{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


Krisis Mesir: 51 maut diserang ketika solat

Posted: 08 Jul 2013 04:16 PM PDT

Kaherah: Rakyat Mesir menyambut ketibaan Ramadan dengan tragedi berdarah selepas 51 terbunuh ditembak askar ketika melakukan protes aman penyokong Muhamed Morsi. Mereka ditembak ketika solat subuh dekat tempat Morsi ditahan pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi, semua mangsa ditembak sejurus bangun dari rukuk pada rakaat kedua ketika menunaikan solat berhadapan bangunan Pengawal Republik tidak jauh dari Dataran Raba'ah Al Adawiyah, Madinat Nasr, di sini.

Seorang saksi kejadian, Mohamed Sultan, 45, berkata serangan tentera Mesir berlaku secara mengejut menyebabkan ramai tidak sempat menyelamatkan diri.

Serangan mengejut

"Pihak tentera terlebih dahulu melepaskan berpuluh tembakan gas pemedih mata sebelum menghujani tembakan peluru hidup ke arah orang ramai.

"Saya sempat memangku kepala salah seorang pemuda yang mati berlumuran darah selepas dahinya ditembusi peluru hingga mengeluarkan otak.

"Jeritan mangsa dan bunyi tembakan rifel serta senapang patah kedengaran di mana-mana. Ada yang cuba membantu mangsa cedera turut maut ditembak," katanya.
Katanya, serangan itu turut mengakibatkan ratusan mangsa cedera ditembak di kaki dan perut.

"Sebaik serangan berhenti, mangsa yang bergelimpangan maut dan dan cedera segera diusung ke Masjid Rabiatul Adawiyah," katanya.

Saksi lain, Dr Mohamad Bar, 40, menyifatkan serangan itu sebagai kezaliman mutlak dan pengkhianatan tentera terhadap rakyat Mesir.

Mayat ditemui sujud

Menurutnya, ada mayat penunjuk perasaan ditemui mati dalam keadaan bersujud malah serangan ini turut mensasarkan kanak-kanak tidak berdosa.

"Kekejaman tentera membunuh orang awam menyamai kezaliman tentera Zionis pada rakyat Palestin. Saya tidak percaya pihak tentera sanggup membunuh kami (rakyat Mesir) kerana mereka sebelum ini menyokong penuh kami ketika revolusi menumbangkan presiden Hosni Mubarak pada 2011.

Katanya penunjuk perasaan yang terselamat dan menyorok di Masjid Mustafa tidak jauh dari bangunan Pengawal Republik turut ditahan tentera.

"Pembunuhan beramai-ramai ini adalah tragedi terburuk sejak Morsi digulingkan tentera Khamis lalu. Sesungguhnya darah mangsa yang mengalir ini akan menjadi laknat kepada mereka (tentera)," katanya.

Katanya, jenazah mangsa yang terkorban disembahyangkan selepas solat zuhur di Masjid Rabiatul Adawiyah manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital berhampiran.

Sementara itu tinjauan mendapati beberapa jalan utama menuju ke Dataran Raba'ah Al Adawiyah, di sini, ditutup oleh beratus anggota tentera menggunakan kenderaan perisai.

Guru mati ditembak sebaik keluar sekolah

Posted: 08 Jul 2013 04:11 PM PDT

Bachok: Seorang guru penolong kanan hal ehwal murid Sekolah Kebangsaan (SK) Beris Panchor, Tawang, di sini, mati ditembak sebaik keluar kira-kira 300 meter dari pekarangan sekolah tempatnya mengajar.

Dalam kejadian jam 1.40 petang, mangsa, Hashim Mat Zain, 43, yang baru dinaikkan pangkat awal tahun ini, ditembak ketika memandu kereta Mercedes Benz seorang diri, menyebabkan kenderaannya terbabas ke kiri jalan lalu berhenti di depan sebuah rumah.

Tiga das tembakan di badan

Bapa kepada enam anak yang berasal dari Kampung Tok Dosah, Perupok, Tawang ditemui dengan tiga das tembakan di badan, mati di tempat kejadian dan mayatnya di hantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abd Rahman, berkata pemeriksaan forensik mendapati empat das tembakan dilepaskan suspek dengan tiga daripadanya mengenai mangsa, manakala satu lagi peluru dipercayai .38 dijumpai pada kusyen pemandu.

"Siasatan awal mendapati mangsa turut menjalankan perniagaan. Berdasarkan maklumat, mangsa dipercayai mempunyai masalah hutang daripada beberapa pihak dan perkara itu masih dalam siasatan," katanya.
Ketika kejadian itu berlaku, tiada pelajar berada di kawasan itu kerana sesi persekolahan sudah tamat pada jam 1.15 petang.

Isteri mangsa, Nur Haziani Deraman, 27, yang juga guru ganti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Perdana berkata, mereka sempat membeli pakaian Aidilfitri sebelum bercuti ke Hatyai, Thailand, Khamis lalu.

"Selepas pulang dari Hatyai, Sabtu lalu, arwah merancang mengadakan majlis hari lahir anak bongsu, Sufi Izara, 10 bulan yang genap pada hari keempat Aidilfitri. Malah, pagi tadi (semalam) pun dia masih bertanya mengenai majlis itu," katanya menahan sebak ketika ditemui di rumah mentuanya, di Kampung Tok Dosah.

4 das tembakan

Seorang pekerja kampung, Mohamad Deris, 64, berkata dia terdengar empat das tembakan sebelum keluar dari rumah untuk melihat apa yang berlaku.

Dia terkejut apabila mendapati kereta Mercedes Benz berada di hadapan rumah ibu saudaranya sebelum melihat seorang lelaki rebah pada bahagian gear kereta itu.

"Saya sempat mengajarnya mengucap dan ternampak kesan tembakan di bahagian badannya," katanya yang tinggal kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian.

Pemilik rumah, Siti Aminah Abdullah, 53, berkata ketika kejadian dia sedang menunaikan solat Zohor sebelum dikejutkan dengan bunyi kuat dari luar kediamannya.

"Saya dapati sebuah kereta ada merempuh sedikit bahagian tangga dengan pemandunya dalam keadaan tertunduk," katanya yang mengenali mangsa kerana sering menunaikan solat di Masjid Muhammadiah, kira-kira 300 meter dari tempat kejadian.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat