felda bukit sagu - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda bukit sagu - Google Blog Search |
Blog Felda: <b>felda bukit sagu</b> - Google Blog Search Posted: 07 Jul 2013 12:00 AM PDT Oleh kerana dah final year dan final sem. Banyak la benda yang terjadi sejak akhir2 ni.Dr sesimple benda ke sesuatu yang besar. Ada yang sakit kepala fikirkan. Ada yang boleh buat hormon endorfin keluar bile teringat. Just 4 sharing something ... Masa pergi felda bukit sagu..untuk program OPKIM. Saya dan budak-budak kelas saya jadi fasilitator untuk program selama 4 hari bersama dengan anak-anak felda yang umur dr darjah 6 sampai tingkatan 3. Allah takdirkan saya bersama dengan sahabat yang saya sayangi iaitu Kak ria, untuk LDK. Saya risau gak nak handle mula2..Dulu saya jadi fasi pun, senior saya yang banyak tolong saya. Saya assistant dia je. Pastu, seme benda dah ade hard copy, just baca dan ikut arahan je. Senang je kut. Kali ni. Banyak benda tak boleh buat sperti LDK yang pernah saya buat dulu. Dulu ilmiah sikit. Kongsi mcm mane nak studi dengan berkesan. Ok gak la..banyak saya pelajari dari program tu.. Sekarang bila time saya..cuak je. Alhamdulillah ade Kak ria.. Pastu ketua fasi pun banyak guide kami. Cam gini cam gini..cam gtu cam gtu. Tapi..kami awal2 lagi, tak ikut arahan dia. Sebabnya..bukan sengaja. Tapi saya yang misunderstanding. Saya buat ice breaking sekejap je. Pastu tersu saya buat aktiviti radio rosak. Alhamdulillah..Kami berjaya. Walaupun tak banyak.. Masa LDK. Kami ada tanya kat murid-murid darjah 6 ni macam ni "ok sekrang semua tutup mata , dan letak tangan kat bawah. Jari-jari kamu luruskan. Bila akak cakap , siapa yang satu hari tu, sekali dia tinggal solat, kamu tutup jari kamu satu" " Boleh adik-adik?" Saya boleh lihat, cuma dua orang je yang bersolat penuh. Dan yang bersolat penuh ni pun, boleh nampak dia punya sifat dan kelakuan dia. Salah siapa?.. Nak salah mak ayah ker ? Atau makayah mereka cakap macam gini " ala mereka kecik agi, nanti dah "cukup umo" tu pandai2 lah dia bersolat penuh..." "ala , budak kecik, solatnyer bukan betul sangat" tengok, ibubapa ni merendahkan anak-anak sejak kecil lagi. Bila anak dah besar, dia salah kat anak pulak. NOT FAIR! Saya rasa isu mak ayah bagi didikan agama dari kecik tapi bila besar anak jadi penagih dadah pun, satu isu besar buat saya. Melalui cerita kawan saya. Mak budak yang penagih cakap macam ni " Mak cik dah bagi didikan agama dari kecik lagi. Ajar mengaji. Ajar solat. Dulu dia baik..Bila lepas je PMR, dia liar sikit. Pastu bila dah ketagih, habis benda dalam rumah dia nak ambik pastu mengamuk tak tentu pasal" Melalui cerita tu, saya memang lah bersimpati dengan apa yang terjadi pada makcik tu, tapi saya terfikir macam mana nak didik anak dengan sempurna. Kadang2, bila terlalu terkongkong sangat. Bila dia besar, dia nak cuba segalanya. Melalui pengalaman saya bersama kawan-kawan saya yang dihantar ke sekolah agama. Mereka cakap mereka nak rasa apa yang orang lain pernah rasa. Saya terfikir panjang lagi. Rupanya remaja umur 20 an ni yang masuk universiti , yang parents bagi didikan agama dari kecik ni, sedang mengalami proses balas dendam pada siapa saya tak tahu. Macam diri sendri je rugi...hmmm.. Sekarang remaja-remaja mahupun kanak-kanak makin kreatif untuk menghancurkan diri mereka. Mungkin sudah tiba, mak ayah atau orang dewasa pun sama-sama lebih kreatif cari alternatif especially dalam keluarga sendiri untuk duduk dan mendengar luahan hati anak itu sendiri. Macam mana dan bagaimana...?.. Ibubapa sendiri kena belajar dan cari ilmu itu. Macam mana nak hidupkan pelita dalam diri anak-anak, kalau ibubapa tak ada minyak yang cukup untuk menyalakan pelita itu...macam mana nak jadi minyak untuk anak-anak. Bukan tunggu dah beranak pinak, baru nak cari ilmu kekeluargaan psikologi kanak-kanak, nak menuntut ilmu agama...think and think... Selamat beramal =) secebis perasaan dan rasa dari teacher Niza.... |
Posted: 20 Jul 2013 02:37 AM PDT Nur Idayu kini sudah beransur sihat selepas dibawa pulang dua hari lalu:- KUANTAN – Nur Idayu Abd Aziz, 34, yang dilarikan warga Indonesia bulan lalu dipercayai dibawa ke negara berkenaan dengan menaiki tongkang melalui Pelabuhan Klang sehari selepas dia dilaporkan hilang. Dia juga terpaksa menempuh perjalanan yang panjang termasuk menaiki bas selama lima hari lima malam dari Medan ke Surabaya. Suaminya, Mohd Riduan Abd Razak, 34, berkata, warga Indonesia yang dikenal sebagai Saiful, 30-an, turut menjual barang kemas ibu kepada tiga anak itu yang dipukau bernilai RM15,000 sebelum bergerak ke Rambipuji Daerah Jemba, Surabaya. "Berdasarkan maklumat penduduk di sana (Surabaya) Saiful hanya mahukan wang dan akan meninggalkan isteri saya yang dipukaunya selepas apa yang dihajati tercapai. "Malah, isteri saya bukannya mangsa pertama Saiful. Saiful yang kelihatan alim ketika bekerja di sini telah berumahtangga dan mempunyai seorang anak perempuan berusia sembilan tahun," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat anjuran Parlimen Paya Besar di rumahnya di Felda Bukit Sagu 2 di sini, semalam. Turut hadir, Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail dan Adun Sungai Lembing, Datuk Mohd Suhaimi Mohamed Shah. Semalam akhbar melaporkan Nur Idayu selamat kembali ke tanah air dengan diiringi Mohd Riduan selepas dilarikan warga Indonesia dari rumah keluarganya di Felda Bukit Sagu 2 di sini pada 21 Julai lalu, dipercayai dipukau. Menurut Mohd Riduan, dia bersama tiga rakan pergi ke Surabaya pada 10 Julai lalu selepas mendapat maklumat daripada seorang rakan di sana bahawa isterinya ditinggalkan di sebuah rumah di Desa Kaliwineng, Jemba iaitu kira-kira enam jam dari Surabaya. "Isteri saya ditinggalkan sendirian di sebuah rumah yang disewa sedangkan Saiful pulang ke rumah isterinya di Wirowongso, Jemba iaitu empat jam dari rumah berkenaan. "Ketika ditemui, Nur Idayu tidak menunjukkan sebarang perasaan dan hanya kenali saya sebagai orang biasa bukannya suami," katanya. Katanya, menurut kenalan di sana, Nur Idayu sering meracau-racau dengan menunjukkan dia berada dalam keadaan tidak sihat. "Saya dengan bantuan penduduk di sana membawa isteri mendapatkan rawatan di sana kerana dipercayai terkena ilmu hitam. "Selepas menjalani rawatan tersebut, Nur Idayu mengenali saya dan mula teringatkan anak-anak," ujarnya. Dalam pada itu, juruteknik yang berpengkalan di Qatar ini turut melahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim; Ahli Parlimen Paya Besar; Adun Sungai Lembing dan penduduk kampung serta semua yang terlibat membantu sehingga menemui semula isterinya dalam keadaan yang selamat. |
You are subscribed to email updates from felda bukit sagu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |