{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


Sindiket kutip derma tumpas

Posted: 12 Jul 2013 04:28 PM PDT

JAWI rampas 133 tabung, tahan 12 dalang sekitar KL, Putrajaya

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merampas 133 tabung kutipan derma dan menahan 12 individu yang dipercayai menjadi dalang, hasil pemantauan sejak tiga minggu lalu.

Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali, berkata pihaknya memantau kegiatan memungut derma tanpa kebenaran pihak berkuasa itu sekitar ibu kota dan Putrajaya.
Individu asnaf dan fakir perlu menggunakan saluran betul seperti Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) atau Baitulmal Wilayah Persekutuan (Baitulmal) untuk memohon bantuan" Che Mat Che Ali, Pengarah JAWI

Beliau berkata, JAWI sudah menghentikan pengeluaran surat kebenaran mengutip derma sejak 10 tahun lalu dan mereka yang menggunakan surat kebenaran dengan cop JAWI sebagai bukti mengutip derma oleh mana-mana pihak atau individu adalah tidak sah.

Berlindung nama pusat tahfiz

Katanya, operasi yang dilakukan pihaknya bertumpu di kawasan tapak pasar malam dan gerai makan yang menjadi tumpuan umum.

"Kita yakin ada kumpulan menggerakkan sindiket mengutip derma, termasuk berlindung di sebalik nama beberapa pusat tahfiz bagi menyakinkan orang ramai.
"Di sebelah petangnya, kita dapati kumpulan kanak-kanak ini dijemput beberapa kereta mewah," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Che Mat berkata, mereka yang ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 84 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah-wilayah Persekutuan 1993 (Pungutan Khairat).

Jika sabit kesalahan, katanya, mereka boleh dipenjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

"JAWI sudah lama menghentikan surat mengizinkan kutipan derma dibuat daripada orang ramai. Hanya kutipan derma khusus bagi rakyat Gaza di Palestin yang mendapat kelulusan JAWI," katanya.

Beliau berkata, individu yang tergolong sebagai asnaf dan fakir perlu menggunakan saluran betul seperti Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) atau Baitulmal Wilayah Persekutuan (Baitulmal) untuk memohon bantuan.

Che Mat berkata, golongan terbabit dikatakan enggan memohon bantuan mengikut cara sepatutnya kerana perlu menyediakan pelbagai dokumen.

Bagaimanapun, katanya, dokumen diperlukan penting bagi memastikan hanya golongan yang layak menerima bantuan berkenaan.

'Elak pujukan 16-16'

Posted: 12 Jul 2013 04:07 PM PDT

Muhyiddin minta pengundi usah terpedaya rayuan pembangkang

Jertih: Jangan terpedaya dengan pujukan pembangkang mahu menjadikan kerusi pembangkang 16-16 dengan Barisan Nasional (BN) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut berkata, rakyat harus sedar pujukan pembangkang itu akan hanya meletakkan kerajaan Terengganu tidak stabil, sekali gus mengundang pelbagai masalah.
Saya tahu ramai rakyat hendak elakkan keadaan 16-16. Jawapannya mudah, pilihlah BN. Jika tidak pilih BN, akan ada kesan lain dari aspek perlembagaan negeri, kedudukan Raja dan pilihan raya negeri yang baru." Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut

Muhyiddin berkata, 17,683 pemilih berdaftar di kawasan itu seharusnya memilih jalan paling mudah bagi mengelakkan ia terjadi, iaitu dengan memilih calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, dan menolak calon PAS, Endot@Azlan Yusof, 48.

Beri kesan negatif

"Saya tahu ramai rakyat hendak elakkan keadaan 16-16. Jawapannya mudah, pilihlah BN. Jika tidak pilih BN, akan ada kesan lain dari aspek perlembagaan negeri, kedudukan Raja dan pilihan raya negeri yang baru.

"Jika itu berlaku rakyat terpaksa keluar semula untuk mengundi. Keadaan menjadi tidak stabil. Rakyat perlu beri jawapan, jangan pilih PAS," katanya pada sidang media selepas majlis penamaan calon PRK DUN Kuala Besut di Kompleks Rakan Muda Besut, di sini semalam.
Katanya, menjelang jam 5 petang 24 Julai ini, beliau mahu melihat undian diberikan rakyat bakal menjawab keadaan politik semasa dan berharap ia memberikan kestabilan kepada Terengganu.

Yakin kemampuan calon

Sehubungan itu, beliau yakin kemampuan Tengku Zaihan mempertahan kerusi berkenaan kerana tenaga mudanya yang diperlukan bukan setakat melaksanakan program pembangunan belia, malah membantu masyarakat miskin dan miskin tegar di kawasan itu.

"Tengku Zaihan menjalankan kerja ditinggalkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Dr A Rahman Mokhtar. Berilah peluang kepada beliau menjalankan tugas dengan baik.

"Kita sudah teliti latar belakang beliau dan kita dapati pembabitan Tengku Zaihan dalam politik dan tugas sebagai jurutera bukan setakat menyebabkan keputusan pada 24 Julai nanti menyebelahi BN, malah kita meraih undi lebih besar," katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin mahu jentera pilihan raya BN mengatur segera gerak kerja sesuai dengan Ramadan dengan menghormati pandangan dan sensitiviti pengundi.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat