{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


Eksperimen Raja makan diri

Posted: 18 Jul 2013 03:17 PM PDT

Ia punca pemain gagal wujudkan gandingan mantap: Mohamad

Kuala Lumpur: Keputusan pengendali negara, Datuk K Rajagobal untuk terus ber- eksperimen terhadap Harimau Malaya menjadi punca pemainnya gagal mewujudkan gandingan mantap sekali gus beraksi dengan hambar.

Tindakannya itu bukan satu keputusan yang bijak kerana bola sepak adalah permainan berpasukan yang memerlukan aspek keserasian antara pemain.
Inilah yang kena tanggung sekiranya jurulatih terus menerus mencuba pemain. Bola sepak adalah sukan yang dimainkan secara berpasukan dan bukan senang untuk pemain baru mendapatkan keserasian." Mohamad Bakar, bekas jurulatih kebangsaan.


Apa yang jelas, sebelum menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea, Ahad ini, Rajagobal sepatutnya sudah memiliki barisan terkuat untuk cuba memberikan saingan kepada pasukan lawan, bukannya kekal dengan pendirian mahu menguji pemain.

Malah, sikap Rajagobal yang sering mempertahankan aksi kurang meyakinkan anak buahnya termasuk seri 0-0 ketika menentang kelab Thailand, Chonburi FC amat dikesalkan.

Bekas jurulatih kebangsaan Mohamad Bakar (gambar), berkata jika jurulatih terus menerus mencuba pemain baru, mereka akan mengambil masa untuk mewujudkan keserasian.
Keserasian penting

"Inilah yang kena tanggung sekiranya jurulatih terus menerus mencuba pemain. Bola sepak adalah sukan yang dimainkan secara berpasukan dan bukan senang untuk pemain baru mendapatkan keserasian.

"Dalam mana-mana perlawanan bola sepak, kalau kita tidak mampu untuk menjaringkan gol, kita tidak boleh mencatatkan kemenangan, permainan cantik sekali pun tidak ada maknanya," katanya ketika dihubungi semalam.

Semalam, BH Sukan melaporkan walaupun memperagakan aksi hambar dan gagal mencatat kemenangan ke atas kelab Chonburi FC, Rajagobal tetap gembira serta berpuas hati dengan prestasi pemain bimbingannya.

Mohamad berkata, pemain perlu berlatih dalam tempoh lama untuk mendapatkan keserasian antara mereka.

"Kalau kita lihat, pemain yang sudah biasa beraksi bersama dalam tempoh yang lama, mereka akan mudah memahami corak permainan rakan sepasukan.

"Bila berjaya mewujudkan keserasian, permainan mereka menjadi lebih mudah dan menyeronokkan sekali gus mampu memberi tekanan kepada pasukan lawan," katanya.

AFC iktiraf Liga-J status 'A'

Posted: 18 Jul 2013 01:19 PM PDT

Kuala Lumpur: Liga Bola Sepak Profesional Jepun atau dikenali sebagai Liga-J mula diperkenalkan oleh Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) pada 1992 bagi meningkatkan pencapaian skuad negara itu di pentas antarabangsa.

Penubuhan liga berkenaan yang menggantikan liga amatur, Liga Bola Sepak Jepun (JSL) menjadi antara liga paling berjaya di benua Asia dan dikelaskan sebagai liga berstatus A oleh Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC).

Menurut laman web rasmi Liga-J (http://www.j-league.or.jp) dan wikipedia J. League Division 1, pada awalnya Liga-J hanya dikorporatkan dengan melantik Saburo Kawabuchi sebagai pengerusinya.

Perlawanan sulung secara rasmi bagaimanapun hanya berlangsung pada 15 Mei 1993 antara Verdy Kawasaki (sekarang dikenali Tokyo Verdy) menentang Yokohama Marinos (Yokohama F Marinos) di Stadium Nasional Kasumigaoka.

Galak promosi

Untuk meningkatkan mutu bola sepak dan memperoleh penajaan lebih memberangsangkan, pengurusan Liga-J pantas tampil dengan dua penyelesaian.

Pertama, memperkenalkan Visi 100 tahun Liga-J untuk mengubah kepada persatuan bola sepak profesional sepenuhnya pada 2092 dengan menggalakkan lagi promosi sukan bola sepak serta mendapat lebih penajaan.
Kedua, mengubah infrastruktur liga pada 1999 dengan membahagikan kepada dua bahagian, iaitu Divisyen Pertama membabitkan 16 kelab dan Divisyen Dua, 10 kelab.

Selepas era Kawabuchi sebagai pengerusi liga, Masaru Suzuki mula mengambil alih pada tahun ke-10 penubuhan Liga-J dalam meneruskan entiti nasional serta mencadangkan idea baru yang kemudian berterusan ketika era dua pengerusi seterusnya, Kenji Onitake dan Kazumi Ohigashi.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat