{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Nama calon BN diserah kepada TPM

Posted: 07 Oct 2013 12:12 PM PDT

KUALA TERENGGANU 7 Okt. - Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir telah menyerahkan tiga nama berpotensi bagi dipertimbangkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya pagi ini.

Katanya, nama calon pilihan hanya akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri selaku Pengarah PRK itu dua hari sebelum tarikh penamaan calon pada 23 Oktober ini.

"Yang boleh saya cakap ialah faktor yang diambil kira ialah calon tempatan, dikenali ramai, biasa bergerak di kawasan Sungai Limau dan berkeupayaan untuk menang juga diambil kira.

"Jadi, kita tunggulah. Sebagai 'underdog', saya percaya peluang kita untuk menang pada ketika ini iaitu ketika calon BN dan Pas belum diputuskan ialah 40 peratus,'' katanya ketika ditemui pemberita di Hotel Tabung Haji di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, UMNO akan berusaha untuk meningkatkan lagi peratusan itu agar peluang kemenangan lebih tinggi.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak dalam kawasan Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian penyandang Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar pada 26 September lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau jatuh pada 4 November manakala hari penamaan calon pula ditetapkan 23 Oktober.

Dalam pada itu, Mukhriz berharap tidak timbul sebarang masalah pada kempen PRK kali ini bagi memastikan hubungan baik di antara kerajaan negeri dengan jentera Pas di DUN berkenaan berkekalan.

"Kita kena ambil kira juga soal itu kerana kawasan ini dulu dipegang oleh arwah yang juga bekas Menteri Besar yang mempunyai hubungan baik dengan BN Kedah.

''Sehubungan itu kita seboleh mungkin mahu redakan tekanan yang mungkin akan wujud pada PRK nanti," katanya.

Mengulas mengenai pendekatan yang akan digunakan BN pada PRK tersebut, Mukhriz berkata, strategi yang akan digunakan pastinya berbeza memandangkan BN kini tidak lagi bergerak sebagai parti pembangkang di Kedah.

"Apa pun, saya fikir penekanan yang akan diberikan nanti tidak lagi berdasarkan perbezaan ideologi sebaliknya lebih kepada apa yang akan kita tawarkan kepada penduduk di DUN Sungai Limau," ujar beliau.

Ke mana hilangnya 851 perwakilan DAP?

Posted: 07 Oct 2013 12:12 PM PDT

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diminta memberi penjelasan kepada semua pihak termasuk Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung 'kehilangan' 851 perwakilan pada Kongres Khas pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 29 September lalu.

Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, selain Guan Eng, Pengerusi DAP, Karpal Singh juga perlu membuat penjelasan mengenai perkara tersebut yang disifatkannya tidak pernah berlaku dalam sejarah politik dunia.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

* Lim Guan Eng dan Karpal Singh perlu jelaskan kepada semua pihak termasuk ROS dan SPR tentang 851 perwakilan yang missing in action pada Kongres Khas parti itu, 29 September lalu.

* Kesemua perwakilan itu yang mewakili 33 peratus daripada jumlah keseluruhan 2,576 perwakilan layak hadir dan mengundi tetapi 'hilang' semasa kongres tersebut.

* Pada pemilihan tahun lalu, seramai 753 perwakilan tidak hadir dan kali ini jumlah mereka meningkat kepada 851 orang. Apakah mereka ini merupakan mangsa-mangsa politik Lim Guan Eng? Ini merupakan rekod dunia. Di manakah hak mereka kerana belum pernah berlaku dalam sejarah dunia politik keadaan sedemikian.

* Sehubungan itu, KITA ingin memberitahu bahawa 851 orang perwakilan itu perlu tuntut hak mereka seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan DAP iaitu mereka boleh membuat aduan kepada ROS dan pertubuhan itu wajib melayan dan menyiasat aduan tersebut sebab hak mereka telah dinafikan dan dizalimi oleh pemimpin parti mereka.

* KITA percaya sekiranya kesemua 851 perwakilan itu hadir pada pemilihan tersebut, ia akan merubah keseluruhan keputusan pemilihan CEC sehingga memungkinkan kedudukan Guan Eng akan jatuh ke tangga ke-23 berbanding kelima.

* Sebagai rakyat Malaysia, saya melihat perkara ini sebab ia membabitkan 38 ahli Parlimen daripada parti itu sekali gus memalukan negara kerana negara luar sentiasa memerhati setiap pemilihan parti politik negara ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat