{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Pasukan khas tangani cetak rompak

Posted: 10 Feb 2014 10:44 AM PST

Oleh TENGKU FAUZIAH NGAH
utusanterengganu@utusan.com.my

Alwi Abdul Hamid (duduk, tengah) ketika menghadiri Mesyuarat Penubuhan PPKMCR Negeri Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 10 Feb. - Pasukan Petugas Khas Membanteras Cetak Rompak (PPKMCR) kini ditubuhkan di peringkat negeri ini dalam usaha membanteras kegiatan tersebut secara habis-habisan.

Pasukan berkenaan dianggotai oleh wakil 23 agensi kerajaan Persekutuan di peringkat negeri dan daerah bagi memastikan gejala kegiatan cetak rompak dan penjualan barangan tiruan yang masih berleluasa dapat ditangani ke tahap sifar.

Antara yang menganggotai pasukan itu ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Bahagian Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Timbalan Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Alwi Abdul Hamid berkata, gerakan pasukan itu membolehkan jabatan dan agensi bertindak di bawah bidang kuasa masing-masing.

"Pihak kami mensasarkan kegiatan cetak rompak di negeri ini menjadi sifar menjelang akhir tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Penubuhan PPKMCR Negeri Terengganu di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, di sini hari ini.

Menurut Alwi, pasukan itu akan mengadakan operasi dan pemantauan yang lebih kerap dan meluas di kawasan sasaran.

"Walaupun kegiatan cetak rompak di negeri ini tidak begitu serius tetapi tidak boleh dipandang ringan. Tindakan mereka perlu dibendung bagi melindungi hak harta intelek," katanya.

Beliau mengingatkan peniaga yang didapati menjual barang cetak rompak boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Cetak Hak Cipta dengan peruntukan denda antara RM2,000 hinga RM20,000 bagi setiap salinan.

Bagi kesalahan di bawah Akta Cakera Optik pula, mereka yang sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM250,000 atau tiga tahun penjara kepada individu dan RM500,000 kepada syarikat.

Alwi berkata, sepanjang tahun lalu, sebanyak 52 kes dilaporkan di seluru negeri ini dengan 50 daripadanya di Kuala Terengganu.

Sehubungan itu, beliau berharap peniaga terutama di pasar malam supaya tidak menjual barangan tersebut kerana tindakan tegas akan diambil tanpa sebarang amaran.

Abdul Hamid Ketua Polis Daerah Bachok baharu

Posted: 10 Feb 2014 10:44 AM PST

Jalaluddin Abdul Rahman (tengah) menyaksikan upacara serah tugas Abdul Jalil Abdul Kadir (kiri) kepada Abdul Hamid Che Ahmad pada Majlis Terima Tugas Ketua Polis Daerah Bachok di IPD Bachok, Kelantan, kelmarin.

BACHOK 10 Feb. - Ketua Polis Daerah Bachok yang baharu, Deputi Supritendan Abdul Hamid Che Ahmad berazam mahu menjadikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok sebagai yang terbaik dalam kontinjen Kelantan.

Beliau berkata, pengalaman yang dimilikinya ketika bertugas di beberapa daerah lain sebelum ini akan digunakan sepenuhnya untuk memantapkan pentadbiran di IPD itu.

Katanya, antara langkah itu adalah berusaha sedaya upaya mengekang kegiatan jenayah dan meneruskan agenda memantapkan hubungan dengan pemimpin setempat serta anggota masyarakat sebagaimana yang dilaksanakan oleh ketua polis daerah sebelum ini.

"Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada pengurusan tertinggi polis Kelantan yang memberi kepercayaan kepada saya menerajui IPD Bachok.

"Pada masa sama, saya memohon kerjasama daripada semua anggota untuk menjadikan IPD ini sebagai salah sebuah IPD yang cemerlang di negeri ini. Fokus utama saya ialah berusaha memperkasakan pegawai dan anggota dalam meningkatkan kredibiliti serta menyerlahkan integriti warga polis yang mendapat kepercayaan masyarakat," katanya demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Terima Tugas Ketua Polis Daerah Bachok di IPD Bachok, dekat sini semalam.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Sebelum ini, jawatan Ketua Polis Daerah dipangku oleh Asisten Supritendan Abdul Jalil Abdul Kadir yang juga Ketua Bahagian Cawangan Khas IPD berkenaan.

Abdul Hamid berumur 58 tahun berasal dari Kemubu, Ketereh telah berkhidmat dalam PDRM selama 38 tahun.

Beliau adalah bekas Ketua Bahagian Pengurusan Daerah di IPD Tumpat.

GDAB bantu 100 mangsa banjir

Posted: 10 Feb 2014 10:44 AM PST

Ariff Hakimi Zulkifli (kanan) menyampaikan sumbangan penduduk Kampung Baroh Pial, Rantau Panjang yang menjadi mangsa banjir di Pasir Mas, Kelantan, kelmarin.

PASIR MAS 10 Feb. - Penduduk Kampung Baroh Pial, Rantau Panjang dekat sini yang terlibat dengan banjir pada musim tengkujuh lalu menghela nafas lega apabila menerima bantuan daripada Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB).

Pengarah Korporat GDAB, Ariff Hakimi Zulkifli berkata, bantuan tersebut merupakan salah satu khidmat sosial pihaknya kepada penduduk kampung yang terjejas dengan banjir baru-baru ini.

Beliau berkata, pihaknya mendapat kerjasama daripada Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Rantau Panjang yang turut sama menghulurkan sumbangan.

"Seperti yang kita sedia maklum punca pendapatan penduduk di kawasan berkenaan terjejas selepas kampung mereka ditenggalami banjir akibat limpahan air Sungai Golok.

"Justeru, bantuan ini bertujuan untuk meringkan beban yang ditanggung oleh penduduk ketika musim banjir," katanya demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Bantuan Kepada 100 Mangsa Banjir di Kampung Baroh Pial, Rantau Panjang, dekat sini semalam.

Ariff Haklimi, pihaknya turut membantu pelajar dari keluarga kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Bantuan tersebut sebagai galakan kepada pelajar yang mempunyai kelayakan untuk melanjutkan pengajian selaras dengan dasar kerajaan untuk menggalakan budaya pembelajaran sepanjang hayat.

"Kita turut memberikan fokus kepada bidang pendidikan yang merupakan elemen penting kerana ia mampu mengubah masa depan pelajar ke arah lebih baik selepas ini," ujarnya.

Tambahnya, program tersebut turut disertai oleh Himpunan Siswazah Kelantan (Himsak) yang bermandi peluh bergotong-royong membersihkan kawasan kampung itu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat