{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Rakyat tolak politik kebencian

Posted: 01 Jun 2014 01:00 PM PDT

Oleh AMRAN MULUP, SHEILA RANI
CHANDRASEKARAN, AZHARI ZAINOODDIN
dan MUHAMMAD AIMY AHMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Jun - Kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan semalam jelas membuktikan rakyat sama sekali menolak politik kebencian pembangkang.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, kemenangan itu turut menunjukkan barisan kepimpinan BN diterima baik oleh masyarakat.

"Rakyat mahukan pembaharuan, politik sederhana yang tidak menghina, tidak sinis, bukan politik kebencian dan ramai yang berada di tengah atau middle ground.

"Pada saya kemenangan ini merupakan penghormatan dan bukti yang cukup jelas bahawa rakyat mahukan kesederhanaan dalam politik negara. Malah, ini juga merupakan isyarat kepada pakatan pembangkang supaya mengamalkan politik sederhana.

"BN perlu mengambil kesempatan untuk menjadi sebuah parti yang berjaya memenangi hati rakyat dengan terus mengamalkan politik sederhana," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis sambutan ulang tahun Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) keenam di sini hari ini.

Percaturan DAP meletakkan calon Melayu, Dyana Sofya Mohd. Daud bertanding pada PRK Parlimen Teluk Intan semalam tidak menjadi apabila Siew Keong berjaya memenangi hati pengundi dengan memperoleh majoriti 238 undi.

Siew Keong yang juga merupakan Presiden Gerakan memperoleh sejumlah 20,157 undi manakala Dyana Sofya meraih 19,919 undi.

Sementara itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel dalam satu kenyataan di sini hari ini menyifatkan kemenangan BN di enam Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang majoritinya adalah pengundi India, merupakan satu perkembangan yang positif berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.

"Kejayaan BN di Teluk Intan mencetuskan harapan baharu, keyakinan dan semangat jitu kepada semua ahli dalam parti yang telah bekerja keras untuk memastikan kemenangan.

"Malah, kali ini sokongan generasi muda di kawasan Ladang Nova Scotia kepada BN adalah sangat memuaskan berbanding sebelum ini mereka terpengaruh dengan pakatan pembangkang. Ini merupakan petanda yang cukup baik untuk kebangkitan semula parti di Teluk Intan," katanya.

Justeru, Palanivel mengucapkan Nandri (terima kasih) kepada kaum India di situ yang memberi kepercayaan dan harapan baharu kepada BN.

Di MELAKA, Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, kemenangan BN dalam PRK semalam bukan terletak di tangan satu-satu kaum sebaliknya ia adalah hasil keinginan seluruh masyarakat Cina, Melayu dan India yang inginkan perubahan baharu berbanding sebelum ini.

Katanya, sokongan padu terhadap BN mendorong Siew Keong mendapat mandat untuk merampas kembali kerusi itu dari DAP sejak 2008 apabila menewaskan Dyana Sofya dengan majoriti 238 undi.

"Biarpun menang tipis, namun jelas membuktikan rakyat berbilang kaum di Teluk Intan lebih percaya terhadap pemimpin dari BN untuk membawa perubahan baharu di Parlimen Teluk Intan," katanya selepas menyampaikan taklimat mengenai pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) Pemukiman Penghulu dan Penggawa Semenanjung Malaysia di Pusat Boling Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh.

Di BATU PAHAT, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi mahu BN terus mengetengahkan calon tempatan dalam pilihan raya akan datang kerana kriteria tersebut dilihat berupaya menjadi faktor penyumbang kepada kemenangan parti.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, calon tempatan lebih disenangi masyarakat setempat selain memahami permasalahan dan isu yang berlaku di kawasan masing-masing.

"Faktor calon tempatan yang disenangi memang antara kriteria utama yang sudah diamalkan kepimpinan tinggi parti, tetapi pada masa sama mereka yang terpilih juga perlu faham masalah dan isu setempat dengan kerap turun padang bertemu masyarakat," katanya.

Di PULAU PINANG, Ahli Dewan Negara yang juga bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyifatkan, keberanian DAP meletakkan calon muda Melayu, akhirnya memakan diri sendiri.

Katanya, kekalahan calon DAP semalam jelas menunjukkan rakyat menolak dasar-dasar yang dibawa DAP dan kembali menyokong BN.

"Taktik DAP meletakkan calon Melayu jelas memakan diri sendiri, hujah atau agenda yang dibawa Dyana Sofya juga dilihat tidak mantap untuk menjadi seorang Ahli Parlimen apabila hanya menyerang institusi orang Melayu seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)," katanya selepas menyempurnakan majlis penyerahan watikah pelantikan jawatankuasa kawasan Parlimen Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas.

Manfaatkan mandat tipis oleh rakyat Teluk Intan

Posted: 01 Jun 2014 01:00 PM PDT

Analisis Berita
Oleh SYED HESHAM IDRIS

PENDUDUK Teluk Intan ternyata bijak dan membuat keputusan tepat apabila memilih Barisan Nasional (BN) sebagai pembela nasib mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen itu kelmarin.

Walaupun majoriti yang dimenangi calon BN, Datuk Mah Siew Keong cuma 238 undi mengatasi calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud, keputusan itu tetap satu kemenangan manis dan besar maknanya buat BN.

Keputusan PRK semalam menyaksikan Siew Keong menang tipis apabila memperoleh 20,157 undi manakala Dyana Sofya 19,919 undi.

Ternyata percaturan BN meletakkan orang lama dan berpengalaman seperti Siew Keong menjadi penyumbang besar kepada kemenangan tersebut.

Siapa yang mampu menolak calon seperti beliau. Orang tempatan, berpengalaman dan amat dikenali kerana pernah menjadi ahli Parlimen kawasan itu selama dua penggal.

Slogan anak Teluk Intan untuk Teluk Intan sememangnya cukup memikat pengundi yang mengharapkan muncul seorang pemimpin dari kawasan itu yang mampu mengubah wajah Teluk Intan.

Sebaliknya, percaturan DAP meletakkan Dyana Sofya memakan diri. Kehadiran Dyana di Teluk Intan sememangnya mencetuskan fenomena.

Namun, beliau tidak lebih ibarat seorang artis cantik dan glamor yang muncul di Teluk Intan dan diserbu peminat.

Hakikatnya DAP mungkin terlupa bahawa PRK bukan pentas hiburan atau pertandingan ratu cantik yang akan menentukan pemenangnya berdasarkan populariti dan paras rupa.

Rakyat mahu memilih pemimpin dan bijak menilai siapa yang layak menjadi pemimpin. Rakyat mahukan pemimpin yang boleh buat kerja, sentiasa berada di Teluk Intan dan boleh ditemui pada bila-bila masa, bukan calon luar seperti Dyana Sofya yang tidak pun mengundi di kawasan beliau bertanding. Itu merupakan antara faktor Dyana Sofya ditolak.

Kegagalan DAP mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan juga bermakna Dyana Sofya gagal mencipta sejarah untuk menjadi ahli Parlimen termuda iaitu pada usia 26 tahun.

Namun, di sebalik kemenangan itu, BN harus berwaspada. Kemenangan itu bukan gambaran mutlak pengundi sudah beralih sokongan kepada BN sepenuhnya.

Jika diperhalusi undi 20,157 yang diraih oleh Siew Keong dalam PRK itu, pertambahan undi beliau cuma 71 undi sahaja kerana pada PRU yang lalu, Presiden Gerakan itu mendapat 20,086 undi.

DAP kalah kerana hilang banyak undi akibat ramai penyokong parti itu yang tidak keluar mengundi. Dyana Sofya meraih 19,919 undi dalam PRK ini berbanding 27,399 undi yang diraih mendiang Seah Leong Peng dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

DAP menang PRU lalu dengan majoriti 7,313. Ini bermakna DAP kehilangan hampir 8,000 undi kerana ramai penyokong yang keluar mengundi semalam.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat