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Asiah Md. Ariff berkata, tiga buah pusat akan dibuka di Muar, Batu Pahat dan Johor Bahru selain dua yang sudah beroperasi iaitu di Muar dan Kluang.

Beliau berkata, pembukaan pusat aktiviti itu melalui koloborasi dan perkongsian bijak bersama kerjaan negeri, JKM dan beberapa pertubuhan sukarelawan.

"Dengan wujudnya pusat ini, saya pasti ia dapat memberi ruang dan peluang kepada golongan warga emas menghabiskan masa mereka dengan lebih sistematik dan produktif.

"Selain itu, pusat berkenaan juga akan menjadi platform bagi golongan warga emas itu untuk terus menyumbang jasa dan pengalaman mereka dalam pembangunan komuniti sedia ada," katanya semasa ucapan perasmian Majlis Sambutan Hari Warga Emas peringkat negeri, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah JKM Johor, Khatijah Abdullah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Datuk Adam Sumiru.

Pada majlis penghargaan tersebut, seramai 62 warga emas berbilang kaum dari negeri ini menerima anugerah dan pengiktirafan atas jasa dan sumbangan mereka kepada masyarakat.

Menurut Asiah lagi, badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan sukarela kebajikan dan badan korporat diseru untuk terus bekerjasama dengan kerajaan dan JKM dalam mengembleng tenaga dan keupayaan untuk mensejahterakan kehidupan warga emas.

"Pertubuhan sukarela kebajikan ini merupakan potern force yang menjadi nadi dan tulang belakang membantu kerajaan menjaga kebajikan dan keperluan warga emas di seluruh negeri ini," katanya.

Pemilik premis disaran dapatkan nasihat bomba

Posted: 24 Oct 2013 12:04 PM PDT

KOTA TINGGI 24 Okt. - Pemilik bangunan tinggi disaran mendapatkan khidmat nasihat keselamatan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat sekurang-kurangnya setahun sekali bagi mempersiapkan mereka berdepan dengan situasi kecemasan seperti kebakaran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Kota Tinggi, Mohd. Suhaimi Abdul Jamal berkata, pemilik premis tidak boleh mengambil ringan perkara tersebut keranacara itu mampu menyelamatkan bukan sahaja wang, malah yang lebih penting nyawa.

Katanya, kebakaran yang berlaku boleh dicegah jika setiap individu mematuhi langkah awal serta tahu menggunakan peralatan keselamatan disediakan.

"Jika kita perhatikan sesebuah premis itu sudah lengkap dengan peralatan pencegah kebakaran, namun kebanyakan mereka tidak tahu untuk menggunakannya, contohnya alat pemadam api.

"Selain itu, kegagalan mengawal rasa panik juga menyebabkan seseorang itu tidak dapat berfikir dengan baik ketika berdepan situasi kecemasan meskipun mereka mempunyai peluang yang besar untuk menyelamatkan diri," katanya semasa ditemui selepas memberi ceramah dan mengadakan latihan simulasi kebakaran di sebuah hotel di sini semalam.

Menurutnya, ceramah dan khidmat nasihat serta simulasi kebakaran yang diadakan seperti itu secara tidak langsung membantu orang ramai ketika berdepan situasi kecemasan.

Mohd. Suhaimi turut mengalu-alukan pemilik premis yang mahu menjemput pihak bomba dan penyelamat untuk memberi penerangan dan ceramah berkenaan keselamatan pekerja.

"Langkah pihak hotel ini merupakan satu tindakan yang bijak kerana memikirkan keselamatan pekerja dan pelanggan mereka. Tambahan pula hotel ini merupakan antara bangunan tinggi yang terdapat di bandar ini," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat