Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 18 Jul 2013 11:58 AM PDT Alor Setar: "Arwah sudah membeli dua helai jubah dan kasut untuk menyambut Aidilfitri nanti serta membeli sofa baru untuk ibunya sehari sebelum Ramadan lalu menggunakan gaji pertamanya. "Tak sangka Alia akan pergi buat selama-lamanya apatah lagi di bulan puasa ini, tetapi kami sekeluarga reda dengan pemergiannya," kata Rokiah Abu Bakar, 73, nenek kepada Noralia Norazizan, 20, yang maut selepas motosikal ditungganginya dipercayai merempuh Proton Wira diletakkan di bahu jalan berhampiran persimpangan lampu isyarat Sungai Mati, Langgar, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 7 pagi, mangsa dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Simpang Kebun 500, Jabi, dekat sini, untuk ke tempat kerjanya di taska Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini. Difahamkan, motosikal ditunggangi mangsa dipercayai merempuh bahagian kanan belakang Proton Wira di bahu jalan berhampiran persimpangan lampu isyarat itu menyebabkan mangsa terpelanting sejauh 10 meter dari tempat kejadian. ANGGOTA polis mengangkat jenazah Noralia selepas digilis kenderaan berhampiran lampu isyarat Sungai Mati, Langgar, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/18 |
Posted: 18 Jul 2013 11:57 AM PDT Labuan: "Saya memecahkan cermin tingkap, tetapi gagal menemui ibu kerana asap tebal. Saya terus menendang pintu bilik ibu, tetapi gagal masuk kerana api sudah marak. "Saya ketuk pula pintu bilik adik, tetapi hanya terdengar jeritannya sebelum terhenti," kata Zulkifli Abd Hamid, 40, yang kehilangan ibu dan adik dalam kebakaran rumah mereka di Kampung Rancha-Rancha Darat, di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian itu, warga emas, Napsiah Mohd Kasim, 76, dan anak lelakinya, Helmi Abdul Hamid, 36, ditemui rentung sebaik api berjaya dipadamkan pasukan bomba, kira-kira jam 4 pagi. Zulkifli yang tinggal di tingkat bawah rumah dua tingkat itu berkata, sejak hari pertama berpuasa, dia tidak pernah lupa mengetuk pintu rumah didiami ibu dan adiknya di tingkat atas supaya bersahur bersama. ANGGOTA bomba menyiasat kebakaran rumah di Kampung Rancha-Rancha Darat, awal pagi semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/19 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |