{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pemotoran

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pemotoran


Naza Kia sasar 300 buah Picanto sebulan

Posted: 17 Oct 2013 10:56 AM PDT

Model terbaharu kia Picanto tampil dengan ciri keselamatan dengan segmen C dan D.

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Naza Kia Malaysia Sdn. Bhd. (Naza Kia) menyasarkan jualan 300 buah kereta segmen A terbaharu Kia iaitu Picanto, dalam tempoh sebulan dengan tempahan mula dibuka pada hujung minggu ini.

Ketua Pegawai Operasi, Datuk Syed Hafiz Syed Abu Bakar berkata, Picanto baharu sangat unik kerana menawarkan aksesori dan sistem keselamatan melampaui pesaing dalam kelasnya.

"10 daripada aksesori yang ditawarkan tidak terdapat dalam kereta segmen A di Malaysia antaranya lampu automatik, empat brek cakera, enam beg udara, kawalan kestabilan elektronik, butang audio pada stereng dan sistem bantuan bukit.

"Kami telah meletakkan standard sistem keselamatan kereta segmen A hampir sama dengan segmen C dan D," katanya kepada pemberita semasa sesi pandu uji Picanto hari ini.

Picanto baharu ditawarkan dengan dua varian pilihan iaitu 1.2L manual lima kelajuan dan 1.2L automatik empat kelajuan dengan lima warna pilihan iaitu merah, biru, kelabu, hitam, putih dan hijau.

Mengulas mengenai harga Picanto, beliau berkata, buat masa ini syarikat meletakkan harga jangkaan terlebih dahulu kerana harga rasmi dijangka diumumkan selepas pembentangan Bajet 2014.

"Harga jangkaan adalah di bawah RM63,000 sebuah bagi varian automatik dan di bawah RM59,000 sebuah untuk varian manual," jelasnya.

Picanto varian automatik dilengkapi dengan sistem kunci pintar, rim sport 15 inci, lampu projektor, lampu belakang LED, pengurusan kestabilan kenderaan (VSA), kunci pintar dan pelbagai ruang penyimpanan barang yang amat sesuai untuk wanita.

Kereta baharu ini mampu bergerak di antara 18 hingga 22 kilometer (km) untuk setiap liter petrol selain menghasilkan 106 gram karbon dioksida untuk setiap 100 km perjalanan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat