Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Ikan 'serah diri' bukan petanda tsunami Posted: Ikan 'serah diri' bukan petanda tsunami
KUALA LUMPUR - Kejadian beratus ribu tamban melompat dan terdampar di pantai Kampung Tambisan, Lahad Datu, Sabah kelmarin bukan petanda tsunami akan berlaku. Ketua Kluster Sumber Asli dan Alam Sekitar Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Komoo berkata, insiden itu tidak mempunyai kaitan dengan tsunami kerana tiada sebarang gegaran atau gempa bumi dikesan. "Tidak mungkin akan berlaku tsunami kerana tiada sebarang gempa walaupun pada skala kecil direkodkan di kawasan sekitar," kata Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu itu semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Aplikasi ibadah persenda Islam Posted: Aplikasi ibadah persenda IslamSEORANG pengguna menunjukkan aplikasi al-Quran yang menambahkan ayat 'Bismillahirrahmanirahim' pada satu surah di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Cukup mengejutkan. Di sebalik keghairahan umat Islam di negara ini melayari pelbagai aplikasi berkaitan ibadah melalui telefon pintar masing-masing, mereka sebenarnya terdedah untuk memuat turun kandungan bahan yang boleh merosakkan agama itu sendiri. Tinjauan wartawan Kosmo! mendapati pelbagai aplikasi seperti kitab suci al-Quran, hadis, khutbah Jumaat dan kata-kata hikmah yang dibangunkan oleh pihak-pihak tertentu dikhuatiri boleh menggugat akidah umat Islam kerana terdapat kesalahan-kesalahan yang sukar dikesan terutamanya oleh mereka yang cetek agama. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Fahami sensitiviti kaum lainOleh RIZAM ZAKARIYA dan NOOR HASLIZA NUSI NAJIB menunjukkan hadiah yang diterima daripada Santa Claus pada Rumah Terbuka Krismas Malaysia di Padang Kota Lama, George Town, Pulau Pinang semalam. GEORGE TOWN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat di negara ini mencari titik persamaan antara mereka tanpa membezakan agama dan bangsa. Menurutnya, ia penting agar usaha kerajaan untuk mengekalkan keamanan, keharmonian dan kestabilan negara dapat dilaksanakan. "Meskipun kita berbeza daripada segi akidah tetapi kalau kita sentiasa berbalah atas perkara ini maka akan merenggangkan hubungan. "Oleh itu, daripada memilih jalan yang akan membawa kepada kerenggangan lebih baik kita mencari titik pertemuan. Ini tanggungjawab saya sebagai Perdana Menteri dan sebab itulah kita perlu memahami sensitiviti antara satu sama lain," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |