Berita Harian: Sukan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Sukan |
Posted: 12 Jul 2013 01:28 PM PDT Pertemuan juara Piala FA, Piala Malaysia bertemu - juara Piala FA dan Piala Singapura Kuala Lumpur: Siapa lebih hebat - juara Malaysia atau juara Singapura? Persoalan itu akan terjawab apabila Kejuaraan FAM-FAS yang menampilkan pertemuan antara juara Piala FA dan Piala Malaysia bertemu dengan juara Piala FA dan Piala Singapura, bulan depan. Pasukan yang meraih tiga kejuaraan musim lalu, Kelantan bakal berdepan juara Piala FA Singapura, Tampines Rovers di Stadium Sultan Muhammad IV pada 12 Ogos manakala slot untuk juara Piala Malaysia terpaksa diberikan kepada Tentera untuk bertemu juara Piala Singapura, Warriors FC di republik itu pada 13 Ogos. Perjanjian pertukaran FAM-FAS Pasukan yang meraih tiga kejuaraan musim lalu, Kelantan bakal berdepan juara Piala FA Singapura, Tampines Rovers di Stadium Sultan Muhammad IV pada 12 Ogos manakala slot untuk juara Piala Malaysia terpaksa diberikan kepada Tentera untuk bertemu juara Piala Singapura, Warriors FC di republik itu pada 13 Ogos. Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Afandi Hamzah, berkata ini adalah sebahagian daripada perjanjian pertukaran pasukan dibuat antara FAM dan FAS. "Semua urusan penginapan akan ditanggung oleh pasukan tuan rumah manakala tiket penerbangan ditanggung sendiri oleh pasukan pelawat," katanya pada sidang media di Wisma FAM semalam. |
FAM sambut baik cadangan pembahagian tugas KBS Posted: 12 Jul 2013 01:26 PM PDT Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyambut baik cadangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membuat pembahagian tugas melaksanakan program pembangunan bola sepak negara. Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata FAM bersedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk kementerian yang mahu memajukan bola sepak tempatan.
Kapasiti program pembangunan Kelmarin, ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mahu pembahagian tugas dilakukan antara kementeriannya dan FAM dalam pembangunan bola sepak negara. Ini kerana kementerian itu mempunyai kapasiti untuk menjalankan program pembangunan bola sepak dalam skala besar. Khairy dilaporkan berkata kementerian itu tidak berhasrat mengambil pendekatan konfrontasi termasuk menggunakan kuasa Pesuruhjaya Sukan dan Akta Pembangunan Sukan terhadap FAM berikutan ranking bola sepak negara terus merudum.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |