Utusan Online - Keluarga
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Keluarga |
Posted: 07 Feb 2014 11:12 AM PST SEBUT sahaja sekatan jalan raya, sudah tentu kebanyakan daripada kita kecut perut untuk melalui kawasan yang disekat walaupun kita mempunyai lesen memandu yang sah. Apatah lagi bagi mereka yang tidak mempunyai lesen memandu, mereka lebih takut dan panik sehinggakan ada yang membuat cubaan untuk lari dan merempuh sekatan berkenaan. Generasi muda merupakan golongan yang boleh dikatakan paling banyak terlibat dengan pemanduan tanpa lesen yang menggunakan kenderaan kenalan atau keluarga mereka. Banyak kejadian yang berlaku melibatkan pengguna jalan raya lain termasuk pihak berkuasa yang tercedera akibat cubaan berani yang dilakukan mereka yang tidak mempunyai lesen. Tidak dinafikan, lesen memandu merupakan perkara utama bagi kita untuk mengendalikan kenderaan yang sudah tentu mewajibkan pemiliknya menghadiri pelbagai kelas kemahiran teori dan juga praktikal. Minggu ini, .com menyediakan paparan berkenaan dengan kepentingan lesen dan sempat menemui beberapa individu yang mempunyai lesen, sedang mendapatkan lesen dan tidak mempunyai lesen. - AZRIN/MOHD FARIZWAN HASBULLAH/MOHD SHAHARANI SAIBI Bapa larang sentuh kereta "SELAGI tidak ada lesen, jangan berangan mahu memandu kereta kerana bahaya ada di mana-mana". Begitulah kata seorang pelajar Metro Driving Academy, Amirul Aqile, 18, tentang bapanya yang sentiasa mengambil berat tentang kepentingan lesen memandu. Tambahnya, dia mula sedar tentang banyak perkara apabila menghadiri kelas belajar memandu terutamanya melibatkan kelas teori. "Belajar memandu bukan sekadar belajar cara mengendalikan kenderaan tetapi bahagian teori yang saya rasa elemen terpenting apabila melibatkan pertimbangan bakal pemandu," katanya. |
Tiada istilah lambat dalam menabung Posted: 07 Feb 2014 11:12 AM PST Amalan menabung telah didedahkan kepada kita sejak dari kecil, manfaatnya akan dirasai dalam jangka masa panjang terutamanya ketika menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu. - GAMBAR HIASAN MENABUNG merupakan perkara asas yang diajar oleh kedua ibu dan bapa kita sejak kecil lagi. Kita dilatih dan dididik untuk menyimpan sebahagian daripada wang yang kita perolehi demi kebaikan masa hadapan. Pepatah 'sikit-sikit, lama-lama jadi bukit', sudah mula diperkenalkan kepada kita sejak di bangku sekolah. Kalau dahulu ketika di alam persekolahan, sebahagian daripada wang saku RM1. 20 akan kita masukkan ke dalam tabung. Tabung buluh, tabung ayam, tabung berbentuk buah-buahan yang beraneka warna menjadi umpan untuk kita menabung. Bagi saya, tiada istilah lambat untuk belajar atau mula menabung. Mengimbau kenangan di alam pengajian tinggi, kebanyakan rakan satu kolej kediaman mempunyai tabung masing-masing. Setiap duit syiling akan disimpan walaupun nilainya hanya lima sen. Syarat dan petua yang dikongsi kawan-kawan ketika itu, tidak boleh membuka atau memecahkan tabung selagi tidak masuk minggu-minggu akhir semester. Jumlah yang terkumpul banyak membantu kala sesak di penghujung semester. Pengalaman sedemikian tidak dapat dijual beli. Di saat kenaikan harga barang dan keadaan ekonomi yang sukar dijangka seperti hari ini, menabung adalah salah satu cara yang baik untuk dipraktikkan. Istilah menabung juga perlu difahami. Kalau zaman dahulu, tabung adalah tempat untuk menyimpan duit. Kini, dalam zaman serba canggih, bank adalah tempat yang lebih sesuai untuk kita menyimpan duit. Namun, kita masih lagi menggunakan istilah menabung, cuma dalam kaedah yang berbeza. Kita juga harus membuat perancangan khusus di dalam proses membelanjakan wang agar tidak berbelanja secara berlebihan dan membeli barangan yang tidak diperlukan. Satu lagi perkara yang harus kita ingat adalah soal keselamatan. Tabung yang kita ada tidak perlu ditayang untuk mengelakkan kecurian terutamanya dalam kalangan pelajar kerana masing-masing masih belum mempunyai pekerjaan yang mendatangkan pendapatan. Ambillah pendekatan, walau simpanan kita tidak banyak dalam sebulan, namun sekurang-kurangnya jumlah simpanan akan bertambah. Bak kata orang tua-tua, sediakan payung sebelum hujan, sediakan perahu sebelum bah. Berjimat dan menabunglah. - EZAL EZHAM AZAMI Alumni Universiti Sains Malaysia |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Keluarga To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |