Berita Harian: Dunia
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Dunia |
Posted: 08 Jul 2013 03:08 PM PDT Umat Islam seluruh dunia sambut Ramadan al-Mubarak Makkah: Umat Islam di seluruh dunia akan mula menyambut Ramadan dan berpuasa mulai hari ini dan esok. Di benua Amerika, penduduk Islam di 35 negara, 27 negara Afrika dan satu di Oceania mula berpuasa hari ini kerana anak bulan sudah dilihat. Planetarium Sharjah di Jabatan Kebudayaan dan Penerangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan, anak bulan Ramadan terbentuk pada jam 11.14 pagi semalam dan kelihatan pada jam 7.08 malam, lima minit sebelum matahari terbenam. Anak bulan itu juga akan kelihatan pada 9 Julai petang. Justeru, hari pertama Ramadan jatuh pada 10 Julai dari segi astronomi, bersamaan dengan 1 Ramadan 1434 Hijrah. Juga diumumkan bahawa anak bulan Syawal akan muncul pada 7 Ogos jam 12.51 pagi serta kelihatan ketika matahari terbenam, menjadikannya sukar untuk dilihat, sekali gus melengkapkan hari terakhir Ramadan sebanyak 30 hari. Syawal dijangka 9 Ogos Penyelidik Astronomi dan Penyelia Planetarium Sharjah, Ibrahim Al Jarwan, berkata dua minggu awal Ramadan akan menyaksikan peningkatan suhu mencecah 46 darjah Celsius, diikuti angin kering berdebu. Tarikh menyambut Ramadan juga berbeza untuk setiap negara. Tarikh yang diberi juga berdasarkan tarikh diambil kira Majlis Fiqah Amerika Utara untuk sambutan Ramadan. Bagaimanapun, ia berasaskan pengiraan astronomi dan bukan melihat anak bulan. Pendekatan itu diterima ramai, namun masih hangat diperdebatkan. DI Jakarta, walaupun menjangka Ramadan jatuh pada 10 Julai, organisasi terbesar Islam Indonesia, Nahdlatul Ulama (NU) mengesahkan bahawa penetapan rasmi masih menunggu kedudukan anak bulan, yang dilakukan semalam. NU akan terus menggunakan kaedah pemerhatian rukyah untuk mengenal pasti bila Ramadan bermula untuk pengikutnya, kata ketua lembaga astronomi, A Ghazalie Masroeri. Organisasi berkenaan menganggarkan 10 Julai sebagai tarikh ramalan awal Ramadan. Untuk membuat satu keputusan akhir, organisasi itu akan menjalankan pemerhatian akhir anak bulan dari 90 kawasan strategik di seluruh negara kepulauan ini, disokong 110 individu yang layak, bersama ulama dan pakar Islam lain. - AGENSI |
Penggodam sasar Korea Selatan, AS Posted: 08 Jul 2013 03:07 PM PDT Seoul: Penggodam yang menceroboh berpuluh ribu komputer Korea Selatan berulang kali tahun ini bukan hanya mampu merosakkan cakera keras tetapi juga cuba mencuri rahsia tentera Seoul dan Amerika Syarikat dengan menghantar pelbagai kod 'jahat' ke internet sejak bertahun-tahun lalu. Identiti penggodam dan nilai maklumat yang mereka dapat tidak diketahui penyelidik Amerika Syarikat dan Korea Selatan yang membuat kajian terhadap setiap kod komputer berkenaan.
Penyelidik di Santa Clara, McAfee Labs di California berkata virus 'malware' direka untuk mencari dan memuat naik maklumat merujuk kepada tentera Amerika Syarikat di Korea Selatan, latihan bersama termasuk perkataan 'rahsia'. Serangan secara berterusan McAfee berkata, versi malware menjangkiti banyak laman web dalam serangan secara berterusan dipanggil sebagai 'Operation Troy' kerana kodnya dipenuhi dengan rujukan kepada bandaraya purba itu. Pada 2009, virus malware masuk ke laman media sosial digunakan kakitangan tentera di Korea Selatan.
Beliau menganalisis sampel kod rakan kongsi kerajaan Amerika Syarikat dan pelanggan persendirian. McAfee menemui versi malware yang mencari kata kunci sejak 2009. Seorang penyelidik keselamatan siber Korea Selatan, Simon Choi menemui versi kod itu seawal 2007 dengan keupayaan pencarian kata kunci ditambah pada 2008. Ia dibuat oleh orang yang sama melancarkan serangan siber di Korea Selatan sejak beberapa tahun sebelum ini, kata Choi. Versi kod itu dipercayai masih cuba untuk mencuri rahsia tentera dari komputer yang dijangkiti virus. Sherstobitoff berkata, kod cap jari yang sama ditemui dalam satu serangan 25 Jun, sempena ulang tahun bermulanya Perang Korea 1950-53 apabila laman web presiden dan perdana menteri Korea Selatan diserang. - AP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |