Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Posted: 13 Jul 2013 12:51 PM PDT Kuala Terengganu: "Tinggal beberapa hari saja lagi, kami tiga beradik akan mulakan hidup baru dan tidak mahu ingat lagi apa yang mama dan ayah buat pada kami dulu," kata Mohd Rafiq Haikal Yusman, 7, antara mangsa dera yang gembira selepas berpeluang berpuasa dan akan beraya bersama neneknya di Kota Tinggi, Johor. Menurutnya, dia dan adiknya Mohd Afiq Hazwan, 5, akan ke Kota Tinggi manakala adik bongsunya Mohd Aqil Zaquan, 3, akan berpuasa dan menyambut lebaran bersama nenek sebelah ibunya di Kampung Tanjung, di sini, apabila dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Rabu depan.
"Dua nenek kami tidak putus-putus melayan kerenah kami tiga beradik dan mereka berdua menyayangi serta tidak pernah marahkan kami sepanjang tiga minggu di dalam wad ini.
TIMBALAN Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Kuala Terengganu Mohd Mahdi Musa (kiri) memeriksa kaki Mohd Rafiq ketika menziarahnya di HSNZ. Menurutnya, walaupun tiga beradik itu akan berpisah selepas keluar dari wad nanti, dia dan keluarga bekas menantunya akan mencari jalan untuk terus berhubung serta saling menziarahi untuk menghilangkan kerinduan tiga beradik berkenaan.
"Kalau ada masa, saya bawa cucu berjumpa abang kandungnya di Kota Tinggi Aidilfitri nanti," katanya.
Mohd Rafiq yang dikatakan diikat dengan tali, dicucuh puntung rokok, digantung pada kipas dan disimbah air panas, mengalami kecederaan paling teruk berbanding dua adiknya serta memerlukan tempoh lama untuk sembuh.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |