{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Lima lelaki didakwa curi mesin ATM BSN bulan lalu

Posted: 03 Jul 2013 02:57 AM PDT

KUANTAN: Lima lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan mencuri mesin ATM (auto-teller machine) milik Bank Simpanan Nasional (BSN), bulan lalu.

Iskandar Lai Loi Mee, 26, Mohd Syaifuddin Jusoh, 34, Hail Lekir Halmi, 29, Fairul Azman Ab Razak, 25, dan Jiva K.Ramasamy, 22, didakwa melakukan jenayah itu di ATM BSN, Jalan Indera Mahkota 5, pada 3.31 pagi, 14 Jun lalu.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama yang membawa hukuman penjara lapan tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Noor Zahan Mohamad Ali membenarkan kelima-lima tertuduh, masing-masing diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Julai ini sebagai tarikh prabicara kes.

Sementara itu, Jiva juga mengaku tidak bersalah terhadap satu lagi pertuduhan iaitu mencuri sebuah kereta di tepi jalan di hadapan sebuah rumah di No 5, Lorong 14/4, Indera Mahkota 14, pada 8.20 malam, 4 Jun lalu.

Pekerja kuari itu didakwa mengikut Seksyen 379A kanun yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Noor Zahan membenarkan dia diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Julai ini untuk prabicara kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ungku Alfiati Zabedah Ungku Ismail. - BERNAMA

UMNO mempunyai locus standi untuk saman Tian Chua bagi memfitnah

Posted: 03 Jul 2013 02:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memutuskan UMNO mempunyai locus standi atau hak untuk menyaman naib presiden Parti Keadilan Rakyat, Chua Tian Chang dan dua yang lain bagi memfitnah berhubung artikel berkaitan insiden pencerobohan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu.

Hakim Rosilah Yop membuat keputusan itu di dalam kamar selepas mengadakan perjumpaan dengan peguam yang mewakili UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun dan Raihana Ariffin, manakala tiada wakil dari pihak defendan.

Mohd Hafarizam memberitahu pemberita bahawa hakim memutuskan UMNO mempunyai locus standi mengikut Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966 untuk memulakan tindakan undang-undang dengan menggunakan nama pegawai awam parti.

Beliau berkata, keputusan itu memperkukuhkan kes undang-undang bahawa parti-parti politik boleh memfailkan saman fitnah.

Hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan UMNO untuk memadamkan beberapa bahagian dalam pernyataan pembelaan Tian Chua dan dua yang lain.

Ketika menolak permohonan itu, hakim memutuskan defendan sudah mengemukakan pembelaan yang munasabah dan memerintahkan saman itu menjalani perbicaraan penuh dan menetapkan 13 hingga 15 Jan untuk mendengar saman itu.

"Mahkamah memutuskan terdapat asas untuk defendan-defendan membentangkan pembelaan mereka mengenai justifikasi, perlindungan bersyarat dan komen yang adil," katanya.
Pada 15 Mac, setiausaha kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman terhadap Chua Tian Chang yang lebih dikenali sebagai Tian Chua, editor KeadilanDaily.com, Fazallah Pit dan penulis artikel itu, Aisha Geoffrey.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Ab Rauf mendakwa Tian Chua mengeluarkan kata-kata fitnah di dalam artikel "Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang UMNO" yang telah dilaporkan dan diterbitkan oleh KeadilanDaily pada 1 Mac lepas ketika ditemu ramah oleh wartawan portal itu.

Beliau menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, permohonan maaf secara bertulis oleh defendan untuk diterbitkan dalam semua akhbar dan faedah lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Tian Chua dalam pernyataan pembelaannya menafikan membuat kenyataan memfitnah Umno mengenai pencerobohan di Lahad Datu.

Beliau mendakwa kenyataan itu adalah komen yang adil dan dibuat secara perlindungan bersyarat sebagai seorang ahli Parlimen dan demi kepentingan awam. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat