{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


UMNO Selangor-Perkasa bekerjasama tingkat pengundi Melayu

Posted: 17 Oct 2013 09:54 PM PDT

SHAH ALAM, 18 Okt. - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, UMNO Selangor akan bekerjasama dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor dalam usaha meningkatkan jumlah pengundi Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, kerjasama itu juga untuk membolehkan Barisan Nasional (BN) menawan kembali Selangor daripada pakatan pembangkang.

"Selain kerjasama Perkasa, kita juga memerlukan usaha rakan-rakan komponen BN bagi membantu meningkatkan pengundi-pengundi dari kaum lain," katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Tahunan Perkasa Selangor, yang turut dihadiri Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, di sini malam tadi.

Noh berkata, terdapat 49 peratus pengundi Melayu di Selangor manakala bakinya pengundi bukan Melayu.

Beliau berkata, usaha meningkatkan pengundi-pengundi BN akan digerakkan mulai tahun hadapan setelah semua parti komponen menyelesaikan pemilihan parti masing-masing tahun ini.

Sementara itu, Ibrahim berkata, Perkasa telah menubuhkan Jawatankuasa Pendaftar Pemilih bagi meningkatkan jumlah pengundi Melayu.

Setakat ini, kira-kira 2.5 juta orang Melayu di seluruh negara masih belum mendaftar sebagai pemilih dan mereka adalah antara lima juta pengundi baharu yang layak mengundi pada PRU14, katanya.

Justeru, beliau mengarahkan Perkasa Selangor supaya meningkatkan usaha mendaftar pengundi Melayu. - BERNAMA

'Bukan masalah besar untuk dibawa ke ROS'

Posted: 17 Oct 2013 10:56 AM PDT

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Masalah yang timbul berkaitan perjalanan mesyuarat dan pemilihan peringkat sayap parti minggu lalu tidak perlu melibatkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, apa yang berlaku bukanlah satu masalah besar hingga perlu dibawa kepada ROS.

"Kalau ada sesuatu kelemahan atau tuduhan maka haruslah disiasat dahulu oleh jawatankuasa pemilihan dan mereka harus mencari kepastian berhubung sebab kelemahan yang berlaku itu.

"Saya nampak sendiri proses kali ini amat ketat dan terlalu sukar untuk mendapatkan kertas undi jika tidak mendaftar dan setakat ini, saya rasa tidaklah sampai ke peringkat ROS,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidiladha bersama Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil dekat sini hari ini.

Selasa lalu, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching yang juga Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP menerusi laporan sebuah portal media menggesa agar ROS membuat siasatan berikutan beberapa kes yang timbul sewaktu pemilihan sayap parti itu hujung minggu lalu.

Nie Ching membangkitkan mengenai aduan melibatkan bahawa jumlah kertas undi didakwa melebihi bilangan perwakilan yang mendaftar semasa pemilihan Pemuda UMNO di Petaling Jaya Selatan dan Wanita UMNO Bahagian Merbok.

Beliau turut mendakwa terdapat aduan mengenai keanggotaan individu di enam cawangan Pemuda UMNO di Seremban yang dikatakan mengundi walaupun telah dilucutkan kelayakan mereka.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat