{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Tuntut Tony Pua mohon maaf

Posted: 27 Dec 2013 11:01 AM PST

Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA
badrul.isa@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua terus didesak memohon maaf ekoran sikap biadab beliau menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai anjing pada September lalu.

Timbalan Pengerusi Gerakan Anak Muda Melayu Negeri Selangor (Gam-Sel), M. Ikbal Ramli berkata, setelah hampir tiga bulan berlalu, Tony Pua masih bersikap sombong serta angkuh dan tidak mahu memohon maaf kepada orang Melayu dan Islam di negara ini.

"Tambah dikesalkan, beliau bukan sahaja tidak dikenakan sebarang tindakan, malah diangkat pula menjadi Pengerusi DAP Selangor yang baharu. Adakah ini budaya DAP, kurang ajar dengan orang Melayu seterusnya akan naik pangkat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai bantahan aman kira-kira 20 ahli Gam-Sel selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Jami'ul Huda, Kampung Melayu Ampang, dekat sini hari ini.

Tambah M. Ikbal, para pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang juga sehingga kini tidak memberi sebarang reaksi berhubung sikap biadab Tony Pua meskipun saban minggu rakyat dan pelbagai pihak membangkitkan hal berkenaan.

"Adakah mereka merestui tindakan Tony Pua yang menggelar anjing kepada penjawat awam yang kebanyakannya adalah orang Melayu dan Islam?

"Di manakah para pemimpin Melayu tulen di dalam parti DAP yang boleh membela nasib orang Melayu dalam hal ini? Malah, suara pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang juga tidak kedengaran dan terus membisu,'' katanya.

Lebih mengecewakan jelas beliau, apabila Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, gagal menasihati pemimpin DAP daripada terus menghina orang Melayu dan Islam di negara ini.

"Sebelum ini Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi juga telah menghina kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dengan gelaran kucing kurap. Walaupun telah meminta maaf, namun kami lihat permohonannya itu sebagai tidak ikhlas dan hanya untuk Pengerusi DAP, Karpal Singh.

"Satu demi satu penghinaan dibuat pemimpin DAP, namun para pemimpin pakatan pembangkang terutama Pas seolah-olah tidak berani untuk menegur tingkah laku pemimpin-pemimpin DAP yang memperkotak-katikkan orang Melayu dan Islam," katanya.

Himpunan bercanggah dengan Perlembagaan Pas

Posted: 27 Dec 2013 11:01 AM PST

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Tindakan Dewan Pemuda Pas untuk menyertai perhimpunan membantah kenaikan kos sara hidup yang berlangsung serentak dengan Himpunan Guling Kerajaan pada malam tahun baharu 2014 jelas bertentangan dengan Perlembagaan parti.

Bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha (gambar) berkata, di dalam perlembagaan parti itu, Fasal 6 (6) dengan jelas menyatakan bahawa Pas hanya akan bekerjasama dengan badan, pertubuhan atau persatuan selagi tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan pendirian Pemuda Pas kerana Himpunan Guling Kerajaan merupakan satu usaha untuk mencetuskan suasana kacau bilau dan huru hara.

"Mereka mahu mengambil kesempatan atas kehadiran rakyat Malaysia yang mahu menyambut ambang tahun baharu 2014," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ketua Dewan Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat mengesahkan kehadiran Pemuda Pas di Dataran Merdeka untuk menyokong perhimpunan membantah kenaikan kos hidup pada malam tahun baru 2014 namun berdalih pihaknya tiada kaitan dengan perhimpunan bagi menggulingkan kerajaan.

Walau bagaimanapun, kenyataan Suhaizat itu menimbulkan tanda tanya kerana lokasi, masa dan tarikh perhimpunan membantah kenaikan kos hidup adalah sama dengan Himpunan Guling Kerajaan.

Norman berkata, adalah mustahil Pemuda Pas tidak mengetahui tentang Himpunan Gulingkan Kerajaan yang bakal berlangsung di lokasi sama pada malam tahun baharu 2014.

"Persoalannya, mengapa Pemuda Pas tetap mahu meneruskan penyertaan dalam himpunan membantah kenaikan kos hidup dan apakah tujuan sebenar Pemuda Pas ini?

"Jika niat mereka mahu menunjukkan dan mengajak rakyat memprotes tentang kesan bebanan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, mengapa mereka perlu turun pada malam itu juga," katanya lagi.

Dalam pada itu, Norman berkata, tindakan Pas sebagai sebuah wadah yang berorientasikan dakwah dan politik sepatutnya mempunyai matlamat yang jelas terutama dalam konteks mendidik rakyat dan membangunkan negara.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat