Berita Harian: Ratu
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Ratu |
Posted: 25 Apr 2013 05:47 AM PDT "Aku dilahirkan hasil hubungan mak dan ayah. Sepatutnya aku kembangkan zuriat dengan berkahwin. Tapi aku benci lelaki. Semuanya bermula dengan ayah aku yang menganiaya emak. "Mak sering dipukul, disepak, diterajang, diherdik, dicaci dan dimaki, tapi mak tetap setia kepada ayah. Dia masih lagi isteri yang baik dan setia menyediakan segala kelengkapan ayah, tapi akhirnya ayah tetap mencari perempuan lain," luah eksekutif syarikat pengiklanan, Fiza (bukan nama sebenar).
Fiza juga ada kakak angkat yang begitu menyayangi dan melayan dengan baik. "Aku pernah ada teman lelaki, namun tidak kekal apabila dia juga panas baran dan mengongkong. Apabila hubungan kami putus, aku semakin erat menjalin perhubungan dengan kakak angkatku yang memahami segalagalanya dan rela menjadi lesbian," ujar Fiza membongkar rahsia diri. Cebisan kisah Fiza bukan fantasi, sebaliknya ia juga mungkin menghantui wanita lain menyebabkan mereka membenci lelaki dan akhirnya terjebak dengan gejala hubungan lesbian, iaitu cenderung menjalin hubungan dengan jantina sejenis. Hakikatnya, pelbagai sebab mengapa sebilangan wanita memilih menjadi lesbian dan sanggup dilaknati agama meskipun tahu ia menyalahi hukum Tuhan.
Begitu juga lesbian dilihat semakin ketara apabila wanita sesama wanita sudah 'beraksi' tanpa segan-silu bagaikan pasangan kekasih mabuk bercinta di depan khalayak ramai. Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah, Ipoh Perak, Kazim Elias, berkata kajian menunjukkan wanita beralih minat kepada wanita berbanding lelaki, antaranya membabitkan perasaan, emosi dan kepercayaan. Katanya, pertama disebabkan individu kecewa kerap dipersiakan lelaki sehingga menimbulkan rasa tidak percaya terhadap lelaki, sebaliknya lebih menjurus kepada wanita yang dianggap memahami jiwa dan tahu apa diingini sesama jantina. Lelaki bersifat kasar dan sentiasa mahu cepat dalam perhubungan, sebaliknya wanita pula tidak sukakan kekasaran dan perlukan belaian kasih sayang. "Faktor kedua, dalam hubungan seksual, wanita itu tahu apa yang disukai mereka dan mahu dilayan dengan baik, selain wanita sendiri tahu 'bahagian' mana yang mereka suka. Ada yang mengakui mereka lebih puas bersama pasangan sama jantina kerana wanita dapat memenuhi cita rasa yang mereka inginkan. "Ketiga, kecenderungan individu mudah terpengaruh dan terikut-ikut apabila mereka sering dikelilingi rakan yang mengamalkan gaya hidup lesbian sehingga ada yang menubuhkan kelab lesbian. "Keempat, individu tidak mempunyai keyakinan kepada diri sendiri dan bersyukur dengan kurniaan Tuhan," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini. Perlu terapi jiwa Kazim yang terkenal dengan ceramah agama dalam perkahwinan menghiburkan menerusi rancangan Kalau Dah Jodoh, di Astro berkata, sifat lesbian mampu menghancurkan diri kerana ia berkaitan dengan masalah iman manusia yang turun dan naik setiap masa berbanding iman kalangan Nabi dan Malaikat. "Menangani masalah ini, wanita lesbian memerlukan khidmat nasihat dan kaunseling supaya dapat mengembalikan semula keyakinan diri dan kepercayaan terhadap orang lain. Motivasi diri juga amat penting kerana ia adalah terapi jiwa. "Kes lesbian juga berlaku mungkin berpunca dari tempat tinggal di asrama dan rumah sewa. Walaupun perempuan dan perempuan boleh tinggal bersama, tetapi mereka perlu tahu batasan aurat dan perlu ada rasa sifat malu dan segan. Contohnya, dalam hal cara berpakaian di samping menjaga pergaulan masing-masing," katanya yang turut menasihati adik-beradik turut perlu menjaga batasan berkenaan. Kazim turut merujuk kepada kes lesbian yang pernah dikendalikannya membabitkan dua adik-beradik berusia 14 dan 16 tahun. Kejadian adik-beradik ini berlaku kerana ibu dan ayah yang kurang mengambil tahu hal anak mereka selain pemakaian antara adik-beradik yang tiada batasannya. "Walaupun apa yang 'dia ada, kita juga ada', sebagai rakan perempuan dan adik-beradik sama jantina, batasan aurat adalah paras pusat ke lutut yang tidak boleh ditunjuk," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Ratu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |