{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Azizatul Asma harumkan negara

Posted: 25 Dec 2013 10:02 AM PST

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my

Meluaskan lagi pengalaman Azizatul Asma (tiga dari kanan) bersama Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin (depan) turut menyertai kejohanan World Endurance Young Riders 2013 di Tarbes, Perancis, baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU 25 Dis. - Dalam kalangan umum, Azizatul Asma Abdullah, 17, satu nama biasa dan tidak mengingatkan sesiapa, sekadar mungkin bayangan gadis lemah lembut, sopan dan pemalu di tanah kelahirannya, Terengganu.

Namun gadis tinggi lampai yang baharu sahaja selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mempunyai penampilan sebegitu dan perwatakan agak bersahaja, setara dengan usia.

Di sebalik gambaran luaran itu, Azizatul Asma memperlihatkan kehebatan dengan semangat juang yang tinggi melalui pencapaian luar biasa dalam bidang sukan berkuda yang masih agak asing dan terbatas dari segi penglibatan di negara ini.

Berbanding di negara ini, namanya itu sebenarnya cukup dikenali dalam kalangan peminat dan penggiat sukan kuda lasak di peringkat antarabangsa terutama di Amerika Selatan melalui beberapa siri kejohanan yang disertai dan dimenangi di rantau itu dan Eropah.

Penghujung tahun ini diakhiri dengan kejayaannya kembali berada di kedudukan pertama dunia daripada 573 pelumba dalam kategori Young Riders World Endurance dan menjulang namanya sebagai Riders Of The Year 2013 bagi kategori itu.

Pencapaian melalui penjelajahan siri pertandingan itu ternyata sangat membanggakan, sekali gus mengisi ruang tandus pencapaian anak Malaysia di persada sukan dunia, mengharumkan nama negeri dan negara selain menyemarakkan lagi kegiatan sukan berkuda di negeri ini.

Sepanjang dua bulan lalu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Razali Ismail ini terpaksa melepaskan beberapa kejohanan untuk menumpukan kepada peperiksaan yang memberi ruang kepada saingan terdekatnya, pelumba dari Uruguay, Maria Pareira untuk merebut kedudukan teratas peringkat dunia itu.

"Malangnya, dua lagi kejohanan bertembung dengan musim peperiksaan, jika tidak saya pasti akan terus berada di kedudukan pertama.

"Tetapi pelajaran tentunya berada di tangga paling atas dari segi kepentingan selain mengejar pencapaian sebagai terbaik pelumba terbaik dunia," ujar gadis dari Bukit Payong, Marang itu ketika ditemui baru-baru ini.

Justeru, awal bulan ini dalam pangkalan data terkini yang dikeluarkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (FEI), nama Azizatul Asma dari Pasukan Endurance Negeri Terengganu (STET) berada di ranking keempat dunia setelah pertama kali berada di kedudukan pertama pada September lalu.

Sebelum menduduki peperiksaan, gadis ini baharu sahaja selesai menyertai siri kejohanan FEI World Endurance Championship For Young Riders and Junior di Uruguay dan menduduki tempat ketiga dalam perlumbaan sejauh 120 kilometer (km).

Ogos lalu, Azizatul Asma bersama enam lagi pelumba negara termasuk Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Muhammad Alif Sabidi, Mohamad Adhwa Embong, Tengku Puteri Helen Nurina Tengku Shahrin dan Mohd. Ziyad Hamzah beraksi di Perancis.

Dalam kejohanan Piala Dunia itu, pasukan tujuh penunggang negara memperoleh tempat keempat, suatu yang diluar jangkaan ketika berdepan persaingan yang dianggap sungguh mencabar.

Selepas berakhirnya musim peperiksaan, beliau tekad untuk kembali beraksi menyaingi jaguh-jaguh Eropah dan Amerika Latin yang menguasai lapangan itu dengan menyertai pertandingan di Costa Azul Uruguay pada 14 dan 15 Disember lalu.

Ketinggalan 78 mata di belakang pelumba kebanggaan Uruguay, Maria Periera di ranking pertama, suatu yang agak mustahil untuk dia mengejar impiannya kembali meraih tempat pertama dengan berbaki dua perlumbaan bagi tahun ini iaitu perlumbaan 120 km dan 80 km.

Namun ketiga-tiga atlet yang berada di tangga teratas gagal menamatkan larian bagi kategori 120 km dan Azizatul Asma berjaya menduduki tempat ketiga manakala pada hari kedua saingan 80 km, dia menamatkan larian di tempat kelapan manakala pencabar utamanya di tangga ke-18.

Ini memberikan kelebihan 18 mata bagi Azizatul Asma yang mewakili negara dan meletakkan kedudukan kembali di tempat pertama dunia dan menjadi Riders Of The Year 2013, mengulangi kejayaan Malaysia yang dicipta oleh Datuk Awang Kamaruddin pada tahun 2001.

"Kejayaan yang dicapai ini semuanya bermula daripada sokongan dan dorongan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Nur Zahirah di samping Yang Dipertuan Muda Terengganu.

"Impian saya terus menjadi kenyataan dengan turut mendapat bantuan kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Ekuestrian Malaysia," ujarnya yang mula beraksi dalam sukan berkuda pada usia 13 tahun.

Anak kepada pasangan Datuk Abdullah Taib dan Toh Puan Noriah Muhamad ini mula mengenali dan mendekati sukan berkuda ketika berusia 6 tahun dan kemudiannya berkongsi minat ayahnya yang juga seorang pelumba sukan yang sama dan pernah mewakili ke negara ke kejohanan dunia.

"Saya mula beraksi dalam pertandingan pada tahun 2009 di Lembah Bidong dan dari situ saya tidak berpaling lagi dengan bersama STET untuk mewakili negeri dan negara.

"Hasil daripada menjadi ahli pasukan pengakap dan pernah menyertai jambori pengakap antarabangsa di luar negara banyak membantu membentuk keyakinan diri saya untuk bersaing dengan bangsa-bangsa lain dan menyesuaikan diri dalam persekitaran berbeza," ujar anak bongsu daripada tujuh beradik ini.

Menurutnya, sukan itu menuntut kepada keyakinan diri yang kuat namun atlet tidak bersendirian kerana turut bersandarkan keupayaan kuda yang dalam cabaran masa yang panjang, keadaan alam dan cuaca.

Sehubungan itu katanya, perlu ada tautan keserasian dengan kuda yang ditunggangi dan ini menuntut kepada penilaian dan pemilihan yang dirasakan tepat di setiap lokasi pertandingan.

Bagi terus berada di kedudukan teratas, dia perlu menyertai siri pertandingan di serata pelosok dunia sebelum beraksi dalam kategori peringkat terbuka dunia seiring dengan peningkatan pencapaian dan usianya kelak.

Amaran kepada peniaga tamak

Posted: 25 Dec 2013 10:02 AM PST

Oleh RADHUAN HUSSAIN
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 25 Dis. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri memberi amaran kepada mana-mana peniaga agar jangan menaikkan harga 13 barangan kawalan sempena musim perayaan Krismas.

Pengarahnya, Syamsul Badrin Mohsin menegaskan, mereka yang mencari kesempatan untuk mengaut laba besar dan enggan mematuhi arahan itu akan berdepan tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.

Menurutnya, jika sabit kesalahan mereka terbabit boleh didenda RM100,000 atau tiga tahun penjara selain dikompaun mengikut akta yang sama.

"Sekarang ini kita sedang dalam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas berkuat kuasa antara 23 hingga 27 Disember ini. Jadi, mana-mana peniaga yang kenakan harga melebihi daripada apa yang ditetapkan akan diambil tindakan," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas majlis perasmian Hari Penjaja dan Peniaga Kecil 2013 Peringkat Negeri Terengganu di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini semalam.

Perasmiannya disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Datuk Sabri Mohd. Noor.

Syamsul Badrin berkata, setiap hari, seramai 73 pegawai PPDNKK negeri ditugaskan untuk membuat pemantauan harga di serata negeri ini melibatkan pasar dan premis kedai.

"Para pegawai ini akan memantau sama ada para peniaga mematuhi ketetapan harga 13 barangan kawalan tersebut dan kita akan pastikan peniaga letakkan tanda harga berwarna merah jambu," jelasnya.

Kesemua 13 barangan kawalan itu ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam belanda import, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing biri-biri import bertulang, daging kambing biri-biri import tanpa tulang.

Lain-lain ialah daging paha kambing biri-biri import bertulang, telur ayam gred A, telur ayam gred B, telur ayam gred C, tomato dan cili benggala hijau.

Sultanah Nur Zahirah sampaikan bantuan

Posted: 25 Dec 2013 10:02 AM PST

Sultanah Nur Zahirah (kanan) dan Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah (dua dari kanan) berkenan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Fikri, Kemaman, Terengganu, baru-baru ini.

KEMAMAN 25 Dis. - Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat menemui mangsa-mangsa banjir dan menyampaikan sumbangan kepada mereka di Dewan Serbaguna Kampung Fikri di sini baru-baru ini.

Baginda yang juga penaung Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) cawangan Terengganu tersentuh dengan nasib yang menimpa mereka.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Puan Muda Perak yang juga Naib Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah.

Pada majlis itu, seramai 600 penduduk menerima sumbangan berupa perkakas elektrik dan barang keperluan dapur seperti beras, minyak masak, susu pekat dan tepung.

Sumbangan bernilai kira-kira RM40,000 itu diperoleh daripada pelbagai sumber termasuk ahli PPPM, pelbagai syarikat korporat dan pertubuhan bukan kerajaan.

Selepas itu, baginda bersama dua anakanda, Tengku Nadhirah Zahrah dan Tengku Fatimatuz Zahra' turut menyertai aktiviti gotong-royong membersih rumah Suniah Mohamad, 36, yang tinggal bersebelahan dewan tersebut.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat