{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Rap

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Rap


Nilai Islamik Kalam Cinta

Posted: 03 Jul 2013 05:55 AM PDT

Suasana penggambaran tele­filem Kalam Cinta di sebuah banglo di Hulu Langat, Selangor, baru-baru ini agak tenang kerana ketika itu adalah babak tiga beranak yang sedang menikmati makan malam lakonan Datuk Jalaluddin Hassan, Aida Khaleeda dan Beego.

Telefilem bercorak Islamik untuk siaran TV AlHijrah ini akan ditayangkan pada 26 Julai ini jam 10 malam.

Pengarahnya, Nizam Zakaria yang sebelum ini pernah mengarahkan filem Cinta Kura Kura dan Kahwin Lima berkata, ini kali pertama dia mengarahkan drama bercorak Islamik.

"Sebelum ini pernah juga ada yang bertanya adakah saya berminat untuk mengarahkan karya Islamik? Bukan saya tak berminat kerana selain dapat mencedok pengalaman baru ia juga ibadah kerana dapat menyampaikan kebaikan kepada penonton.

Foto

NIZAM

Foto

SHARIFFA bersama anaknya, Wan Ashadee selaku Penerbit Eksekutif Sha' Media Sdn Bhd.

Foto

(Dari kiri) Beego, Aida dan Jalaluddin sebagai satu keluarga.

Foto

PELAKON dan kru bergambar kenangan.


"Bagaimanapun jalan cerita yang saya dapat kurang berkenan di hati kerana berkisar kepada isu lama seperti mualaf dan orang yang bertaubat. Apabila saya dapat skrip Kalam Cinta tulisan Engku Seri Kelantan, saya dapati ia menarik dan tidak klise. Pendekatan Islamik yang diambil oleh Engku agak berbeza kerana hero dan heroinnya jatuh cinta kerana seni kaligrafi Islam.


"Ibu Dr Faris (Beego) iaitu Hajah Pah (Aida Khaleeda) amat meminati seni kaligrafi Islam dan kerana hasil seni yang indah itu mereka bertemu lalu jatuh cinta. Corak penceritaan yang dikarang Engku segar dan baru. Lantas rasa untuk mengarahkan telefilem ini membuak-buak dalam dada," katanya.

Nizam juga pernah mengarah drama Hotel, Dottie dan Maskara lantas ada yang fikir kecenderungannya hanya kepada drama remaja dan hiburan saja.

"Sama seperti pelakon saya juga perlu mempelbagaikan genre arahan saya tetapi mestilah dapat skrip yang bagus. Saya tidak menolak untuk mengarah drama, telefilem atau filem yang bercorak apa saja asalkan naskhahnya bagus kerana ia turut mempengaruhi imaginasi dan kreativiti saya sebagai pengarah.

"Kalam Cinta menjadi permulaan yang baik kepada saya untuk mengarahkan karya yang bersifat Islamik selepas ini," katanya.

Tiada banyak cabaran dan dugaan mengarahkan Kalam Cinta malah Nizam berasa sangat bertuah kerana dapat bekerja dengan Jalaluddin, Aida dan Beego kerana mereka bukan saja berpengalaman malah sangat profesional.

Katanya, sebelum penggambaran seterusnya dimulakan, tanpa disuruh pengarah, mereka bertiga berlatih terlebih dulu.

Itulah cara orang lama bekerja yang tidak mahu melengahkan masa dan sentiasa membantu pe­ngarah serta kru melancarkan kerja mereka. Apatah lagi Aida yang sejak muda sudah biasa berlakon dengan Jalaluddin, ada 'chemisty' antara mereka berdua.

Nizam yang juga penulis skrip berkata, untuk mendalami lagi inti pati cerita dan setiap watak dalam Kalam Cinta, dia mengolah sedikit skrip asal untuk menampakkan setiap perwatakan itu lebih dinamik.

"Saya suka dan seronok dapat buat Kalam Cinta kerana ia benda baru bagi saya," katanya.

Mahu didik remaja

Bagi menepati garis panduan penerbitan drama yang ditetapkan TV AlHijrah, Ketua Pegawai Eksekutif Sha's Media Sdn Bhd yang juga penerbit telefilem berkenaan, Shariffa Zainab Syed Wadzid Ali berkata, dia melakukan kajian agar Kalam Cinta menepati kriteria sebuah naskhah Islamik.

Kelainan yang dibawa dalam Kalam Cinta adalah berkisar kepada seni kaligrafi Islam. Kalam itu sendiri bermaksud lukisan dan apabila tajuk telefilem itu diterjemahkan semula, jadilah ia Lukisan Cinta.

Kaligrafi Islam yang juga dikenali sebagai Kaligrafi Arab, adalah suatu seni artistik tulisan tangan atau kaligrafi serta meliputi hal penjilidan yang berkembang di negara yang umumnya memiliki warisan budaya Islam.

"Saya memilih untuk mengetengahkan cerita bertemakan Kaligrafi Islam bagi mengangkat seni tulisan Arab itu dalam kalangan masyarakat. Selain cantik dijadikan perhiasan rumah ia menterjemahkan rasa suka dan cinta kita terhadap ayat suci al-Quran.

"Cuba bayangkan alangkah manis dan indahnya percintaan yang berputik di antara Dr Faris dan Laila (Nazeera Sardi) berpunca daripada keindahan tulisan daripada kalam Allah SWT itu.

"Laila adalah pelukis kaligrafi dan membuka kios untuk memasarkan hasil seninya itu. Dr Faris mengambil tempahan kaligrafi ibunya di kedai Laila dan akhirnya mencambahkan cinta antara mereka berdua.

"Saya mahu mendidik remaja, setiap percintaan menjadi lebih bermakna apabila rasa cinta dan kasih sayang yang bersemi adalah kerana Allah SWT. Kalam Cinta adalah telefilem kedua untuk TV AlHijrah saya selepas pembikinan drama bersiri 12 episod yang berjudul Doa Untuk Aku," katanya.

Dalam berkarya Shariffa agak cerewet kerana dia ingin pastikan setiap karyanya akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton.

"Sebelum saya bersetuju untuk menerima skrip itu, saya akan meneliti jalan ceritanya dulu kerana saya tidak suka ambil mudah. Paling utama saya sendiri mesti sukakan skrip itu. Antara karya yang saya suka tulisan Liza Meor Rashid dan Zabidi Mohamad dan mereka selalu hasilkan skrip untuk saya," katanya.

Sinopis

Ia mengisahkan Pak Talib (Hisham Ahmad Tajudin) yang mempunyai dua anak, Laila (Nazeera Sardi) dan Johan (Redza Rosli). Pak Talib sedang sakit dan tidak dapat bekerja serta tidak mampu membayar sewa rumah. Ini menyebabkan Haji Nordin sering menghalaunya.

Laila mengambil kursus kaligrafi Islam dan mengusahakan lukisan kaligrafi di sebuah kedai buku. Laila secara tidak sengaja berjumpa dengan Dr Faris ketika Dr Faris ke kedainya untuk mengambil tempahan kaligrafi ibunya iaitu Hajah Pah (Aida Khaleeda). Daripada pertemuan singkat itu, Dr Faris menyukainya.

Pada masa sama Dr Alina (Siti Elizad) sudah lama mencintai Dr Faris tetapi Dr Faris tidak suka kerana dia terlalu mengongkong. Tuan Abdullah (Farid Amirul) pula tidak jadi mengambil tanah tempat Pak Talib menyewa selepas dia rapat dengan Johan dan keluarganya yang ditemui secara tidak sengaja.

Apakah Dr Faris berjaya mengahwini Laila, ikuti cerita Kalam Cinta yang akan bersiaran di TV AlHijrah pada 26 Julai ini, jam 10 malam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/03

Soseh Soseh: Liat bayar hutang

Posted: 03 Jul 2013 05:45 AM PDT

SS tersenyum sendiri apabila mendengar dialog daripada filem Nujum Pak Belalang arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang sering disiarkan menerusi stesen radio Suria FM.

Dialog yang dituturkan pelakon Udo Omar ketika memberikan soalan teka- teki kepada Pak Belalang; "ada sebuah masaelah (masalah) satu banyak...banyak, dua sikit...sikit, tiga jarang..jarang, ampat (empat) kadang...kadang...apa itu?

Dalam filem terbabit, jawapannya ialah perkahwinan dalam Islam. Umum memang tahu lelaki yang berkahwin satu memang banyak, sikit yang berkahwin dua, jarang-jarang yang berkahwin tiga serta hanya kadang-kadang mendengar orang berkahwin empat.

Namun, Suria FM mengaitkan dialog ini dengan perangai orang yang suka berhutang tetapi liat apabila nak membayar. Mereka mentafsirkan memang ramai orang yang berhutang, tetapi apabila tiba bab nak membayar, macam-macam kerenah dapat dilihat.


Berbicara mengenai hutang, secara spontan me­ngingatkan SS kepada nasib malang seorang rakan yang baik hati menolong artis wanita baru yang sedang meningkat naik ini.


Selama ini nampak artis ini macam hebat sangat termasuklah berjaya menubuhkan syarikat produksi sendiri dan perniagaan lain. Namun, itu semuanya tong kosong.

Cerita rakan ini, hubu­ngannya dengan artis ini memang baik selepas artis terbabit mengalami masalah membabitkan kerjayanya. Dari situ dia sering mendengar dan memberi semangat kepada artis ini supaya bangkit daripada kekecewaan lampau dan buka buku baru dalam hidup­nya.

Dengan sokongan yang diberikan, sememang­nya nampak ada perubahan dalam karier artis ini apabila berjaya membuktikan kebolehannya sebagai artis dan mula dikenali ramai. Rakan ini pun tumpang gembira kerana bukan mudah seorang artis wanita sepertinya bangkit selepas dihentam teruk.

Dalam pada berbaik itulah, tiba-tiba artis ini menghubungi rakan SS ini untuk meminjam wang kerana mengalami masalah kewangan yang kronik. Rakan ini bukan mudah sangat nak memberi orang meminjam wangnya, tetapi disebabkan perasaan simpati, dia tanpa banyak soal memberikannya, namun memberikan tempoh tertentu supaya artis membayar hutang itu.

Ketika itu, nada suara artis wanita ini sangat yakin untuk memulangkannya seperti yang dipersetujui sebelum ini. Jadi rakan SS pun berasa senang hati tanpa memikirkan sebarang perkara buruk yang bakal berlaku. Pada fikirannya, takkanlah artis ini sanggup menganiaya dia pula.

Bagaimanapun sampai masa yang ditetapkan kawan tadi pun cuba untuk menghubungi artis ini dan hampa apabila talian telefonnya tidak aktif lagi. Dia juga cuba merisik khabar artis ini daripada rakan-rakannya malang­nya hampa apabila diberitahu mereka sudah lama tidak bertemunya.

Rakan ini memang bengang sangat dengan apa yang berlaku kerana sah-sah sudah kena main dengan artis ini. Padanya bukanlah wang yang jadi ukuran sangat tapi nilai persahabatan yang dijalin selama ini.

Kalau betul pun dia ada masalah kewangan yang kronik, apa salahnya dia menghubunginya dan beritahu perkara sebenar. Ini lebih baik daripada dia melarikan diri begini. Lagipun industri seni kita bukanlah besar sangat. Takut nanti terserempak di apa-apa majlis, agaknya di mana artis ini nak letakkan muka?

SS: Selalu lihat golongan pelakon yang pandai berlakon dalam lakonan dan dunia realiti.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/03

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat