{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Ubat tenaga batin, majun dirampas

Posted: 14 Feb 2014 11:13 AM PST

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my

Mohammad Aswady (kanan) memberi penerangan berkaitan produk yang tidak berdaftar kepada seorang pemilik premis semasa operasi di Pasir Puteh, Kelantan, kelmarin.

PASIR PUTEH 14 Feb. - Jabatan Kesihatan negeri merampas pelbagai jenis ubat rangsangan tenaga batin dan majun tradisional bernilai RM15,000, hasil operasi di 95 buah premis perniagaan di daerah ini selama dua hari sejak kelmarin.

Antara premis yang diperiksa adalah warung, kedai runcit, salon serta kedai kecantikan yang kebanyakannya menjual jamu dan ubatan herba.

Ketua Unit Publisiti, Perhubungan Media dan Inter Agensi Cawangan Penguat Kuasa Farmasi, Mohammad Aswady Adenan berkata, kesemua barangan itu disyaki boleh memudaratkan pengguna.

"Orang ramai seharusnya tidak terpedaya dengan ubat rangsangan tenaga batin dan penyakit saraf kerana mengandungi bahan beracun," katanya ketika ditemui selepas operasi itu di sini semalam.

Mohamad Aswady seterusnya berkata, kesemua barangan itu dirampas manakala pemilik premis terbabit diberi amaran.

"Kita berhasrat memberikan pendidikan bagi meningkatkan kesedaran terhadap risiko mengedar dan menjual produk tersebut.

"Menjual ubat-ubatan tidak berdaftar dengan kementerian kesihatan adalah satu kesalahan di bawah Peraturan 7(1)(a), Peraturan-Peraturan Kawalan dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952.

"Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Tambah beliau, peniaga juga boleh didakwa mengikut Akta Racun 1952 (Disemak 1989) yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Ibu lima anak rayu bantuan sara kehidupan keluarga

Posted: 14 Feb 2014 11:13 AM PST

Mohd. Syamsul Yusof (kanan) menyampaikan bantuan kepada Nazimah Abdullah di rumahnya di kampung Derdap dekat Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 14 Feb. - Seorang wanita Nazimah Abdullah terpaksa menyara lima orang anak setelah suaminya, seorang warga Thailand ditahan polis kerana tidak mempunyai dokumen diri yang sah, awal bulan lalu.

Nazimah Abdullah, 28, berkata, sebelum ini dia hanya mengharapkan suaminya, Suman Auma, 34, yang bekerja sebagai tukang rumah menyara kehidupan mereka sekeluarga.

"Namun akibat tiada kad pengenalan, suami saya ditangkap pihak polis kira-kira dua minggu lalu dan sejak itu, kehidupan kami enam beranak yang sebelum ini memang susah, jadi lebih terseksa.

"Kini tanggungjawab untuk menjaga dan membesarkan lima orang anak yang berumur setahun hingga 10 tahun terletak sepenuhnya di bahu saya seorang," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Derdap dekat sini hari ini.

Demi menanggung keluarga, terutama tiga anaknya yang sudah bersekolah, Nazimah yang selama ini tidak bekerja terpaksa menebalkan muka meminta simpati rakan dan saudara-mara yang prihatin.

Bagaimanapun, bantuan yang diterima itu hanya mencukupi untuk menanggung persekolahan anak-anak sahaja.

Wanita cekal itu akhirnya diterima menjadi pembantu di sebuah kedai makan berhampiran rumahnya dengan gaji sebanyak RM240 sebulan.

"Kami berenam sekarang tinggal di rumah peninggalan arwah ibu yang usang bersama enam saudara lain yang juga mempunyai pendapatan tidak seberapa.

"Kami pernah beberapa kali terpaksa mengikat perut kerana tiada duit namun saya bersyukur anak-anak, terutama yang sudah bersekolah tidak pernah meminta-minta. Mereka seolah-olah memahami kesusahan keluarga walaupun masih kanak-kanak," katanya.

Sementara itu, kesempitan hidup keluarga Nazimah mendapat perhatian Ketua Penerangan Pertubuhan Suara Ulama Pondok Kelantan, Mohd. Syamsul Yusof yang melawat mereka hari ini dan menyampaikan bantuan makanan dan kewangan.

Mohd. Syamsul berkata, bantuan yang diberikan itu diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung keluarga Nazimah.

"Saya akan berusaha membantu keluarga ini memandangkan anak-anaknya masih bersekolah dan kita tidak mahu mereka tercicir," katanya.

106 keluarga Orang Asli terima bantuan

Posted: 14 Feb 2014 11:13 AM PST

Shukur Awang (empat dari kiri) bersama Razman Shaari (kiri) menyerahkan bantuan makanan kepada wakil penduduk Orang Asli di Kampung Sungai Berua, Hulu Terengganu, kelmarin.

HULU TERENGGANU 14 Feb. - Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) negeri menyampaikan sumbangan berupa makanan harian kepada 106 keluarga Orang Asli membabitkan 516 penduduk sebagai tanda keprihatinan jabatan itu di Perkampungan Orang Asli Sungai Berua dekat sini semalam.

Bantuan tersebut disampaikan sempena program Kaunseling Prihatin Masyarakat Orang Asli anjuran Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sungai Berua.

Pegawai Jakoa negeri, Razman Shaari berkata program itu merupakan salah satu pendekatan pihaknya dengan murid sekolah Orang Asli selain mengadakan pelbagai program motivasi bagi memberi keyakinan diri.

Beliau berkata, dengan cara sedemikian para pelajar tidak berasa terpinggir daripada arus pembangunan terutama dalam bidang pendidikan tanpa mengira bangsa, agama dan kaum.

"Begitu juga dengan bantuan ini yang kita agihkan kepada semua keluarga Orang Asli perkampungan ini, juga menerima pelbagai kemudahan yang disediakan kerajaan untuk kepentingan mereka.

"Dengan cara ini, mereka tidak akan disisihkan sebaliknya masyarakat Orang Asli mendapat banyak bantuan walaupun mereka berlainan kaum,'' katanya ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan makanan itu di rumah penduduk Orang Asli semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan JPN, Shukur Awang; Penolong Pengarah Bimbingan dan Kaunseling Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan JPN, Mohd. Taha Sali dan Guru Besar SK Sungai Berua, Zamri Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Razman memberitahu, kehidupan serta pemikiran golongan itu sudah jauh berubah berbanding suatu ketika dahulu apabila ibu bapa Orang Asli menghantar anak-anak bersekolah di kampung itu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat