{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


JKNK tutup 24 premis makanan

Posted: 03 Jul 2013 11:41 AM PDT

Oleh ROSMIZAN RESDI
utusankelantan@utusan.com.my

Ahmad Razin

KOTA BHARU 3 Julai - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengeluarkan amaran keras kepada peniaga supaya mengambil tindakan bagi meningkatkan tahap kebersihan di premis perniagaan mereka atau berdepan tindakan.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, pihaknya akan meningkatkan operasi secara berkala untuk menguatkuasakan Seksyen 11, Akta Makanan 1983 iaitu menutup premis makanan yang didapati tidak bersih.

"Mana-mana premis makanan yang didapati tidak mematuhi elemen penting kebersihan seperti kehadiran tikus, kebersihan peralatan, perkakasan serta pengendalian makanan akan diarah tutup," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Ahmad Razin berkata, untuk tempoh Januari hingga Jun tahun ini, sebanyak 24 buah premis makanan yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan telah diarah tutup serta 12 kompaun telah dikeluarkan.

"Di bawah seksyen tersebut, pemilik premis yang tidak mematuhi perintah penutupan akan disabitkan dengan kesalahan dan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.

Isu kesihatan di negeri ini kembali menjadi tumpuan berikutan laporan peningkatan kes virus kencing tikus atau Leptospirosis sebanyak kira-kira 50 peratus pada tahun ini berbanding tahun lalu.

Ahmad Razin sebelum ini dilapor berkata, sehingga 10 Jun lalu, sebanyak 112 kes direkod dengan tujuh kematian berbanding 57 kes dan dua kematian pada tempoh yang sama pada 2012.

Daerah Kota Bharu mencatatkan angka tertinggi dengan 24 kes diikuti Gua Musang (24), Kuala Krai dan Pasir Mas masing-masing (14).

Sebelum ini, media melaporkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Darul Anuar, Pulau Melaka di sini meninggal dunia akibat terkena jangkitan virus tersebut selepas mengikuti perkhemahan pada bulan lalu di Bukit Bakar, Machang, bagaimanapun keadaannya dilaporkan stabil selepas diberikan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Leptospirosis ialah sejenis penyakit berjangkit yang menjangkiti manusia akibat pendedahan kepada persekitaran yang tercemar dan selalunya berada di dalam badan tikus.

Kelayakan terima bantuan persediaan YT

Posted: 03 Jul 2013 11:41 AM PDT

KUALA TERENGGANU 3 Julai - Kerajaan negeri menetapkan syarat hanya anak-anak kelahiran Terengganu yang keluarga mereka bermastautin di negeri ini layak mendapatkan bantuan persediaan yang ditawarkan Yayasan Terengganu (YT) bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam/swasta (IPTA/S).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah menjelaskan, selama ini ramai pemohon yang tidak layak tetapi mereka mendapat bantuan itu kerana tiada maklumat lengkap mengenai syarat permohonan dan status mereka.

Jelasnya, masalah itu menyebabkan wujud permohonan daripada anak kelahiran Terengganu yang bermastautin di negeri lain termasuk Singapura dan Brunei yang turut memohon sedangkan mereka tidak layak berbuat demikian.

"Mereka atau pemohon perlu cukup syarat iaitu hanya yang bermastautin di Terengganu, bukan di negeri lain dan borang itu dimuatkan dalam laman web YT.

"Kita ingin tegaskan di sini hanya mereka yang bermastautin di Terengganu layak memohon mendapatkan bantuan itu, maknanya pelajar kelahiran Terengganu yang bersekolah di luar negeri ini tetapi keluarga mereka bermastautin di Terengganu layak memohon," jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang YT 2013 di Hotel Primula Beach Resort di sini semalam. Yang turut hadir ialah Pengarah YT, Zakaria Yusof.

Yayasan berkenaan menyediakan sumbangan bantuan persediaan dalam bentuk wang tunai bagi kemasukan ke IPTA/S sebanyak RM750 untuk pelajar di peringkat diploma manakala RM1,200 bagi ijazah.

Mazlan berkata, bagi mengelak timbul salah faham, YT digesa memastikan syarat kelayakan memohon sumbangan bagi kemasukan ke IPTA/S dinyatakan dengan jelas di laman web agensi itu.

Laman web YT mencatatkan syarat permohonan anak negeri Terengganu, iaitu ibu, bapa atau penjaga yang merupakan rakyat Terengganu manakala institusi pengajian tinggi yang ditawarkan mesti diiktiraf oleh kerajaan.

Pemohon yang bukan rakyat Terengganu tetapi pemastautin tetap melebihi 10 tahun dikehendaki mendapat surat pengesahan pemastautin ibu, bapa atau penjaga daripada wakil rakyat, penghulu mukim atau ketua kampung.

Sementara itu pada majlis tersebut, seramai 28 kakitangan YT menerima anugerah sebagai pengiktirafan terhadap komitmen mereka yang telah menunjukkan prestasi kerja mengagumkan sepanjang tahun 2012.

Seramai 14 daripadanya turut menerima Anugerah Lama Berkhidmat (melebihi 20 tahun) dengan jabatan berkenaan.

Selain sijil, setiap penerima anugerah khidmat cemerlang juga mendapat insentif sebanyak RM1,000 manakala penerima anugerah lama berkhidmat pula mendapat hadiah tambahan sebanyak RM1,000 dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN).

Banyak kedai emas abai aspek keselamatan

Posted: 03 Jul 2013 11:41 AM PDT

KOTA BHARU 3 Julai - Masih banyak kedai emas di negeri ini yang mengabaikan aspek keselamatan di premis perniagaan mereka dengan tidak mematuhi spesifikasi disarankan oleh pihak berkuasa.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, sesebuah kedai emas itu perlu dilengkapi dengan aspek keselamatan seperti kamera litar tertutup (CCTV), pengawal keselamatan, palang besi dan sebagainya bagi memastikan premis berkenaan selamat.

Beliau berkata, pengabaian aspek keselamatan tersebut secara secara tidak langsung membuka peluang kepada penjenayah untuk melakukan jenayah rompakan ke atas premis perniagaan berkenaan.

"Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, kebanyakan premis aspek pencegahan dan keselamatannya sering terdedah kepada jenayah dan situasi ini membabitkan premis perniagaan di luar Kota Bharu.

"Bagaimanapun ada juga pemilik kedai emas yang telah 90 peratus mengikut spesifikasi aspek pencegahan dan keselamatan namun jumlahnya masih rendah.

"Sehubungan itu, saya nasihatkan semua pemilik kedai emas di negeri ini supaya tidak mengabaikan aspek keselamatan. Ia sangat penting bagi memastikan premis perniagaan sentiasa berada dalam keadaan selamat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Cawangan Kedai Natika Gold and Diamond di Bazar Buluh Kubu hari ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat