{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Bendung jenayah rentas sempadan

Posted: 12 Jul 2013 04:44 PM PDT

Sebagai penguat kuasa terulung di negara ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa berdepan dengan perubahan trend jenayah termasuk kegiatan jenayah yang merentasi sempadan.

Era globalisasi menuntut tahap kecekapan lebih tinggi daripada PDRM bagi membanteras pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia, dadah, senjata api serta penipuan Internet yang terus memerangkap dan memperdayakan mangsa.


Berdasarkan laporan, aktiviti jenayah rentas sempadan tidak begitu membimbangkan, namun memerhati trend jenayah seperti aktiviti pemerdagangan orang, kemasukan secara haram pelbagai bentuk senjata api oleh sindiket tertentu serta penyeludupan keluar kenderaan yang dicuri di negara ini, PDRM tidak mampu bertindak sendirian tetapi perlu kerjasama dan perhubungan dengan negara yang bersempadanan dengan Malaysia.

Untuk itu, hubungan serantau khususnya dari kalangan Pasukan Polis Negara-Negara ASEAN amat penting bagi menangani jenayah rentas sempadan yang semakin hari semakin berkembang.


Tidak dinafikan, ledakan kemajuan teknologi turut memberi impak kepada tahap keberkesanan penguat kuasa undang-undang seperti PDRM di dalam mencegah dan membanteras jenayah sedemikian. Bagi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM, usaha ini semakin mapan dengan wujudnya mesyuarat bilateral atau perhubungan dua hala di antara JSJ dan badan siasatan jenayah negara jiran bagi membincangkan isu bersama serta kerjasama dan bantuan yang boleh dihulurkan. Perhubungan bilateral yang paling aktif dan lama adalah melalui Mesyuarat Perhubungan Dua Hala JSJ (PDRM) dengan JSJ Singapura (Singapore Police Force) yang dianjurkan dua kali setahun.


Mesyuarat kali ke-126 berlangsung dengan jayanya pada 2 hingga 4 Julai lalu di Singapura. Antara perkara yang dibincang ialah perbandingan indeks jenayah, pertukaran senarai tangkapan, maklumat berkaitan kes samun, maklumat berkaitan pemerdagangan dan rampasan senjata api, maklumat berkaitan bantuan forensik, maklumat berkaitan perjudian dan kegiatan kongsi gelap, kerjasama Pasukan Polis Marin PDRM dengan Police Coast Guard Singapura serta pertukaran maklumat berkaitan kerjasama NCB/Interpol. Sepanjang 2012, melalui kerjasama erat, PDRM dan Polis Singapura saling memberi bantuan dari aspek siasatan dan tangkapan penjenayah yang menyeberangi sempadan untuk bersembunyi.

Tahun lalu, Polis Singapura turut merampas dan menyerahkan kembali sejumlah 22 kenderaan Malaysia yang dicuri dan dibawa keluar melalui negara berkenaan ke negara asing. Kenderaan tersebut terdiri daripada 12 Toyota Camry, Toyota Hilux (4) , Honda Accord (2) , BMW (2) dan sebuah Toyota Fortuner dan Toyota Rush.


Pihak Singapura kini dalam proses mengatur penyerahan kembali beberapa lagi kenderaan Malaysia yang terbabit dalam kes jenayah di Singapura di mana siasatannya telah selesai. Bagi menangani masalah penyeludupan senjata api dari utara Semenanjung, PDRM turut menjalinkan kerjasama dengan Polis Diraja Thailand (RTP) terutama dengan Pegawai Pemerintah Region 9 Provincial Police yang beribu Pejabat di Songkhla, Thailand.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Malaysia dan Thailand mempunyai sempadan yang sama dan masalah jenayah rentas sempadan merupakan masalah bagi kedua-dua negara.


Perkongsian maklumat Kita perlu faham bahawa dalam usaha untuk menangani jenayah rentas sempadan Malaysia-Thailand, PDRM memerlukan sokongan dan bantuan rakan kongsi dalam penguat kuasa undang-undang seperti Polis Diraja Thailand. Perkongsian maklumat dan rangkaian atau hubungan (networking) dari kalangan pegawai PDRM di kawasan sempadan diperkasakan lagi melalui mesyuarat kerjasama Departmental Review of Joint Thailand-Malaysia Working Committee on Criminal Activities yang diadakan dari semasa ke semasa.


Melalui kerjasama ini, Polis Diraja Thailand banyak memberi kerjasama dan bantuan kepada PDRM berkaitan kes penyeludupan senjata api, curi kenderaan dan pemerdagangan orang terutamanya kepada JSJ bersempadan dengan selatan Thailand. Pertukaran maklumat dan hubungan kerjasama ini akan diperkukuhkan lagi berikutan kebanjiran senjata api haram yang disyaki dibawa masuk melalui sempadan Thailand bersama bekalan dadah. Melalui bantuan pihak berkuasa Thailand juga, kita berharap 'lorong tikus' yang digunakan untuk tujuan penyeludupan dapat dikenal pasti dan dibanteras.


Sementara itu, hubungan di antara PDRM dan Kepolisian Negara Republik Indonesia (POLRI) sudah sekian lama terjalin dengan begitu akrab. Sebagai jiran tetangga, jenayah merentasi sempadan masing-masing sering mendapat liputan media yang meluas di kedua-dua negara. Tindakan PDRM dalam membanteras jenayah yang membabitkan warga asing, termasuklah pendatang tanpa izin Indonesia, hingga kadangkalanya membawa kepada kematian dikatakan salah satu punca keruhnya hubungan diplomatik kedua-dua negara. Untuk itu, JSJ telah mengorak langkah ke era hubungan kerjasama secara rasmi dengan bahagian siasatan jenayah POLRI yang dikenali sebagai Badan Reserse Kriminal (Bareskrim) pada 16 November 2011 melalui Mesyuarat Bilateral JSJ PDRM dengan Bareskrim POLRI. Bermula dari saat itu, kerjasama di antara JSJ dan POLRI, khususnya dengan pihak Bareskrim semakin erat dan kukuh. Antara perkara yang dibincang adalah masalah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran, tren jenayah semasa, khususnya jenayah berat, bunuh, samun dan rogol, permasalahan Tenaga Kerja Indonesia (TKI), kecurian kenderaan, Daftar Orang Dikehendaki (Wanted Person) serta jaringan pelaku jenayah termasuklah kumpulan sindiket terbabit. Turut dikongsi bersama adalah permasalahan berkaitan jenayah siber. Melalui landasan ini, sebarang kes yang membabitkan warga Indonesia akan segera dimaklumkan kepada rakan sejawat di Indonesia bagi mengelak ia disalah tafsir dan dilaporkan secara negatif oleh media Indonesia.


Namun, laporan rasmi akan dikemukakan kemudian melalui Wisma Putra. Lanjutan kerjasama dan persefahaman ini, insiden yang mengeruhkan hubungan Malaysia-Indonesia berjaya ditangani dengan cepat dan bijaksana.


Dalam memperkembangkan jalinan kerjasama serantau, JSJ kini sedang berusaha untuk mengadakan perbincangan dengan Pasukan Polis Negara Filipina (PNP) secara formal. Berikutan insiden yang berlaku di Lahad Datu, Sabah serta beberapa kes penculikan sebelum itu, adalah dirasakan wajar dan bertepatan hubungan kerjasama secara rasmi melalui meja permesyuaratan diwujudkan dengan PNP. Rumusannya, ingin saya nyatakan bahawa PDRM tidak pernah mengambil mudah masalah jenayah rentas sempadan serta hubungan kerjasama di antara negara-negara jiran dalam menangani jenayah. Usaha yang berterusan sentiasa diambil bagi memastikan negara ini serta rantau ASEAN kekal aman dan selamat.


Penulis Timbalan Ketua Polis Negara

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/13

Tiga sebab utama remaja terjebak dadah

Posted: 12 Jul 2013 04:43 PM PDT

Kuala Lumpur: Pengaruh rakan, perasaan ingin tahu dan untuk keseronokan menjadi punca utama golongan remaja terbabit dalam masalah penagihan dadah termasuk syabu.

Pegawai Perhubungan Awam Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Mohd Amir Khusairi Harun berkata, mengikut statistik pihaknya, 41.97 peratus penagih yang dikesan dari Januari hingga Mac 2013 mula terjebak dengan gejala penagihan dadah disebabkan pengaruh rakan.


"Manakala 19.44 peratus disebabkan perasaan ingin tahu golongan terbabit menyebabkan mereka terdorong mengambil dadah sehingga terjebak dalam kegiatan tidak bermoral itu.

"Mereka yang menggunakan dadah untuk tujuan keseronokan pula adalah sebanyak 17.95 peratus. Justeru, AADK berpendapat tiga faktor itu turut mempengaruhi remaja terjebak dalam gejala penagihan dadah," katanya.


Mohd Amir berkata, remaja terutama pelajar memberi alasan mereka menggunakan syabu kerana ingin berjaga malam untuk mentelaah pelajaran. Namun, ramai juga dalam kalangan mereka yang menggunakan dadah jenis syabu hanya untuk berseronok. "Tanpa mereka sedar pengambilan dadah ini memberi kesan buruk. Sangkaan mereka dengan mengambil dadah jenis syabu akan memberi daya tahan untuk menelaah pelajaran ketika waktu malam tanpa perlu rasa mengantuk.


"Sebenarnya mereka tidak tahu dadah jenis syabu yang tergolong dalam kumpulan Amphetamine-Type Stimulants (ATS) yang boleh memberi kesan berbahaya kepada penggunanya," katanya.

Beliau berkata, ATS adalah kumpulan dadah perangsang yang bertindak ke atas sistem saraf pusat kerana ia jenis dadah sintetik yang dihasilkan daripada bahan kimia.


"Kesan penggunaannya akan menyebabkan hilang selera makan, berat badan menjadi susut, pergerakan badan tidak terkawal, tekanan darah meningkat, tingkah laku menjadi ganas, kecenderungan membunuh diri dan kurang kawalan emosi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/13

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat