Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 13 Apr 2013 01:04 PM PDT Oleh NORIAH IDRIS, FIRDAUS SAHAT, SHAMRAN SARAHAN, MOHD AZAM SHAH YAACOB dan ANIZA ZAINUDIN Kuala Lumpur: "Kejayaan tidak dicapai dalam sekelip mata. Di peringkat awal, saya tiada masa untuk makan dan kerap bertukar pakaian di tandas awam semata-mata untuk bertemu dan 'ambil hati' pelanggan," kata jutawan saham amanah dan insurans, Aida Nurlin Hanif, 32, menceritakan kerja kerasnya sebelum berjaya. Ketika itu, dia perlu membahagikan masa antara pelajaran dan kerja kerana masih menuntut dalam jurusan Diploma Sains Aktuari di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Masakan tidak, pada usia 21 tahun ketika rakan sebaya masih mengharapkan wang biasiswa dan pinjaman untuk menyara kehidupan di kampus, dia mampu memiliki kereta mewah Porsche Boxster.
ELYNN (kiri) berbincang dengan Akmar. Menurutnya, kuliahnya bermula jam 10 pagi, namun seawal jam 8 pagi setiap hari dia mengatur janji temu dengan pelanggan tetap atau mencari pelanggan baru.
"Rutin itulah yang dilalui sehingga tamat pengajian. Kadangkala sampai malam pun masih bertemu pelanggan hingga makan tak menentu," katanya.
|
Posted: 13 Apr 2013 01:03 PM PDT Seberang Jaya: "Saya takut. Ada yang ajak bertumbuk...caci maki macam-macam dan paling sedih apabila ada yang tuduh ibu bapa saya tak pandai jaga anak," kata Luqman Al Hakim Ahmad, 15, yang kini tertekan berikutan butiran peribadi dan gambarnya didedahkan sebagai suspek utama 'geng samseng YouTube' yang mendapat perhatian ramai di laman video sosial terbabit, sejak Selasa lalu. Dia kini bimbangkan keselamatannya berikutan menerima pelbagai ancaman menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan ke telefon bimbitnya sejak Rabu lalu.
"Semuanya berpunca daripada salah identiti apabila ada pihak menerima maklumat salah dan mengambil gambar saya di facebook (fb) sebelum mendakwa saya suspek utama kes buli terbabit.
LUQMAN menunjukkan laporan polis dibuatnya. ANTARA SMS berbentuk ancaman yang dikirim kepada Luqman. Video berdurasi satu minit 32 saat itu memaparkan seorang remaja berpakaian sekolah dibelasah sekumpulan remaja lain, dipercayai rakan sekolahnya di sebuah kelas dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada 4 Mac lalu.
Pengarah Pelajaran Pulau Pinang Ahmad Tarmizi Kamaruddin sebelum ini mengesahkan ketiga-tiga pelajar terbabit dibuang sekolah sejak 8 Mac lalu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |