{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online


Pasar nelayan Kuala Besut akan diwujudkan

Posted:

Pasar nelayan Kuala Besut akan diwujudkan

Pasar nelayan Kuala Besut akan diwujudkan

13/07/2013 8:27pm

KUALA BESUT - Pasar nelayan akan diwujudkan di sini dalam masa terdekat bagi membolehkan nelayan menjual hasil tangkapan mereka secara terus kepada pengguna tanpa melalui orang tengah.

Menteri Pertanian dan Industi Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

berkata, penubuhan pasar itu akan disegerakan selepas tapak sesuai dikenal pasti memandangkan konsep pasar itu memerlukan ia dibangunkan berhampiran tempat pendaratan ikan.

"Pasar nelayan ialah usaha kerajaan untuk membantu meningkatkan pendapatan nelayan kerana tidak melalui orang tengah selain membolehkan pengguna menikmati ikan segar pada harga yang lebih murah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mesra Ramadan di Kampung Seberang Barat di sini, hari ini. - Bernama

Perubahan tapak niaga antara keluhan peniaga Bazar Ramadan

Posted:

Perubahan tapak niaga antara keluhan peniaga Bazar Ramadan

Perubahan tapak niaga antara keluhan peniaga Bazar Ramadan

13/07/2013 8:25pm

KUALA LUMPUR - Beberapa peniaga bazar Ramadan di Jalan Masjid India di sini berpeluang menyampaikan pelbagai masalah secara terus kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang melawat lokasi itu, hari ini.

Antara keluhan yang diterima berkisar kepada soal perubahan beberapa tapak niaga tanpa dimaklumkan kepada peniaga terbabit.

"Kita kenal pasti lapan gerai yang cabut undi petak dia tempat lain, bila

berniaga petaknya di tempat lain yang didakwa kurang pembeli. Kita akan cuba selesaikan," katanya kepada pemberita selepas lawatan itu. - Bernama

Pencawang syarikat telekomunikasi dipecah masuk

Posted:

Pencawang syarikat telekomunikasi dipecah masuk

Pencawang syarikat telekomunikasi dipecah masuk

13/07/2013 8:24pm

KOTA MARUDU - Tiga syarikat telekomunikasi mengalami kerugian kira-kira RM24,000 apabila pencawang DIGI di Kampung Tanjung Batu dekat sini dipecah masuk pencuri.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Deputi Superintendan Mohd. Isa Yusof berkata, kejadian itu berlaku antara awal bulan Jun dan 10 Julai lepas, dan hanya disedari apabila seorang kontraktor Digi ke balai polis untuk melaporkan kehilangan 24 bateri Maxis dan 24 bateri Celcom yang diletak dalam kawasan berpagar pencawang itu.

"Siasatan awal pihak polis mendapati pencawang itu dikongsi tiga syarikat

telekomunikasi iaitu Celcom, Maxis serta Digi dan suspek masuk ke kawasan

pencawang dengan cara memotong kunci mangga pintu pagar utama sebelum memotong mangga pintu kabin tempat bateri itu dipasang," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat