{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Global

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Global


2 kepala 1 badan

Posted: 26 Jul 2013 09:32 AM PDT

New Delhi: Pasangan bayi kembar siam dengan dua kepala dan satu badan dilahirkan di Jaipur, Rajashtan, kelmarin.

Bagaimanapun, kepala, sistem saraf dan tulang belakang bayi lelaki itu didapati berasingan.

Tulang belakangnya bersambung di bawah pelvik dan mereka turut berkongsi sangkar rusuk dan belingkung bahu.

Doktor berkata, mereka percaya bayi itu boleh dlselamatkan.

Foto

BAYI kembar siam yang berkongsi satu tubuh yang dilahirkan di India pada Rabu lalu.


Penyelia Perubatan Hospital JK Lone, Dr SD Sharma berkata, kes sedemikian yang dikenali sebagai Cisephalic Parapagus jarang berlaku terutama di kalangan bayi lelaki.


Menurutnya, ia adalah kes pertama di Rajasthan dan kedua di India.

Kebanyakan kanak-kanak yang dilahirkan sedemikian mati ketika dilahirkan dan kebanyakan kes membabitkan bayi perempuan.

Satu lagi kes yang terkenal membabitkan kembar dicephalic parapagus ialah bayi rakyat Amerika iaitu Abigail dan Brittany Hensel dengan kisahnya dipaparkan dalam siri realiti televisyen Abby & Brittany baru-baru ini.

Awal September 2011, dua bayi perempuan berusia 11 bulan dari Sudan yang bercantum di kepala berjaya dipisahkan di Hospital Kanak-Kanak Great Ormond di London.

Bayi dari Sudan itu adalah kembar craniopagus yang berlaku satu dalam 2.5 juta kelahiran.

Mereka dilahirkan dengan bahagian atas kepala bercantum - keadaan yang jarang berlaku dan hanya satu daripada 10 juta kelahiran seumpama itu hidup.

Kembar siam berlaku pada satu dalam 100,000 kelahiran.

Ia terjadi apabila satu telur yang subur gagal berpisah dengan sempurna atau telur berkenaan berpisah tetapi bercantum semula dalam rahim. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/27

Laman web Putera George milik ahli perniagaan Switzerland

Posted: 26 Jul 2013 09:25 AM PDT

Zurich: Seorang ahli perniagaan Switzerland mendaftarkan nama bayi diraja Britain sebagai alamat laman web sebelum nama bayi itu diumumkan.

Luc-Andre Biggs mendaftarkan nama georgealexanderlouis.com pagi Rabu lalu, hanya beberapa jam sebelum pengumuman nama putera diraja Britain yang baru itu dibuat.


Biggs berbuat demikian selepas mencampurkan nama yang diramalkan agensi judi yang berpangkalan di Britain, lapor akhbar mingguan Switzerland Handelszeitung. Biggs, 32, menyara hidup dengan meneka nama alamat laman web yang bakal menjadi popular sebelum menjualnya kepada pelanggan. Dengan mendaftarkan nama anak lelaki Duke dan Duchess of Cambridge, George Alexander Louis dua hari selepas kelahirannya pada 22 Julai lalu, bekas ejen hartanah berkenaan sudah menambah satu lagi nama alamat kepada 600 nama yang sudah dimilikinya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/27

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat