{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Ratu

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Ratu


Kena bijak urus belanja perayaan

Posted: 12 Jul 2013 05:04 PM PDT

Usah terlebih belanja, perlu menabung

Sempena Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang tiba (termasuklah hari-hari perayaan yang akan turut tiba pada hujung tahun) ramai daripada kita tentunya sibuk dengan persediaan untuk perayaan yang dinanti-nantikan.

Seelok-eloknya kita tidak usah terlebih belanja di musim ini memandangkan kita perlu juga menabung untuk situasi yang tidak diduga seperti kecemasan.

Di sini AKPK menyediakan beberapa tip asas untuk membantu anda menghindari tabiat boros berbelanja pada musim menarik ini.

Sediakan senarai bajet yang anda harus patuhi
Penyediaan bajet sebelum keluar membeli-belah sememangnya berguna. Suatu senarai beli belah boleh membantu anda berbelanja mengikut peruntukan wang yang anda tetapkan. Apabila membuat bajet, pastikan ia realistik. Memandangkan sumber kewangan anda terhad, kenal pasti perbelanjaan yang paling perlu terlebih dahulu.

Opsyen balik kampung
Sekiranya anda perlu berjalan jauh untuk balik ke kampung halaman, rancanglah dengan sempurna awal-awal lagi. Lazimnya pada musim Hari Raya, kesesakan trafik tidak dapat dielakkan. Pastikan anda servis kenderaan anda sebelum membuat perjalanan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini, termasuk apa-apa kesulitan yang akan memerlukan wang. Jika anda menggunakan kenderaan awam untuk balik kampung, cubalah dapatkan tiket anda seawal mungkin atau pada waktu jualan murah. Tabiat merancang awal tentunya akan menguntungkan anda.
Jadilah pembeli bijaksana
Selalu tinjau harga barangan dan perkhidmatan dan buatlah perbandingan harga. Adakah perlu untuk membeli barangan berjenama mahal? Apa salahnya membeli alternatif keluaran umum yang lebih murah dan tidak kurang kualitinya? Tulis dan bawa dengan anda senarai barangan yang perlu dibeli. Terdapat pelbagai pusat beli belah yang mengadakan jualan murah apabila musim perayaan tiba. Akan tetapi janganlah terlalu ghairah pada waktu ini untuk mengelakkan terlebih belanja. Wang berlebihan yang disimpan boleh digunakan untuk tabungan ataupun keperluan lain.

Amalkan tabiat kitar semula
Mengguna semula hiasan Raya seperti langsir, alas kusyen dan butiran kecil seperti hiasan perayaan boleh membuka kreativiti dan inovasi anda serta keluarga. Cara ini turut membolehkan anda menjimatkan wang. Jangan lupa menabung walaupun tibanya masa untuk beraya!

Buatlah persediaan sendiri
Rekodkan segala perbelanjaan anda. Kenal pasti perbelanjaan tetap dan berubah serta perbelanjaan budi bicara anda. Sekiranya anda dapati diri anda berbelanja lebih, cuba hadkan perbelanjaan kepada apa yang perlu sahaja.

Baju baru – berapa set sebenarnya?
Mempunyai baju raya dan kasut baru untuk hari pertama Syawal adalah suatu kebiasaan. Apa kata anda membeli baju yang anda tahu anda akan pakai semula di masa kelak. Adakah perlu membeli jenama mahal dan berbaloikah untuk nilai wang anda? Adakah anda akan mengguna semula pakaian tersebut dengan kerap?

Beli apa yang anda perlu, bukan apa yang anda mahu
Perubahan gaya hidup akan memanfaatkan situasi kewangan anda. Pastikan anda membayar penuh bil kad kredit anda sekiranya anda ingin menggunakan kad tersebut. Ini kerana baki hutang kad kredit yang dibawa ke bulan seterusnya akan dikenakan faedah kompaun, walaupun anda membayar bayaran minimum. Belanjalah untuk keperluan, bukan untuk barangan mewah.

Jangan lupakan kewajipan anda
Memang menjadi kebiasaan untuk bergembira di musim perayaan. Menabung terlebih dahulu dan seperti biasa, pastikan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada gaji bersih anda ditabungkan. Cuma beli apa yang perlu mengikut bajet ditetapkan. Sekiranya anda perlu membeli barangan mahal, pastikan ia dilihat sebagai suatu pelaburan yang baik, iaitu untuk jangkamasa panjang. Hidup secara sederhana dan praktikkan tangguhan kepuasan sehingga anda benar-benar mampu berbelanja. Ambillah beberapa hari untuk memastikan sama ada anda boleh hidup tanpa barangan atau perkhidmatan berkenaan.

,b>Berseronoklah secara sederhana
Berdisiplin dan jadikan tabiat menabung gaya hidup anda tidak kira peristiwa atau waktu. Anda cuma memerlukan sedikit kreativiti dan rancangan. Kita boleh beraya secara sederhana. Lagipun, yang paling penting ialah pertalian silaturrahim antara keluarga dan rakan-rakan.

Dengan ini, AKPK berharap anda akan bijak membuat keputusan apabila perasaan musim perayaan menjelma. Ingat, sentiasalah amalkan pengurusan kewangan berhemat sebagai budaya hidup.

Dunia Hijau

Posted: 12 Jul 2013 04:54 PM PDT

Didik si kecil sayangi alam pada usia muda

Menyediakan persekitaran yang mesra alam bukan hanya menjadi tanggungjawab kerajaan atau pihak berkuasa tempatan semata-mata.

Usaha murni ini menjadi tugas setiap insan dan seeloknya inisiatif ini bermula dari rumah dengan mengambil kira proses pembelajaran pada peringkat awal usia.
Kita kena didik seawal kecil cara dan konsep kitar semula, justeru kami perkenalkan tong sampah yang mengasingkan sampah kertas, plastik dan kaca. Saya harap perkara sama dipraktikkan anak kecil ini ketika di rumah," Mariani Mohamed, Pengasas dan pemilik Tadika Nature Kids

Persekitaran bersih dan dan segar ini menyumbang kepada kesihatan yang lebih baik. Apabila planet ini sihat, kesihatan penghuni di dalamnya juga pasti terjamin.

Kesedaran umum mengenai penjagaan alam sekitar terus meningkat kerana ramai semakin sedar, jika bumi tidak dijaga kesannya bukan hanya kepada persekitaran malah turut mengganggu manusia.

Ibu bapa semakin bimbang kesan bahan kimia dan toksin terhadap anak-anak mereka. Justeru, ramai yang mengamalkan cara hidup sihat dan memastikan persekitaran bersih.

Bercakap mengenai persekitaran yang bersih dan mesra alam bukan hanya terhad kepada kawasan kediaman tetapi juga sekolah dan lokasi yang menjadi tumpuan kanak-kanak.
Tadika Nature Kids terletak di Jalan Beluntas, Medan Damansara, Kuala Lumpur, adalah pusat bimbingan kanak-kanak yang begitu aktif memperkenalkan persekitaran mesra alam atau kaedah hijau.

Selain persekitaran tadika yang mesra alam dan kanak-kanak, pembelajaran yang diperkenalkan juga mengambil kira aspek menghijaukan bumi.

Pengasas dan pemilik Tadika Nature Kids, Mariani Mohamed, berkata di sini selain memberikan pendidikan awal kepada kanak-kanak mereka turut didedahkan dengan program yang dekat dengan alam.

"Selain laman yang ditumbuhi pelbagai jenis bunga-bungaan, sayuran dan herba, tadika ini akan mendidik 'si kecil' belajar serta mengutip pengalaman serta meneroka keajaiban alam semula jadi melalui pelbagai projek sains dan aktiviti berkebun," katanya.

Beliau berkata, selain itu kemudahan yang disediakan juga menekankan konsep menghijaukan bumi malah setiap bilik di dalam tadika dinamakan sempena nama habitat haiwan dan dalam masa tadika menyediakan kemudahan tong sampah kitar semula.

"Kita kena didik seawal kecil cara dan konsep kitar semula, justeru kami perkenalkan tong sampah yang mengasingkan sampah kertas, plastik dan kaca. Saya harap perkara sama dipraktikkan anak kecil ini ketika di rumah," katanya.


Tadika yang beroperasi awal Mei lalu itu turut menyediakan laman `edible' dengan setiap aktiviti berkebun dijalankan kanak-kanak dengan bantuan pengajar. Selain itu, kanak-kanak didedahkan dengan penyediaan makanan daripada hasil tuaian laman `edible'.

Peralatan mainan dan pengajaran juga menggunakan bahan semula jadi seperti kayu dan batu dalam usaha mendekatkan diri anak-anak dengan alam selain mewujudkan persekitaran bebas toksin.

Lagi pun sesetengah kanak-kanak alah pada peralatan yang diperbuat daripada bahan kimia.

Tadika ini mengetengahkan konsep pendidikan awal kanak-kanak kaedah `Waldorf' yang menampilkan peralatan semula jadi seperti kayu dan batu supaya kanak-kanak boleh menjadi lebih kreatif mencipta dunia mainan mereka sendiri.

Model Pendidikan Waldorf berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak yang bertujuan menggalakkan persekitaran pembelajaran yang sihat kepada kanak-kanak.

Pendekatan ini juga mengambil kira faktor lain termasuk tidak tergesa-gesa dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak.

Mariani menyatakan kaedah Waldorf agak baru di Malaysia berbanding modul lain dan dia optimis dengan perkembangannya.

"Saya sangat tertarik dengan konsep berkenaan dan sanggup menghadiri kelas untuk memahaminya selain mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber mengenainya. Cabaran kini ialah mendapatkan peralatan yang sesuai dengan kaedah berkenaan," katanya.

Beliau menjelaskan cabaran lain adalah menyediakan persekitaran mesra alam atau hijau yang menuntut perbelanjaan yang besar. Selain itu, katanya, kesukaran mendapatkan kerjasama pihak berkuasa tempatan bagi menyediakan perkhidmatan mengangkut sampah yang sudah dikelaskan kepada kertas, kaca dan plastik juga satu cabaran.

"Pada masa ini, kontraktor bertanggungjawab tidak menyediakan perkhidmatan sedemikian menyebabkan saya terpaksa mengupah orang mengambil sampah dengan bayaran yang tinggi. Faktor itu bukan halangan untuk kami dalam usaha mewujudkan persekitaran lebih mesra alam," katanya.

INFO: Pendekatan Waldorf diasaskan oleh Rudolf Steiner dan pertama kali dilaksanakan di Jerman

Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Pendekatan Waldorf menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuklah pusat jagaan kanak-kanak di rumah, kumpulan ibu bapa dan kanak-kanak, program sokongan untuk ibu bapa, dan tadika yang menyediakan program untuk kanak-kanak berusia antara 3 hingga 7 tahun.

Steiner mencadangkan pada usia tujuh tahun pertama kanak-kanak pendedahan yang merangkumi aspek perkembangan fizikal dan kerohanian perlu diberikan. Dalam tempoh tujuh tahun pertama kehidupan, Steiner merasakan bahawa perkembangan kanak-kanak lebih tertumpu pada bentuk fizikal tubuh badan. Dalam waktu itu, kanak-kanak suka meniru orang dewasa di persekitaran mereka untuk mengenali dunia. Kanak-kanak juga perlu dilatih dengan pekerjaan sebenar melalui permainan dan projek-projek kraf tangan.

Perkembangan kerohanian dipupuk melalui drama atau simulasi. Tempoh masa tujuh tahun pertama inilah adalah masa yang penting bagi kanak-kanak untuk meneroka alam fantasi dan imaginasinya. Pada tahap ini, Steiner berpendapat bahawa pengajaran secara formal sangat tidak sesuai bagi kanak-kanak.

Tips Bantu Kanak-kanak Fahami Konsep Mesra Alam

Pilihan makanan yang sihat
Didik sedari kecil anak-anak mengenai keperluan mengambil makanan yang baik untuk kesihatan seperti pengambil sayuran dan buahan.

Memelihara air
Mulakan dengan kaedah mendidik anak-anak mengelakkan pembaziran air. Penjimatan boleh dimulakan dengan mengajar mereka supaya menutup kepala paip dengan betul atau penggunaan

Kitar Semula
Sediakan bakul atau tong sampah yang dikelaskan kepada plastik, kertas dan kaca.

Guna Semula
Mulakan dengan kaedah si adik boleh menggunakan buku lama kakak. Begitu juga penggunaan pakaian atau penggunaan buku tulis lama untuk menjadi kertas contengan.

Menjimatkan Tenaga dan Bahan Api
Matikan lampu apabila anda meninggalkan bilik. Menikmati cahaya semula jadi dan tidak menghidupkan lampu juga adalah cara mudah mendidik si kecil sayangi alam sekitar. Menutup semua peralatan apabila tidak digunakan juga cara yang patut dilaksanakan.

Dapur
Menggantikan produk pembersihan kimia kepada produk selamat, biologi atau mesra alam. Pertimbangkan membeli penapis air untuk membersihkan air minum dan digunakan untuk memasak.

Mandi
Menggantikan produk penjagaan peribadi dan produk pembersihan dengan alternatif yang lebih selamat. Sabun, ubat gigi, dan apa-apa yang anda gunakan pada badan anda secara tetap hendaklah bebas daripada bahan kimia toksik. Penyegar udara, pencuci tandas, pencuci jubin, dan semua boleh meninggalkan sisa-sisa berbahaya di permukaan dan tinggal di udara selama beberapa jam.

Pembabitan Anak
Untuk menggandakan usaha kami dalam memelihara alam semula jadi, seeloknya ajak anak-anak berkebun atau membawa bersama jika ada kempen mesra alam atau hijau bumi.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat