{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Hentikan permainan tuding jari

Posted: 06 Oct 2013 12:02 PM PDT

Oleh LILIS SURIANI OMAR
pengarang@utusan.com.my

Azwanddin Hamzah, Tony Pua

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Ketua Publisiti DAP, Tony Pua digesa berhenti menyalahkan pihak lain berhubung kesilapan parti itu sendiri dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti tersebut tahun lalu.

Pada masa sama, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah menyelar tindakan Tony Pua yang sanggup menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Utusan Malaysia sebagai anjing UMNO.

Menurut beliau, tindakan itu tidak menunjukkan kesopanan sebenar seorang pemimpin kanan parti politik.

Saya gesa Tony Pua berhenti menyalahkan orang lain dan memanggil mereka (ROS dan Utusan Malaysia) anjing sedangkan dia sendiri tidak mempunyai etika untuk mematuhi perlembagaan parti itu dalam menjalankan semula pemilihan CEC.

Tindakan untuk membawa ROS ke mahkamah adalah perbuatan memalukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Tony Pua dalam laman Facebooknya yang menggelar ROS dan Utusan Malaysia sebagai anjing UMNO selepas parti itu diarah menjalankan pemilihan semula CEC baru-baru ini berikutan pelbagai pihak mempertikai kewibawaan proses pemilihan CEC pertama pada 15 Disember lalu.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Penyokong Barisan Nasional (PPBN), Prof. Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, kenyataan biadab tersebut tidak sepatutnya dikeluarkan Tony Pua memandangkan ROS hanya menjalankan tugas sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab memantau pertubuhan parti-parti di negara ini.

Jika pemilihan CEC DAP sebelum ini telus, tidak mungkin ROS bertindak mengarahkan parti itu membuat pemilihan semula. Dalam hal ini, Tony Pua jangan cepat melatah dan menyalahkan orang lain," katanya.

Mengulas isu sama, Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Syed Ibrahim Kader berkata, Tony Pua harus menerima kesilapan yang dilakukan partinya sendiri dengan lebih terbuka.

Jika sudah melakukan kesilapan, terima sahaja dan jangan cuba mengalihkan isu dengan mencemuh pihak lain lebih-lebih lagi selepas kesalahan terbongkar," katanya.

Tahaluf siyasi Pas gugat hak Melayu Islam

Posted: 06 Oct 2013 12:02 PM PDT

Norman Toha

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Tahaluf siyasi antara Pas dengan DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya memberi ruang kepada rakan-rakan sekutunya itu mengganggu-gugat kepentingan Melayu dan Islam yang selama ini terpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan.

Malah, bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha berkata, kerjasama antara ketiga-tiga parti pembangkang itu hanya menampakkan kegagalan Pas sehingga menyebabkan kaum tertentu mempunyai kekuatan mendesak kerajaan mengubah beberapa asas persetujuan kemerdekaan yang selama ini menjadi teras Perlembagaan.

Sehubungan itu, beliau mahu Pas mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan tersebut yang baginya patut dilakukan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13.

Amat mengecewakan apabila terdapat kalangan ahli dan penyokong dalam pakatan yang mencerca dan mempermain-mainkan hak Melayu yang sudah tercatat dalam Perlembagaan.

Antaranya menghina Raja-raja Melayu dan Islam dituduh tidak adil, namun pimpinan utama Pas tidak mampu untuk menempelak balas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin bahawa kerjasama antara Pas dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang hanya merugikan orang Melayu dan menjadi liabiliti kepada parti itu sendiri.

Mohamed Hafiz berkata, Pas perlu sedar tentang sikap bermuka-muka DAP terhadap orang Melayu serta mengamalkan politik perkauman sempit.

Menurut Norman, konsep tahaluf siyasi yang pernah Rasulullah SAW lakukan bersama orang bukan Islam di Madinah adalah untuk memudahkan Islam diamal serta melindungi kepentingan umat daripada digugat.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap kesediaan generasi Pas yang tidak memahami sejarah perjuangan sehingga bertindak meliberalkan matlamat perjuangan parti itu sendiri.

Sedangkan, katanya, Islam yang menjadi asas kehidupan dan kepentingan Melayu sepatutnya menjadi tuan di bumi sendiri.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat