Utusan Online - Pendidikan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pendidikan |
Seminar HOTS Utusan tepati PPPM Posted: 27 Oct 2013 11:08 AM PDT Dr. Ismail (kiri) berbincang dengan pakar pendidik dan pembentang kertas kerja dalam satu persidangan antarabangsa di Paris, Perancis baru-baru ini. Sistem pendidikan di Malaysia melalui aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-3025 (PPPM) memerlukan mereka mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) atau Higher Order Thinking Skills (HOTS) yang amat bersesuaian dengan keperluan pembelajaran Abad ke-21. Kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan murid mengguna minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baru. Ledakan teknologi maklumat telah mengubah landskap pendidikan di peringkat global apabila guru bukan lagi pendeta di atas pentas untuk menjadi rujukan murid tetapi hanya menjadi fasilitator di sisi murid. Maklumat dapat dicapai oleh murid melalui pelbagai corak pembelajaran yang berlaku dalam talian atau dengan kata lain proses pembelajaran berlaku lebih awal daripada proses pengajaran. Dalam hal ini murid harus mampu menggunakan daya pemikiran mereka untuk menganalisis maklumat yang mereka terima. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan (Onosko dan Newmann, 1994). Perluasan maklumat yang sedia ada dalam minda adalah bertujuan menghasilkan sesuatu yang baru atau asli. Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi kepada Pemikiran Aras Tinggi (Zevin, 1995). Di Malaysia konsep Pemikiran Aras Tinggi ini sudahpun dilaksanakan dan soalan-soalan yang bercirikan HOTS diselitkan dalam peperiksaan. Walau bagaimanapun pelbagai strategi harus dibentuk untuk meningkatkan lagi pemahaman konsep ini. Oleh itu satu reka bentuk strategi yang mampu memudahkan guru dan murid melaksanakannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran diperlukan. Dalam konteks ini Pakar Motivasi dan Pensyarah Cemerlang Gred Khas C, Dr. Ismail Zain dalam penyelidikannya telah berjaya menghasilkan reka bentuk strategi untuk dijadikan panduan kepada guru dan murid bagaimana memupuk kemahiran aras tinggi di kalangan mereka. Malah, lebih membanggakan reka bentuk strategi itu diterima untuk pembentangan dalam beberapa siri persidangan akademik di peringkat antarabangsa seperti di Itali dan di Paris, Perancis anjuran International Journal of Arts and Science (IJAS) yang berpusat di Amerika Syarikat. Reka bentuk strategi ini juga dimuatkan dalam Jurnal antarabangsa iaitu dalam The Macrotheme Review: A multidisciplinary journal of global macro trends. Dalam siri keluaran khas The Macrotheme Review 2(2), Spring 2013 Special Issue On Education And Training. Menyedari kepentingan Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi di kalangan murid dan pencapaian yang ditunjukkan oleh Dr. Ismail di peringkat antarabangsa, justeru Unit Pendidikan Utusan Malaysia menjemput beliau menyebarluas ilmu dalam Siri Program Motivasi dan HOTS pada cuti sekolah nanti. Pengisian program selama tiga hari ini, antaranya termasuklah sesi pengenalan HOTS berdasarkan pengalaman Dr. Ismail berinteraksi dengan pakar pendidik di peringkat antarabangsa dan strategi menjawab soalan HOTS dalam beberapa subjek oleh guru pakar. Impak seminar ini nanti akan membolehkan murid memahami dan mengaplikasikan HOTS dengan lebih mudah dan mampu menjawab soalan-soalan yang bercirikan HOTS dengan lebih yakin serta tepat. Untuk mendaftar, sila muat turun borang daripada www.facebook.com/adaponline. Sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada Fauzi Hamdan di talian 019-5716282. |
Ilustrasi kartun sebagai set induksi PdP Posted: 27 Oct 2013 11:08 AM PDT Kartunis Khazim menyampaikan ceramah tentang teknik penghasilan kartun dan peluang kerjaya yang berkaitan pelukis dalam Program Profesional Chat di MRSM Serting, Negeri Sembilan, baru-baru ini. ILUSTRASI kartun walaupun bersifat santai dan lawak namun boleh digunakan sebagai set induksi yang efektif bagi memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah. Guru Bahasa Melayu MRSM Serting, Zuhana Kamaludin berkata, ilustrasi kartun merupakan salah satu set induksi yang boleh digunakan oleh guru untuk menarik minat dan perhatian murid terutama dalam pengenalan topik baharu. "Malah melalui karektor dan dialog yang dipaparkan secara tidak langsung dapat menjana idea di samping meningkatkan pengetahuan murid dalam mengetahui isu-isu semasa walaupun disampaikan secara kecindan (unsur humor)," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang Program Professional Chat bersama kartunis Utusan Malaysia, Khazim Sulaiman sempena Mara Intensive Gifted And Talented Youth Programme (MIGTY) di MRSM Serting, Negeri Sembilan baru-baru ini. Program yang disertai 150 murid tingkatan tiga maktab itu bertujuan memberi pendedahan kepada mereka tentang kerjaya sebagai kartunis. Sementara itu, seorang peserta, Sherilyn Benson memberitahu, program tersebut telah mencapai objektifnya dan dia mendapat pengetahuan tentang peluang kerjaya berkaitan kemahiran melukis. Rakannya, Mohamad Amirul Idham Mohd. Ikhram berpendapat, program itu berjaya memberi pendedahan tentang teknik mencurahkan idea dalam penghasilan sesebuah karya khususnya kartun. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pendidikan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |