{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Rap

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Rap


Stailista Unplugged gabung pesona

Posted: 26 Jul 2013 06:45 AM PDT

Gabungan empat nama besar dalam industri muzik di atas satu pentas pas­tinya menarik. Justeru, nama seperti Datuk Siti Nur­haliza, Shila Amzah, Alyah dan Najwa Latif yang kini semuanya sudah berhijab pastinya dinanti-nantikan peminat mereka.

Inilah yang dilakukan TV9 dalam program berjudul Stailista Unplugged yang akan ditayangkan pada 8 Ogos nanti, jangkaan pada hari raya pertama, jam 10 pagi. Dalam program selama satu jam itu, penonton akan dihiburkan dengan lagu-lagu popular dalam alunan muzik 'unplugged'.

Kemunculan mereka boleh dianggap seperti empat beradik yang mencipta nama dengan cara masing-masing.

Kemanpuan vokal masing-masing sudah lama terserlah dan pada rakaman itu mereka turut memberi nafas tersendiri kepada lagu-lagu lama.

Foto

PELBAGAI aksi menarik apabila empat penyanyi yang hebat dipertemukan.

Foto

NAJWA boleh dianggap adik paling bongsu.

Foto

DATUK Siti


Antara lagu yang dipersembahkan adalah Penawar Rindu, Semakin Hari Semakin Sayang, I­ngatan Manis di Bulan September, Untuk Dia, Sahabat, Realiti Dewi, Cinta Takkan Berhenti, Masih Aku Cinta, Cinta Hati, Lebih Indah, Galau, Senandung Semalam, Rendang Tak Berbuah, Kepada Mu Kekasih, Kosong, Kau Yang Terindah, Dejavu, Aku Cinta Pada Mu dan Itulah Sayang.


Selain berkongsi pentas, empat penyanyi ini juga berinteraksi dengan penonton dan bercerita mengenai fe­syen dan juga perasaan me­nyambut Aidilfitri bersama peminat.

Mengulas mengenai konsert itu, Alyah berkata, ia adalah program konsert pertama sebagai penyanyi sejak dia bertudung.

"Ia konsert yang istimewa. Sejak bertudung, ini adalah rakaman konsert pertama yang saya sertai. Kepada semua rugi sangat kalau tidak tonton," katanya.

Penyanyi yang kini mencari nama di China, Shila berkata, konsert itu turut memaparkan rakaman empat penyanyi itu menggayakan stail berhijab masing-masing.

"Nama program ini Stailista dan jika mahu lihat bagaimana kami berfesyen, jangan lupa menonton konsert Stailista Unplug­ged," katanya.

Sementara itu, penerbit eksekutif Stailista Unplugged, Khalijah Mohamed berkata, kelainan konsert itu adalah semua penyanyi terbabit akan memaparkan rakaman pertemuan mereka dengan pereka fesyen kegemaran masing-masing sebelum acara berlangsung.

Katanya, konsert yang diilhamkan daripada program Unplugged Raya empat tahun lalu itu turut menyelit­kan elemen glamor dan fesyen keempat-empat penyanyi berkenaan ketika muncul di pentas.

"TV9 mahukan pengisian berbeza dalam program muzikal. Memandangkan TV9 sinonim dengan unsur islamik jadi kami selitkan hiburan dan hijab.

"Empat penyanyi itu adalah pilihan paling se­suai kerana bakat, aura dan penampilan mereka dalam berfesyen," katanya.

Sementara itu Najwa berkata dia berterima kasih pada TV9 kerana sudi mengundangnya menjayakan persembahan seumpama itu.

"Kami berjaya mendapat­kan keserasian sepanjang rakaman ini. Tambahan pula Najwa sendiri meminati Datuk Siti, Alyah dan Shila.

"Konsep unplugged yang dipilih membuatkan persembahan kami terasa berbeza berbanding selalunya," kata Najwa.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/26

Adi rai 50 anak yatim

Posted: 26 Jul 2013 06:38 AM PDT

Selebriti dan aktiviti amal cukup sinonim terutamanya dalam bulan Ramadan ini. Seperti artis lain, pelakon Adi Putra juga tidak ketinggalan melakukan amal jariah bersempena bulan mulia ini.

Bagai satu tradisi buat aktor dari Kota Singa ini, aktiviti berbuka puasa atau iftar bersama anak-anak yatim sudah menjadi acara tahunan wajib buatnya apabila Ramadan tiba.

Jika tahun lalu, Adi menganjurkan acara amal di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, kali ini pelakon berusia 32 tahun ini mendekati kira-kira 50 anak yatim di Asrama Darul Falah (ASDAF), Bukit Persekutuan Kuala Lumpur pula.

Ketika ditemui RAP pada acara itu, Adi berkata, majlis ringkas anjuran bersama kelab peminatnya 1Hotlovers itu mempunyai erti dan nilai mendalam buatnya.

Foto

ADI PUTRA mengerjakan solat Maghrib bersama anak-anak yatim.

Foto

ADI sibuk melayan tetamu istimewanya dari Asrama Darul Falah.

"Ini (majlis) adalah satu penghargaan dan meraikan mereka (anak-anak yatim). Saya mahu sambut bulan mulia ini dengan mereka juga.

"Sebagai idola masyarakat, kesempatan ini adalah peluang terbaik untuk saya menyampaikan apa yang perlu disampaikan (sumbangan) kepada mereka," katanya.

Katanya, jadual lakonannya juga dikosongkan sepanjang Ramadan ini bagi memberikan lebih masa untuk urusan ibadah dan kerja-kerja belakang tabir saja filem terbitan dan arahan sulungnya, Suami Aku Ustaz.

"Saya memang tidak terbabit dengan sebarang komitmen lakonan dalam bulan puasa. Kalau ada pun hanya muncul di majlis-majlis berbuka puasa saja.

"Selebihnya saya rasa lebih selesa menumpukan masa untuk keluarga, ibadah dan proses pasca produksi filem saya (Suami Aku Ustaz). Tumpuan pada proses suntingan filem itu sangat penting bagi saya," katanya yang menerbitkan filem itu di bawah syarikat produksi miliknya Nur ADP Sdn Bhd.

Tambahnya, dia turut meluangkan masa di Makkah bagi menunaikan ibadah umrah bermula semalam selama dua minggu.

"Saya ke sana bersama beberapa rakan. Insya Allah saya akan pulang semula ke tanah air dua hari sebelum Aidilfitri.

"Tahun ini, saya hanya cuti selama dua hari di Singapura dan di sini. Selepas itu, saya akan sambung semula kerja suntingan filem saya," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi 1Hotlovers, Che Zaipah Ab Muttalib atau mesra disapa Mummy Zai berkata, seramai 40 ahli 1Hotlovers hadir di majlis berbuka puasa yang dirancang beberapa minggu lalu itu yang bertujuan mengeratkan hubungan aktor berkenaan dengan anak-anak ASDAF.

"Acara ini sebahagian daripada aktiviti tahunan kami 1Hotlovers dengan Adi. Pemilihan tarikh dan lokasi ini pun mengikut kesesuaian jadualnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/26

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat